[SIMPTOM ORANG BERJAYA - SATU KEMESTIAN]
.
Setelah menyelurusi dunia akademik dan dunia usahawan, saya temui ramai mereka yang berjaya di dalam dunia masing-masing, ada sebagai Prof. Emeritus, Profesor, Jutawan atau Multijutawan. Anak kampung miskin selekeh sekarang seorang profesor yang disegani, menjadi coach dalam pelbagai bidang, menjadi jutawan yang bisnesnya berkembang maju serata dunia, menjadi seorang tokoh yang disegani serta tersohor. Gah kita lihat dan sangat merasakan 'Wah bertuahnya mereka ini".
.
Apabila saya dekati mereka ini, mula mengenali dan mula memahami perjuangan mereka sebelum berada pada posisi sekarang saya belajar sesuatu dalam hidup. Bahawa kejayaan bukan semudah yang disebut tetapi kejayaan adalah hasil daripada satu perjalanan yang penuh dengan ranjau, onak, duri, kesakitan, kepedihan. tangisan dan disertai dengan JATUH dan BANGUN. Namun apa yang membezakan mereka ini dengan orang lain ialah BERAPA KALI MEREKA BANGKIT DARIPADA KEJATUHAN.
.
Alhamdulillah saya juag belajar sesuatu daripada mereka, bahawa inilah dia CIRI ORANG BERJAYA yang kita perlu ada jika kita juga mahukan kejayaan dalam hidup kita:
.
1. Sangat CINTA PADA ILMU, mereka sanggup korbankan duit untuk ilmu, senantiasa mencari peluang untuk tingkatkan ilmu, dan mereka fokus pada ilmu ke arah impian yang mereka dambakan. So jika anda suka ILMU, tahniah yang anda ada ciri orang BERJAYA.
.
2. Sangat COMMITTED, atau sangat memberikan kerjasama terhadap impian yang ingin digapai. Guru saya #azzamsabtu berkata 'Ramai orang yang inginkan kejayaan tetapi hanya 5% yang berjaya kerana komitmen yang mereka sanggup berikan" Formula kejayaan kepada golongan 5% ini ialah ; Mempunyai Impian + Sangat Mahukan kejayaan + Komitmen. Namun bagi yang 95% tadi 'Mempunyai Impian + Sangat Mahukan kejayaa - Komitmen, bermaksud ada impian dan keinginan untuk berjaya tetapi tak sanggup berikan komitmen.
.
3. Fast ACTION. Mereka tidak menunggu2 atau menangguhkan sesuatu untuk bertindak. Mereka terus melakukan tindakan untuk mendapatkan results. Ada Ilmu terus apply kerana betullahkan 'Ilmu tanpa amal itu sia-saia' dan Saidina Ali r.a mengatakan 'Masa jika kamu tidak memotongnya, maka ianya yang akan memotong kamu' Maksudnya mensia-siakan waktu tanpa melakukan cepat tindakan yang wajar.
.
4. Menjaga AURA POSITIF. Mereka sangat pandai memilih bahan bacaan, audio, visual dan 'circle' atau pergaulan yang negatif. Kerana apa yang ada di sekeliling kita akan mempengaruhi dan mencerminkan diri kita. Lihat sahaja kawan-kawan yang mereka pilih dan lihat sahaja apa yang mereka baca, lihat dan dengar, semuanya perkara yang positif. Jika ada yang negatif datang mereka cepat2 menjadikannya positif.
.
5. Bijak memberi RESPON TERHADAP MASALAH. Semua manusia dilanda masalah tetapi yang paling membezakan mereka yang berjaya dan tidak berjaya ialah bagaimana kita bertindakbalasa terhadap masalah tersebut. Ianya faktor penentu juga kepada kejayaan dalam hidup kita.
.
6. KEYAKINAN YANG SANGAT TINGGI. Apabila mereka telah meletakkan sesuatu maka mereka sangat yakin tentang kejayaan perkara itu dan pasti komitmen yang terhasil juga akan tinggi jika ianya lahir daripada keyakinan yang tinggi. Betul betul?.
.
7. Pergantunggan kepada ALLAH lebih tinggi berbanding pergantungan kepada manusia atau lainnya. Orang yang berjaya secara hakiki ialah mereka yang meletakkan pergantungan kepada Allah mengatasi segala-galanya kerana Allah sentiasa ada tetapi manusia datang dan pergi, so selamatlah mereka untuk berjaya kerana Allah senantiasa ada.
.
8. Mereka mempunyai BIG WHY atau mtalamat yang jelas kenapa aku harus berjaya. Kerana big why yang jelas inilah menjadikan mereka lebih kuat, fokus dan komit untuk mencapai kejayaan.
.
9. Mereka mempunyai MENTOR atau guru-guru yang mursyid, guru-guru yang layak dan punya kredibiliti, proven kejayaan mereka. Kerana Nabi s.a.w kan pernah mengatakan bahawa 'Menuntut ilmu tanpa guru itu sesat'. So kita semua perlukan guru yang betul untuk menuju kejayaan dengan lebih cepat dan tepat.
.
10. Mempunyai BACK UP atau SOKONGAN. Sokongan yang kita perlukan ialah mungkin daripada suami, isteri, anak2, mentor kita, guru kita, circle atau kumpulan sokongan dan sebagainya yang akan membuatkan perjuangan kita lebih mudah dan kuat. Maka carilah sokongan dalam perjuangan kita agar kita lebih deras dan bersemangat dalam bertindak.
.
11. Mereka PEMURAH dan suka sharing apa-apa sahaja seperti ilmu, pengalaman, sedekah duit dan harta, Masa dan pelbagai lagi yang saya lihat ianya sangat memberi impak kepada kejayaan dan keberkatan hidup mereka. Allahu akbar kekadang saya tengok orang yang perasan berjaya ni lagi kedekut berbanding mereka yang sangat berjaya.
.
Alhamdulillah inilah antara yang saya pelajari daripada mereka yang berjaya untuk kita juga amalkan agar kejayaan juga menjadi milik kita dalam apa jua yang kita impikan. Aamiin aamiin aamiin ya rabbal alamin Ya Mujib.
.
#letpassionleadyou
#365harimencarisyurga
No comments:
Post a Comment