Saya hari ni nak share something dengan uolls. Saya dapat nasihat yang sangat best yang boleh melegakan mana mana hati yang rasa dia gagal capai target. Mesti ramai yang macam ni kan? Yes bukan senang kita nak capai target dalam apa apa perkara pun.
.
Sepanjang kehidupan kita ada macam macam targetkan. Target nak dapat achieve sales, target nak dapat beli kereta, target nak beli rumah dan macam2 target lain termasuk saya nak capai target 52kg dan nak target sales team 50k. Target tu saya bina dan saya cuba usahakan tapi masih belum tercapai kerana pelbagai mehnah, halangan dan cabaran yang datang. Rasa nak give up pun ada.
.
So pagi pagi ni bila timbang berat target berat tu masih ada beberapa lagi kgs nak kena turun. Beritahu coach yang saya macam frust sebab macam tak capai target dan coach saya Sabariahwatie Mat Yusof kata “Jgn fokus jangka pendek..memang gigil nak kejar..Dr. focus terus sampai Ramadan.. InsyaAllah Raya nanti boleh dpt 52kg..so x stress sgt...jgn jd sprinter..jd lah Marathon


.
Serupa juga tentang sales DeXandra, saya usahakan setakat terdaya tapi masih belum capai target tapi teringat pesan sahabat saya Papa Jefri Wongkoi “Saya nampak usaha Prof, teruskan, tak pe biar graf kita naik secara perlahan-lahan bukan secara menegak, ianya lebih selamat dan selesa”. Mak stokis saya Louis Anak Jumpot pun selalu kata “Kak buat aje, nanti akan sampai juga yang penting buat, biar SLOW tapi Jangan sesekali STOP”.
.
Dalam kerjaya pula Dr Hamidun Bunawan selalu bagi saya semangat ‘Sikit jer lagi Dr. Buat aje, sikit jer lagi tu dah boleh apply full profesor” you know what perkataan Sikit jer Lagi tu is a very POWERful Word untuk naikkan semangat kita. Ianya menjadikan perjalanan yang susah nampak mudah. Betul betul?
.
Alhamdulillah kalau kita cari nasihat dan pandangan pada orang betul pasti semangat kita tak akan luntur dan kurang. So nasihat saya pada diri sendiri dan sahabat semua. Jika tidak mahu patah semangat dan Broken Heart:
1. Minta nasihat pada orang yang betul iaitu orang yang sudah lalui pengalaman yang sama so mereka bercakap berdasarkan KISAH BENAR dan mereka sangat memahami kerana mereka telah lalui dahulu perjalanan tersebut.
2. SLOW tak pe tapi NEVER STOP
3. Tak perlu jadi SPRINTER kalau anda tak mampu tapi Jadilah seperti perlumbaan MARATHON yang ada perjalanan yang lebih jauh, perlahan tapi tetap capai TARGET yang dicipta citakan. Less stress dan tidak runtuhkan semangat anda.
5. Set your GOAL and timeline tapi if tak capai ADJUST bukan give up ye.
6. Cari the powerful words untuk pengaruhi diri sendiri dan juga orang lain menjemput KEJAYAAN dan capai target dalam kehidupan. Nanti saya sharekan.
.
So moga Allah permudahkan perjalanan kita masing2 untuk capai target dalam kehidupan.
.
Terima kasih untuk guru guru pembakar semangat dan pernah bagi saya 'Sparkling spirit' untuk tidak patah semangat.
.
Boleh ke fb saya
https://www.facebook.com/noraini.talip.7
#letpassionleadyou
#365harimencarisyurga
#agendandropshipdexanradiperlukan
No comments:
Post a Comment