Monday, June 17, 2019
[SELAMAT HARI BAPA-AL FATIHAH untuk BAPAK SAYA ARWAH TALIP SARYO]
.
Bagi saya lelaki yang paling saya sayangi di dunia ni ialah arwah bapak saya Talip Saryo. Tiada gantinya sampai hari ini. Arwah bapak yang paling istimewa ialah kesabarannya. Kesabaran dia terlalu tinggi sehingga kami adik beradik nakal macamana pun tak pernah kena pukul, kena herdik atau kena maki. Bapak selalu kata 'Bapak seligi kang', bila kami nakal melamoau namun macamana seligi tu tak tahu pun sbb tak pernah kena sbb dek kesabaran beliau.
Dengan arwah mak, macamana mak masa sakit kena sihir dan buat macam2 kat bapak, pukul, tendang, maki hamun bagai tapi arwah bapak tetap sabar tak pernah naik tangan kat mak dan tak pernah nak ceraikan mak. Sedangkan masa tu arwah bapak tak tahu pun mak kena sihir. Kalau lelaki lain dah lama bercerai berai.
.
Kami sampai tanya sebab tak tahan dengan mak ‘Pak kenapa tak ceraikan mak?’ sebab kami pun tak tahan kena pukul. Bapak kata ‘Nanti mak nak duduk mana, nanti dia duduk kat rumah ni jugak, berdosa aje nanti sebab dah bukan suami isteri’. Subhanallah memang teramat sabar orangnya.
.
Masa mak sakit tu macam macam mak buat hingga jadi buat mulut orang kampung Melayu Raya tu. Macam orang kampung lain, kampung kami pun suka membawang. So kami sekeluarga macam dipulaukan, sedih sampai malas nak campur orang kampung. Tapi arwah bapak sabar tahap gaban, still tolong kenduri, gi rewang, urus dan ziarah kematian.
Arwah bapak ada sijil agama, dan awalnya selalu jugak dapat jemputan jadi tukang pimpin tahlil dan kenduri tapi bila arwah mak sakit, dah kurang jemputan sebab orang dah start asyik mengata kat belakang. Sebab mak sakit tak nampak kat luaran tapi lebih pada serangan emosi dan mental, so orang kampung pun tak tahu dia sakit kena sihir.
.
Saya masih ingat, hidup kami susah so bapak bila lepas tolong rewang kat kenduri, arwah bapak kutip makanan lebih orang makan, pack dan bawak balik ke rumah. Kadang kadang bapak suruh kami datang kat kenduri tu dan tunggu bapak kat tepi khemah rewang tu nak makan. Bapak bagi nasi dan lauk lauk lebih nak makan. Itupun orang kampung mengata arwah bapak curi makanan. Arwah bapak tak peduli pun, dia buat aje kerja dia. Kesiannya kat bapak.
Sebab kami orang miskin orang kampung pandang sepi jer kat kita orang kekadang nak sebatang bunga manggar pun tak dapat walaupun dok berebut nak bila depa bagi bagikan pada anak anak. Budak kecik akan ingat semua tu, so jangan main main sampai sekarang pun ingat tau.
Time kenduri gak kami suka kutip batang ais krim yg budak budak kampung buang ..so kami berangan dapat makan ais krim banyak dengan jumlah batang ice cream yang kami kumpul 😂. Sadis betul.
.
So bila kak Co kakak no4 dapat buat medic, saya masih ingat, arwah bapak menangis teresak2. Dia kata, bapak tak tahu anak bapak pandai dan masa saya nak ke UK buat PhD pun saya nampak arwah bapak sangat bangga masa dia hantar kat AirPort.
.
So kita semua ada bapak masing masing kan, hargailah mereka walau macamana mereka pun sebab itulah bapak yang Allah kurniakan untuk kita. Kita tak boleh pilih bapak atau ayah yang kita nak, kerana yang kita dapat itulah yg terbaik buat kita.
Tanpa dia tiadalah kita di dunia ni. Seperti anak anak saya yang tidak mendapat kasih sayang seorang bapak but yet mereka masih perlu menghormati dan menghargai bapa mereka walau macamana pun keadaannya. Kesian gak kat anak anak saya sebab mereka tidak tahu betapa bestnya ada seorang ayah.
.
Masa kecik2 masih ingat permainan cang gelucang yang bapak saya suka main dengan kami, simple aje tapi ma shaa Allah sangat enjoy. Saya pandai menulis, mengira dan mengaji Quran pun atas usaha arwah bapak sampai masa darjah satu saya dah pandai macam2 walaupun tak bersekolah tadika. Cuma Bahasa Inggeris saya teruk sebab arwah bapak pun tak reti nak ajar Bahasa Inggeris.
.
Arwah bapak pun selalu bawak kami ke kebun getah untuk ajar menoreh getah dan menanam semula getah. Walaupun penat tapi tak tahulah bila berkenaan bapak mesti semangat aje.
Kesukaan bapak ialah pijak2 kat belakang dan sebab saya kurus melidi dulunya, saya kena pijak2 bapak sampai umur saya 20 tahun, bila dah masuk universiti bapak kata ko dah berat, tak boleh pijak2 bapak dah. Pijak2 tu salah satu cara bapak berurut sebenarnya. Masa kecik2 dulu tiap kali pijak2 bapak bagi teka teki dan selagi tak boleh jawab, bapak tak bagi turun. So puas guna otak time pijak nak jawab teka teki. Kreatifkan bapak ajar kami berfikir.
Alhamdulillah saya direzekikan bapak yang sangat baik dan sabar. Bapak yang penyayang dan sangat rajin serta kreatif. Sebelum air masuk kampung, rumah kami dah ada paip, arwah bapak buat sendiri, hebatkan. Sebab kepandaian dia orang kampung gelar bapak Talip Kancil, special gelaran ni.
.
Masa dah berlalu, bapak pun dah tak ada, rindu? Hanya Allah yang tahu dan semoga saya boleh menjadi anak yang baik walaupun arwah bapak dah tak ada. Semoga Allah kurniakan rezeki untuk bertemu bapak di syurga nanti.
Allah hadiahkan kesusahan hidup pada bapak dengan ujian yang berat tapi Allah kurniakan bapak kematian yang mudah dan sangat mudah urusannya. Meninggal pun pada Subuh hari Jumaat, penghulu segala hari. Alhamdulillah.
.
Saya tak sempat jumpa arwah bapak sebab bapak meninggal masa saya final SEM kat UK buat PhD. REMUK hati saya dan saya diberitahu bapak sibuk betulkan zink tempat saya tidur sbb takut nanti kena huja kalau saya balik kg tidur kat situ. Masa bapak meninggal, adik beradik jumpa gambar saya dan anak2 saya, cucu yang dia tak pernah jumpa dalam beg duit dia. Sedihkan...sayang dia kat anak2 saya wp tak berpeluang jumpa ðŸ˜
.
Moga kita semua menghargai seorang insan yang bernama bapa, bapak, ayah, daddy, papa, Abi, walid dan sebagainya. Tanpa dia, tiada kita di dunia ini.
.
Al Fatihah untuk semua bapa di dunia ini tidak kiralah sama ada yang masih hidup atau yang telah pergi. Al Fatihah.
.
#letpassionleadyou
#talipsaryo
#agiidupagingelaban
Subscribe to:
Posts (Atom)
Doa Ashabul Kahfi
Perkongsian Ustazah Asma Harun pada pagi 22.11.21 mengenai Doa Ashabul Kahfi daripada Ayat 10 Surah Al Kahfi. Jika kita ditimpa masalah bes...
-
SCAMMER IN FACEBOOK. CAMNE NAK KENAL? Masa sesi coaching dengan Braniteam DeXandra baru baru ni, isu mengenai Scammer di FB ada ditan...
-
[ SIAPAKAH SEBENARNYA HERO KITA- UNSUNG HEROES ] Wanita yang pakai tudung pink ni ialah kakak saya yang no.2, anak keempat d...