SCAMMER IN FACEBOOK. CAMNE NAK KENAL?
Masa sesi coaching dengan Braniteam DeXandra baru baru ni, isu mengenai Scammer di FB ada ditanya tapi ibu lupa nak explain dan jelaskan.
Scammers berada di mana mana terutama di media sosial. Modus operandi ialah:
1. Mencuri identiti dan gambar dalam FB personal kita. Kemudian menggunakan bahan tersebut untuk bina FB Personal mereka dengan tujuan peribadi.
2. Mencuri hati para pemilik FB Personal terutama di kalangan wanita sebelum mencuri duit melalui ilmu psikologi. Ada kala juga mencuri duit secara langsung melalui mencuri identiti mereka yang telah ada 'trust' dalam masyarakat.
3. Mencari keseronokan seperti mencuri identiti influencer dan orang popular semata mata untuk tujuan hiburan.
Cara nak kenal?
1. Kalau lelaki ia akan menggunakan gambar lelaki yang ada style, rupa, gaya, harta, kaya dan berkuasa. Selalu muka omputihlah. Kalau targetted tu lelaki, maka gambo perempuanlah yanh dia guna.
2. Pasti meletakkan status single, bercerai atau divorced.
3. Ada kalanya meletakkan juga gambar anak anak kecil bersama untuk mencairkan hati wanita.
4. About mereka di FB biasanya kerja di tempat yang berprestige seperti oil and gas, dan tinggal di negara2 maju seperti London UK, New York USA dll
5. Tiada info tentang friends dan jika ada tak ramai, tak sampai 20 orang, tu geng dialah tu, atau mangsa2 mereka.
6. Post mereka tiada content dan atau bahan post sendiri. Biasanya mereka suka shared post2 orang, bagi nampak penuh post di FB.
7. FB itu baru dibina dan tiada ciri2 ada TRUST.
8. Akan PM FB kat kita serta merta jika kita ter 'accept' friend dengan mereka. Sebab tu tengok profile dulu sebelum accept friend request.
Ibu share ni sebab, baru2 ni masa ibu buat laporan polis mengenai scammer di talian online di Pejabat Kontinjen Polis Seremban, ada wanita yang share demgan ibu yang dia hilang hampir 30K dengan lelaki yang dikenalinya di FB. Konon anggap macam anak angkat tapi akhirnya duitnya di angkat dulu. So hati hati ye. Kesian kakak warga emas tu.
Ibu sharekan kat sini contoh2 scammers yang request friends denga ibu. Cuba perhatikan kalau2 uolls ada friends atau request friends yang serupa lebih kurang macam ni.
Ibu boleh tahu dan kenal sebab ibu pernah kena, then ibu block dia selepas jelas dia adalah scammer. Mula2 story tentang cari kawan dia, di Malaysia, terjumpa FB ibu, tetiba merayu minta tolong pinjam duit sebab katanya ada masalah anak nak kena operate.
Kat dunia online atau offline ni macam macam.ada yang cari duit secara halal vs secara haram. Bagi kita, mintak perlindungan daripada Allah dan berhati-hatilah selalu.
No comments:
Post a Comment