Perasan tak kita ni akan berubah mengikut persekitaran kita, kadangkala rupa paras dan penampilan pun berubah. Pada peringkat awal berkhidmat di UKM duit geran tak ada, pengalaman tak ada dan ilmu pun ciput-ciput aje, so pelajar pertama akan dapat input yang setakat kita mampu sahajalah pada ketika itu.
Begitulah kalau kita dengan anak-anakkan. Anak sulung biasanya akan dapat ibubapa yang fresh lagi, so anak sulunglah yang jadi bahan eksperimen. Sebagai guru dan ibubapa kita kena selalu muhasabah diri, adakah kita dah buat yang betul pada peringkat permulaan dahulu.
Dan adakalanya bila ibu melihat anak anak sendiri, perasaan bersalah itu ada. Agak sukar sebenarnya mendidik anak jika kita melakukannya sendirian. Tiada tempat berbincang dan tiada sidang mesyuarah untuk memperbetulkan kepincangan. Memang ada kepincangan perlu diakui mendidik anak tanpa ayah.
Cuma dalam banyak hal, kita kena banyak meminta padaNya melalui doa-doa yang Allah ajarkan dalam al Quran kerana Allah dah ajarkan semua dalam al Quran perihal manusia, dan kita cuma kena mengamalkannya.
Jom kita cari ayat2 tersebut. Cuma ibu tak ada keyboard Arabic...baca, faham dan hafal ayat al Quran asal itu lebih baik.
1. Al-Ahqaaf Ayat 15 . Doa a gar anak jadi baik dan soleh.
Maksudnya:Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku daripada orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).
2. Surah As-Syuura Ayat 19. Doa agar anak jadi lembut.
Maksudnya: Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
3. Surah Al Imran Ayat 200. Doa agar anak jadi orang yang sabar
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
4. Surah Ibrahim Ayat 40. Doa agar anak taat mengerjakan solat
Maksudnya: Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
5. Surah Al-Furqan Ayat 74. Doa agar anak menjadi penyejuk hati
Maksudnya:Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata kami melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
6. Surah Al-Baqarah Ayat 128. Doa anak taat perintah Allah.
Maksudnya: Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
7. Doa Allahumma faqehahu Fiddin. Doa agar anak faham akan agama.
Ini antara doa-doa mustajab untuk kita amalkan bila perlu berjuang sendirian dalam membesar dan mendidik anak-anak. Pintalah pertolongan Allah kerana Allah sebaik-baik pemberi pertolongan.
Allah Maha Melihat keadaan HambaNya.
Jom ikuti sharing https://t.me/ProfMadyaDrNorainiTalip
No comments:
Post a Comment