Friday, December 6, 2019

#tipsmasukRaudhah

https://mindarakyat.blogspot.com/2019/07/6-tiang-di-raudah-masjid-nabawi.html?m=1

Boleh baca pos mengenai Raudhah. Jika mahu menziarahi Raudhah dan berdoa bagi lelaki sebenarnya tiada masalah besar kerana pintu Raudhah senantiasa dibuka bagi lelaki, got plenty of time untuk sering menziarahi.

Pintu masuk lelaki dan wanita berbeza, kalau wanita melalui 2 pintu, pintu pertama straight daripada pintu 25 dan ada satu pintu 24 yang biasanya dimasuki oleh jemaah selain daripada Asean countries. Bagi lelaki ada pintu khas yang ibu lupa namanya, Babun...something melalui area kubah hijau.

Masalah biasanya hanya pada golongan wanita yang pintu Raudhah hanya dibuka 2 kali sehari iaitu selepas waktu dhuha iaitu antara 6.45 - 10.45 pagi lebih kurang (waktu lepas dhuha so kena elert masa ni) dan selepas waktu isya antara 9.45 hingga 12.45 malam lebih kurang.

Dengan waktu yang sangat terhad bagi kaum wanita maka berasak asaklah mereka untuk solat dan berdoa di Raudhah sehinggakan ada kalanya terpijak, tertolak dan terduduk atas orang yang sedang solat.

Ada yang cedera juga, Rasulullah saw pasti sedih melihat sebegini keadaan ummatnya. So ambil langkah bijak supaya kita boleh ziarah dan beribadah dengan aman.

So bagi kaum wanita ibu nak bagi #tipsmasukRaudhah:

1. Banyakkan selawat (1000 kali sehari mohon dipermudahkan urusan di Raudhah)

2. Banyak baca Robbi Yassir. Robbi Thamim Bi Khair.

3. Masuk Raudhah selepas jam 8 atau 9.00 pagi atau selepas jam 10.45 malam di mana pada waktu tersebut jumlah bilangan pengunjung telah berkurangan berbanding awal waktu pintu Raudhah dibuka. Hal ini telah dicuba sehingga boleh baca Quran dan solat berbelas rakaat kerana pengunjung sudah berkurangan. Sangat selesa menziarahi Raudhah pada ketika ini. #masukRaudhahdiwaktuakhirakhir

4. Lakukan solat taubat, solat sunat, solat hajat setiapnya 2 rakaat. Sekurang2 boleh buat 2 rakaat dan kalau diizinkan buatlah sebanyak2 solat. 1 rakaat di Masjid Nabawi umpama 1000 rakaat solat.

5. Jika masih ramai orang, solat dahulu dan berdoalah sambil berdiri dengan niat nak bagi ruang pada orang lain.

6. Sediakan doa yang dihajati awal2 agar tidak  huru hara dalam berdoa semasa di Raudhah.

7. Sebaik2 doa ialah 'Rabbana atina fiddunia hasanah, wal fil a'ikhirati hasanah, wa qina azabbanar'.

8. Jaga akhlak jangan sampai menyakiti sesama jemaah, biar kita disakiti tapi pertahan diri daripada menyakiti.

9. Solatlah bermula pada tiang bercalit emas tanda kawasan Raudhah telah bermula di mana karpet merah bertukar ke hijau. Jika boleh memilih ke hadapan saf dan boleh memilih kedudukan silakan, jika tidak, solat sahaja asalkan dalam kawasan Raudhah dan panjatkanlah doa.

Bagi wanita yang #uzur janganlah bersedih kerana kita masih boleh ziarah Raudhah daripada luar di dataran Masjid Nabawi. Pergi ke bahagian Kubah Hijau dan duduk pada kawasan yang direntang tali anggaran 20 meter bersententang dengan Kubah Hijau dan duduklah di situ.

Berzikir dan berdoa serta ucapkan salam pada Nabi saw. Duduk di sini kita tak akan dihalau. Wada Rasulullah saw jugak boleh dibuat di kawasan ini jika uzur syarie (period). Sila lihat gambar ada contoh seorang wanita sedang duduk di kawasan yang ibu maksudkan (baju biru).

Kubah Hijau inilah Raudhah atau makan Nabi kita saw bersama-sama dengan Saiyidina Abu Bakar Assidek dan Saiyidina Umar Ibnu Al Khatab, pintu di mana laluan jemaah lelaki boleh masuk ke Raudhah.

Alhamdulillah. In shaa Allah kita semua akan berpeluang menziarahi RAUDHAH, bersolat di situ dan berdoa. Pilihlah waktu yang baik terutamanya apabila membawa jemaah yang sudah tua atau uzur. Robbi yasir.

#share supaya boleh membantu jemaah kita yang merupakan wanita yang lemah lembut dan tidak perlu disakiti oleh jemaah daripada negara yang kasar gerak lakunya.

#journeytoumrah
#raudhahNabawi
#bekindbecouragebestrongbehappy

No comments:

Post a Comment

Doa Ashabul Kahfi

Perkongsian Ustazah Asma Harun pada pagi 22.11.21 mengenai Doa Ashabul Kahfi daripada Ayat 10 Surah Al Kahfi. Jika kita ditimpa masalah bes...