Thursday, March 1, 2018





[HIKMAH SAKIT DAN UJIAN]
.
Hikmah ujian dan kesakitan ni sama aje sebenarnya. Semua yang berlaku ada sebab dan asbab dan ada tujuan yang tertentu. Allah tidak memberikan atau mengurniakan sesuatu dengan sia sia atau tanpa tujuan. Allah memberi kita kesakitan dan ujian itu sesuai dengan daya tahan dan kemampuan hambaNya. Antara hikmah ujian dan kesakitan ialah ianya merupakan:
.
1) Zikrullah.
.
Mereka yang diuji lebih ingat pada Allah dan lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu senang atau pada ketika kita berada pada zon selesa. Itu lumrah manusia yang lebih ingat Allah pada ketika susahnya berbanding senang.
.
2) Istighfar.
.
Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit dan diuji sehingga lisan mudah untuk memohon ampun daripada dosa dosa yang pernah dilakukan tanpa sedar atau dengan sedar.
.
3) Muhasabah.
.
Orang yang sakit dan diuji akan lebih banyak waktu merenung diri, menghitung-hitung bekal untuk mati dan mengenang kembali apa yang pernah dilakukan sepanjang kehidupan yang lalu. Masa itu digunakan seperti waktu re charged atau re energized di R&R dalam satu perjalanan untuk meneruskan perjalanan dalam kehidupan sepertimana perjalanan kita dalam kehidupan seharian.
.
4) Jihad.
.
Orang yang sakit dan diuji tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan dan kemakmuran hidup pada masa akan datang. Allah ada berpesan dalam Al Wuran bahawa jangan sesekali kita putus asa daripada RahmatNya, dan sikap putus asa bukan sikap seorang Muslim yang baik.
.
5) Ilmu.
.
Sakit dan ujian itu akan menambah Ilmu yang mana ianya akan membuat kita mencari ilmu untuk mengubati penyakit dan mengatasi ujian yang datang. Mungkin kita akan mencari ilmu untuk memperbaiki diri atau memperbaiki kesihatan bagi memperbaiki kehidupan kita.
.
6) Nasihah
.
Melalui ujian dan kesakitan maka akan lahir nasihat menasihati antara kita, yang datang daripada mereka yang prihatin terhadap kita. Akan lahir nasihat menasihati atas kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi sakit dan ujian yang datang. Mungkin akan lahir nasihat daripada mereka yang telah melalui pengalaman tersebut.
.
7) Silaturrahim.
.
Sakit dan ujian juga boleh mengeratkan silaturahim. Keluarga yang jarang datang jenguk akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan beroleh pemberian lagi. Adakalanya hubungan antara keluarga seperti adik beradik akan menjadi erat dengan adanya ujian yang datang..
.
8) Penghapus dosa.
.
Jika kita redha atas ujian berat yang Allah berikan nescaya dihapuskan dosa, malahan diberikan ganjaran pahala atas kesakitan yang ditanggung.
.
9) Mustajab Doa.
.
Doa yang lebih dekat dengan Allah ialah doa mereka yang benar-benar mengharapkan pertolongan dan bantuan daripada Allah, doa ketika kita dianiayai, doa ketika kita benar-benar ikhlas kepada Allah s.w.t.
.
10) Keinsafan
.
Apabila kita diuji mestilah kita akan menangis kerana kesakitan dan ujian berat yang ditanggung, tatkala inilah keinsafan akan menyelusup masuk dalam jiwa kita. Tangisan keinsafan adalah merupakan salah satu sikap yang di sukai Rasulullah s.a.w.
.
11) Meningkatkan kualiti ibadah
.
Kualiti ibadah kita akan lebih baik jika kita berada dalam keadaan memohon sesuatu dengan bersungguh-sungguh terhadap Allah s.w.t. Rukuk dan sujud kita lebih khusyuk, tasbih, tahmid dan istighfar akan lebih dihayati. Secara tidak lansung akan meningkatkan kualiti ibadah kita.
.
12) Memperbaiki akhlak
.
Apabila kita dalam keadaan tiada upaya dan tiada kuasa untuk melakukan sesuatu kecuali dengan pertolongan Allah, secara tidak langsung kesombongan dan ego terkikis, sifat tamak ditewaskan dan peribadi akan menjadi santun, lembut, pasrah dan tawadhu.
.
13) Mengingatkan kita akan hari pembalasan dan juga datangnya mati
.
Nabi pernah menyebutkan mereka yang paling bijak ialah mereka yang paling ingat mati, dan setiap ujian dan kesakitan yang kita hadapi akan membutakan kita sentiasa beringat untuk menghadapi kedua-dua saat yang paling menggerunkan ini.
.
14. Menguji kesetiaan mereka yang berada di sisi kita.
.
Ketika diuji dengan kesakitan dan ujian beratlah kita akan menyedari siapa kawan dan siapa lawan, siapa saudara ketika berada dan saudara untuk ke syurga, siapa ubat dan siapa racun. Jadikan saat ini untuk menapis mereka yang akan kita jagai ukhwah dan mereka yang kita seharusnya menghindari. Hanya mereka yang mengasihi kita kerana Allah akan terus berada di sisi walau bagaimana sekalipun keadaan kita.
.
Itulah antara hikmah ujian dan kesakitan yang dihadapi oleh setiap insan, dan ianya dikurniakan atas kita mengikut kekuatan yang ada pada diri masing-masing. Jika kita tewas menghadapi bermaksud kita tidak menggunakan kekuatan yang Allah kurniakan pada kita malahan mensia-siakan kelebihan itu. Marilah sama sama kita muhasabah diri da bersama-sama memperbaiki diri kita. La haula wa la quwwa ta illa...
.
#letpassionleadyou
#365harimencarisyurga
#agendandropshipdexandrawanted

No comments:

Post a Comment

Doa Ashabul Kahfi

Perkongsian Ustazah Asma Harun pada pagi 22.11.21 mengenai Doa Ashabul Kahfi daripada Ayat 10 Surah Al Kahfi. Jika kita ditimpa masalah bes...