DENGARI DOAKU YA ALLAH
Sebelum berlalu dari kereta adek sempat berbisik "Ibu maafkan adek ye, maafkan tau". Sayukan hati ibu dengar anak cakap macam ni. "Ibu maafkan adek dan ibu dah solat hajat lagi untuk adek". Adek berlalu melangkah menuju ke dewan peperiksaan.
.
Teringat kisah Saidina Umar al Khatab r.a. bila dia didatangi sepasang suami isteri yang sangat inginkan anak. Lalu saidina Umar ra berkata 'Beristighfar dan bertaubatlah banyak2". Ibrah daripada pengajaran jika kita inginkan sesuatu dalam hidup:
.
1. Kurangkan dosa-dosa lalu dengan memohon ampun kepada Allah dengan sebanyak2nya dan semampu kita kerana bila dosa diangkat maka doa juga lebih mudah terangkat dan termakbul. Istighfar itu menghilangkan dosa dan kemurkaan Allah pada kita, bahkan boleh mendatangkan kasih Allah pada kita dan kasih kita padaNya.
.
2. Jangan atau elak buat dosa kerana dosa itu hijab termakbul doa. Azamlah yang paling kuat untuk hindarkan melakukan dosa.
.
3. Jaga hubungan dengan Allah melalui menunaikan hakNya, segala ibadah wajib fardhu Ain jagailah sebaiknya terutama bab solat dan sabar. Sebabkan Allah dah sebut dalam al Quran mohonlah pertolongan denganku melalui SOLAT dan SABAR.
.
4. Jaga hubungan dengan manusia kerana itu perintah Allah. Tidak jaga hubungan dengan manusia menjadikan usaha kita sia sia kerana semua kita kuat dengan jemaah, mungkin menumpang barakah doa jemaah yang ada, mungkin dengan jemaahlah doa kita diangkat untuk didengari dan dikabulkan. Namun kena pandai pilih jemaahlah kerana tidak semua jemaah itu barakah.
.
5. Memaafkan dan senantiasa memohon maaf kepada atau daripada insan karamah dalam hidup kita, seperti ibu, ayah , suami, isteri, guru dan lain lain.
.
6. Memohon keampunan sebanyak2nya daripada Allah swt kerana DIA yang empunya segala benda dan DIA yang Maha Kaya lagi Maha Mengabulkan doa, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Istighfar 100 kali sehari dengan hati jangan ditinggalkan. Bayangkan perasaan kita aje bila anak tadi meminta maaf sungguh2, terus kita maafkan kan, begitulah macamana Allah bila kita hambaNya memohon ampun padaNya.
.
7. Semasa memohon pada Allah jangan lupa sebutkan "Ya Allah jika perkara ini baik untuk diriku, agamaku, dunia dan akhiratku, maka permudahkanlah ya Allah, jika tidak Engkau gantikanlah dengan yang terlebih baik buatku. Sesungguhnya Engkau yang lebih mengetahui mengenai diriku". Allahumma Aamiin. Aamin Aamiin Aamiin ya Mujib. Sebab apa kekadang kita inginkan sesuatu tetapi sebenarnya ia tak baik bagi kita dan akan buat kita jauh daripada Allah. Begitulah sebaliknya.
.
Semoga anak saya dan anak anak yang lain dapat menjawab soalan dengan baik. Allahumma yasir untuk urusan hari ini. Pagiii!
.
Sila ikuti beberapa coretan saya sepanjang jalan kehidulan:
.
.https://t.me/joinchat/AAAAAEWAfbCzwthKcmSMnQ
.
#dosenukm
#stokisdexandrabangi
#letpassionleadyou
No comments:
Post a Comment