TAKDIR BURUK ADAKAH IA PILIHAN ATAU SURATAN
Takdir buruk ni berlaku pada setiap manusia samada yang belum lahir, sedang lahir, telah lahir atau telah meninggal dunia. Bagi saya takdir buruk ini umpama malaikat maut yang kita tidak boleh lari daripadanya. So caranya yang paling baik menghadapi takdir buruk ialah dengan menghadapinya sepenuh hati sebagaimana kita menghadapi takdir yang baik.
.
So bila kata tentang takdir buruk, saya yang telah hampir berusia setengah abad semestinya dah melalui banyak takdir buruk seperti kemalangan yang menyebabkan ada bahagian anggota badan yang saya yang berubah rekabentuknya, perceraian, penyakit asthma yang teruk dan sebagainya.
Dan yang paling teruk menjadi unwanted child oleh emak saya yang tidak berapa sihat secara mental yang menjadikan saya tempat dia melepaskan geram, inilah antara takdir buruk yang paling sedih selain menjadi unwanted wife oleh bekas suami saya. Penyiksaan yang boleh buat kita sakit mental dan hilang semangat untuk hidup. Pada ketika kecik, saya pernah mendoakan emak saya cepat meninggal dunia sebab tak tahan dengan sindiran, hinaan dan pukulan mak walaupun saya bukan anak yang suka menjawab atau menentang kata-kata mak. Segala yang buruk berlaku seperti kehilangan duit, pecah pinggan mangkuk dan apa apa sahaja, mak akan menjadikan saya sasaran. Just because saya ialah unwanted child yang tidak dirancang kehadirannya dan mak sakit teruk ketika melahirkan dan saya pula anak yang sering sakit, sakit asthma yang teruk. Sebab tu kalau bagi siapa yang pernah mendengar cerita unwanted child oleh Datuk Faridah Hanim, seorang tokoh besar terutama dalam dunia Petronas dan Pembinaan Empayar Niaga, saya cukup faham perasaan yang dia alami, sebab saya mengalami perkara yang sama.
.
Namun Allah itu adil, pada ketika hujung usia, mak saya ada kata, antara anak anak mak ateh (saya) antara anak yang selalu tengok mak, masakkan mak, dengar cerita mak, cakap baik-baik dengan mak dan tak ambik kesempatan pada mak (arwah mak banyak duit sebab dia tak belanjakan langsung duit yang kami bagi). Dan saat dapat memandikan jenazah mak, saya menahan airmata yang jatuh sebab takut menyakiti jenazah mak kerana sangat syukur Allah izinkan saya memandikan mak dengan penuh kasih dan sayang. Walau macamana pun dia dahulu, dia tetap mak saya yang melahirkan saya dan membesarkan saya sungguhpun dia tak sayangkan saya semasa kecik. Allahu akbar semoga ruh mak berada di kalangan ruh orang orang soleh.
.
Sekarang baru saya tahu arwah mak kena buatan orang dek disebabkan harta yang mak pusakai dan menjadikan mak pemarah, bengis dan suka membantai terutama saya the unwanted child. Maybe adik beradik saya bukan semua menerima nasib yang sama seperti saya kecuali kakak sulung yang menerima layanan yang sama daripada mak, sebab kedua-dua pun unwanted child. Pengalaman yang tidak boleh dijual beli kerana mak kita cuma satu dan jika kita tidak mendapat kasih seorang ibu kandung ialah takdir kita, maka itulah yang kita kena terima wp saya masih beruntung mak sayangkan saya pada hujung usianya.
.
So bagi saya, takdir buruk itu ada dua, iaitu takdir buruk suratan yang telah ditentukan oleh ALlah kepada kita atau takdir buruk yang merupakan pilihan, berlaku akibat perbuatan kita. Dan apapun takdir buruk itu sama ada pilihan atau suratan yang penting ialah bagaimana kita menghadapinya dan berdamai dengan takdir tersebut. Mungkin saya akan kongsikan nanti cara yang boleh kita lakukan untuk menghadapi takdir buruk jika boleh memberi manafaat kepada sahabat semua. As unwanted child oleh ibu kandung sendiri ialah takdir suratan kerana kita tidak boleh memilih mak kita dan mak yang diberikan oleh ALlah itu merupakan mak yang terbaik buat kita, sama ada kita suka atau tidak.
.
.
#dosenukm
#stokisdexandrabangi
No comments:
Post a Comment