ANAK PEREMPUAN SULUNGKU
Iman Hani Naziehah, nama anak sulung saya yang lahir pada 14.07.2004 di Royal Berkshire Hospital United Kingdom. Anak anugerah Allah yang dinantikan selama 3 tahun perkahwinan. Baru kahwin 3 tahun tak dapat anak, ada yang dah kata saya mandul atau kata saya dah tua, padehal baru umur 31 tahun time tu, so taklah tua mana. Arwah mak saya pun masih boleh dapat adek saya yang bungsu pada umur 45 tahun.
.
Saya hampir ambik anak angkat atas cadangan keluarga sebelah bekas suami. Saya juga disuruh buat check up kat bidan kampung untuk melihat adakah saya wanita normal, alhamdulillah mana-mana perawatan moden atau tradisional menunjukkan saya normal. Namun kaum Hawa memang selalu dapat layan kurang adil di kalangan masyarakat dan selalu dipersalahkan jika soal tak dapat atau lambat dapat anak.
.
Pergi buat rawatan di Pusat Rawatan Homeopathy di Kg Baru, Kuala Lumpur, katanya "Allah nak berikan awak anak yang terbaik dan terhebat, kerana itulah Allah bagi lambat". Allahu akbar Alhamdulillah bestnya kata-kata dia, nampak positif dan menaikkan semangat kita.
.
Bekas suami buat rawatan urutan tradisional Cina, dan consume pil rawatan kesuburan daripada Prof, Hawariah Lopez. Ma shaa Allah macam-macamlah dibuat dalam tempoh 3 tahun, dan tak boleh bayangkan apa Dato Siti Nurhaliza buat' dalam tempoh 11 tahun untuk dapatkan Siti Afiah. Begitulah cerita bagaimana 'desperate' nya usaha nak mendapatkan seorang cahaya mata. Sebab tu saya tak faham kenapa orang yang senang dapat anak boleh buang anak, tidak hargai anak dan abaikan anak. Kalau saya anak itulah top prioritty berbanding yang lain.
.
Iman Hani Naziehah, Iman tu sempena nama seorang model international yang merupakan seorang Muslim, Hani berkaitan dengan kasih sayang dan Naziehah bermaksud mereka yang memelihara diri. Memberikan nama anak sebenarnya adalah hak seorang ayah tapi nama Iman Hani Naziehah memang nama daripada saya 100%. Terima kasih kepada bekas suami sayalah sebab bagi hak dia pada saya.
.
Rupanya Allah jadikan anak ini sebagai kekuatan pada saya sebab dia ni wataknya aggresif, tegas dan berani. Saya cepat bangkit sebab dia selalu cabar saya untuk move forward. Dia jugalah yang menjadi saksi utama kenapa saya dan bekas suami wajib berpisah. Orang kata muka anak perempuan sama dengan mak ni panas. Ha ha..betul kot sebab selalu sangat bergaduh dengan dia, namun akhirnya tidur pun tak boleh berpisah.Dia dapat results UPSR bagus pun tak nak pergi jaun, nak stay dengan ibu sebab dia tak boleh berpisah dengan ibu dan dia jugak risau ibu dia ni tak boleh survive tanpa dia, katanya.
.
So syukur sangat pada Allah, walaupun tanpa ada support sangat daripada mana-mana pihak tapi disebabkan kedua-dua anak, saya jadi sangat kuat untuk berjuang dan bangkit untuk mereka. Bagi saya merekalah my outer strength yang kekuatannya mengatasi kekuatan seorang lelaki yang bergelar suami.
.
Anak anak diberikan Allah mak yang paling baik buat mereka dan begitulah sebaliknya mak diberikan anak anak yang paling baik dan sesuai buat mereka. Suaipadanlah antara perbezaan dan persamaan mak dan anak, in shaa Allah akan melahirkan anak anak yang membahagiakan hati kita. Ladeni dan didiklah mereka sebaik mungkin, yang baik dipuji dan diimarahkan, yang buruk dinasihati dan diasuh perlahan-lahan.
.[My sharing]
https://t.me/joinchat/AAAAAEWAfbCzwthKcmSMnQ
.
#dosenukm
#stokisdexandrabangi
#imanhaninaziehah
No comments:
Post a Comment