Monday, October 1, 2018


[BOLEH KE WANITA DAN LELAKI BERSAHABAT BAIK]
Sahabat baik yang betul-betul mengambil berat tentang kemaslahatan kita memang susah dicari. Tapi sahabat yang ada udang di sebalik batu atau yang ‘scratch to each other’ atau sama2 mendapat faedah ramailahkan.
Masa saya kecik-kecik dulu orang tua tua kata lelaki dan perempuan takleh jadi sahabat rapat dan baik (BFF istilah orang sekarang), sebab selalunya akan jadi lain. Bila saya pulak dewasa, saya dapati hal ini tidak benar, sahabat baik saya ramai laki-laki dan mereka memang niat, buat dan cakap yang baik baik aje, tiada udang lansung di sebalik mee hi hi. Allah itu sangat baik kerana biasanya ada yang betul2 nak bantu kita walaupun mereka lelaki. Kita bukan tak nak maju tetapi kekadang dek kerana terlalu banyak benda ada dalam kepala banyak hal terlepas pandang. My Life kan so hectic.
So sahabat baik tu tidak semestinya daripada jantina yang sama, apa yang penting niat dan keikhlasan dia. Saya memang tak de rakan penyelidik wanita yang betul betul rapat dengan saya, tak tahu kenapa, mungkin sebab bidang saya yang tak de kepentingan dalam kajian mereka dan kalau kami buat kajian sama sama pun, belum tentu jadi close friends, sebab dengan tanghungjawab yang besar terhadap keluarga saya jarang dapat join seminar, persidangan, field work dll bersama mereka. Most of the time saya banyak buat kerja sendiri dengan team pelajar2 saya yang datang dari pelbagai institusi. Sehinggalah sahabat saya ni balik dari luar negara dan ajak saya join venture dalam penyelidikan dan ajak mohon geran penyelidikan. Saya baru terasa ada geng dalam penyelidikan.
Saya rasa nak menangis kerana sahabat saya ni sudah banyak kali datang melawat saya dan tiap kali datang dia akan mengingatkan saya bahawa saya ada credibility untuk capai yang lebih baik. Dia mesti terpaksa BUKA KASUT sebab nak tunjukkan facts kat PC tentang peluang emas yang saya sia siakan. So saya janji akan ikut nasihat dia dan buat sungguh2 apa yang dia suruh saya buat. Susah payah dia untuk saya.
Semoga sahabat saya ni diberkati umur, diberikan rezeki yang barakah dan melimpah-ruah kerana tak ramai pun yang sanggup susah nak tolong saya ni. Tabik spring lah kat dia, dan saya iktiraf dia sahabat saya dunia dan akhirat.
.
#dosenukm
#stokisdexandrabangi
#sahabatbukakasut



No comments:

Post a Comment

Doa Ashabul Kahfi

Perkongsian Ustazah Asma Harun pada pagi 22.11.21 mengenai Doa Ashabul Kahfi daripada Ayat 10 Surah Al Kahfi. Jika kita ditimpa masalah bes...