Friday, October 5, 2018


[WANITA DAN PERCERAIAN]
.
Alhamdulillah telah selesai bayar RM12 000.00 yuran guaman Syariah. Kos yang perlu ditanggung semata-mata nak memperjuangkan HAK ANAK agar si ayah tidak terus menempah tempat di neraka kerana mengabaikan hak anak anak. 

No wonder ramai wanita yang bercerai tak mampu nak bayar yuran guaman dan terpaksa menanggung kesusahan membesarkan anak-anak setelah bercerai. Sebab lelaki yang tidak bertanggungjawab akan TIDAK BERTANGGUNGJAWAB samada sebelum, semasa atau sesudah perkahwinan berakhir. Percayalah! 

Sila share wahai kaum Hawa jika merasakan maklumat ini berguna kerana ianya sebuah coretan pengalaman yang perlu kita ketahui dan kita tak perlukan kaum Adam bersetuju dengan kita, bukan bermaksud kita tak suka kaum Adam tetapi agar kita ada ilmu dan info, bak kata pepatah 'Sediakan payung sebelum hujan'.

Nasihat saya pada semua wanita yang belum, telah dan masih berkahwin:
.
1. Mesti punye pendapatan sendiri walau apapun alasannya atau betapa selesanya kedudukan anda atau bahagianya perkahwinan anda atau apa jua kedudukan anda. Kerana kalau ada suami yang baik pun Allah boleh ambik dia bila bila masa dengan sekelip mata.
.
2. Mesti ada tabungan sendiri sama ada secara sembunyi atau nyata, yang pasti tabungan yang halal.
.
3. Mesti berdikari dan mampu hidup atas kaki sendiri, tolong jangan manjakan diri sebab berdikari itu penting jiika anda diuji dengan ujian yang berat-berat dalam kehidupan.
.
4. Mesti senantiasa menguatkan jiwa dan hati dengan berdamping dengan Allah, walau dalam keadaan apa sekalipun kerana bila satu dunia meninggalkan anda Allah tetap ada berdamping dengan kita.
.
5. Jangan terlalu BERBAIK SANGKA dengan suami atau lelaki, atau terlalu BERBURUK SANGKA dengan suami atau lelaki, senantiasa minta Allah tunjukkan yang terbaik dan terburuk tentang mereka dan adakah mereka mampu bersama-sama menjalani jalan-jalan untuk ke syurga. Kalau ternyata dia bukan syurga kita don't hesitate to let him go kerana percayalah meninggalkan orang yang meninggalkan Allah akan memberi kebahagiaan pada kita.
.
6. Mengenai harta, pastikan anda mempunyai nama dalam geran harta, rumah, kereta, tanah, simpanan dan lain-lain. Biar bergaduh macamana pun minta nama anda dimasukkan dalam nama pemilik bersama kerana mereka apabila bercerai menganggap semua milik mereka apatahlagi tiada nama kita dalam surat hitam putih. Mereka lupa tentang harta sepencarian, dan kaum isteri akan menangis untuk memperjuangkan hak dan anda kena keluar duit peguam pulak nak menuntutnya.
.
7. Mengenai apa sahaja pembelian dalam urusan rumahtangga yang menggunakan wang anda, SILA SIMPAN RESIT kerana itu bukti kukuh tentang hak anda yang boleh dituntut di mahkamah nanti, akan lebih mudah menguruskan hak anda. Mohon anggap suami sebagai LHDN yang perlu ditunjukkan resit jika semakan rebat cukai pendapatan dilakukan.
.
8. Bagi yang ada anak, jadikan anak sebahagian diri kita, sehingga mereka tak mampu berpisah dengan kita. Jika apapun berlaku pertahan hak kita terhadap anak, kerana wanita yang anak tidak mahu bersama dengan mereka jika berlaku perpisahan merupakan wanita yang paling rugi dalam kehidupan. Sesunggunnya anak anak itu merupakan salah satu jaminan ke syurga jika kita tahu mendidik mereka. Salah satu amal jariah yang akan kekal wp setelah kita meninggal dunia ialah doa anak-anak yang soleh.
.
9. ILMU, jangan malas menuntut ilmu, jika kita ada ilmu biar apapun yang berlaku in shaa Allah ilmu itulah yang membantu kita melalui saat-saat sukar.
.
10. Shopping pada barang yang menguntungkan seperti emas dan perak kerana bila kita mengalami kesukaran pada satu ketika nanti, at least kita boleh guna untuk mendapatkan cash flow. Stop beli barang mahal yang tak laku dijual macam kain dan beg mahal mahal.
.
11. Jangan suka buat hutang, walau sekecil manapun, kerana ianya akan menjadikan beban bila kita terpaksa hidup dengan kudrat sendiri. Dan jangan sesekali buat hutang untuk tolong SUAMI, percayalah sampai bila bila pun kamu yang akan menanggungnya.

Inilah sedikit perkongsian untuk kaum wanita kerana tidak semua Allah kurniakan bahagia dalam rumahtangga. Dan jika kita diuji ingatkan ianya datang daripada Allah dan kepada Allah ianya akan dikembalikan. Ketika kamu teraniaya berdoalah yang baik-baik kerana doa mereka yang teraniaya pasti akan kabul. DOA PADA ALLAH MELAPANGKAN JALAN-JALAN KITA UNTUK KE SYURGA DAN ALLAH MENGAMPUNI DOSA DOSA KITA. Maafkanlah mereka yang menganiaya kehidupan kita dengan niat semoga Allah memaafkan kesalahan kesalahan kita pula.
.
[MY sharing]
https://t.me/joinchat/AAAAAEWAfbCzwthKcmSMnQ
.
#dosenukm
#stokisdexandrabangi

No comments:

Post a Comment

Doa Ashabul Kahfi

Perkongsian Ustazah Asma Harun pada pagi 22.11.21 mengenai Doa Ashabul Kahfi daripada Ayat 10 Surah Al Kahfi. Jika kita ditimpa masalah bes...