Saturday, October 6, 2018


RAHSIA CAPAI PHD

University of Reading, UK, Universiti kedua luar negara yang saya jejaki menimba ilmu selepas Flinders University Australia. So in 6 October 2017 sengaja saya ajak anak anak tengok suasana di universiti yang dihuni oleh pelajar dari serata dunia, Asian, European, Middle East dan pelbagai lagi. Semoga mereka bersemangat juga menimba ilmu jauh di perantauan seperti saya.
.
Juga just to say hi to a few important Friends during my PhD study, The Building of Biological Sciences where I spent most of my time working on my labwork and writing my thesis. 
.
Anak2 tanya, macamana ibu boleh berjaya dapat PhD walaupun susah dengan pelbagai cabaran yang datang dari pelbagai keadaan dan situasi termasuk halangan daripada orang yang terdekat dalam hidup.
.
Saya jawab, tiada rahsia atau petua cuma buat perkara biasa dalam kadar luar biasa. Kita buat aja dan jangan sesekali berhenti daripada melakukan apa yang patut dilakukan teruskan aje melakukannya. Bila lelah, berhenti sekejap re charged dan re checked, macam perjalanan balik kampung, kena berhenti kat R&R kan kalau nak perjalanan selamat. Buat dan terus buat sebab sangat yakin di hujung jalan pasti ada hasilnya jika buat sungguh-sungguh. Itu janji Allah".
.
So di sini MIND SET sangat membantu untuk kita teruskan perjuangan walaupun banyak halangan di pertengahan jalan. Ketika itu saya yakin dan percaya bahawa saya akan berjaya di hujung jalan perjuangan ilmu, itu yang mendorong saya kuat menghadapi segalanya. 
.
Alhamdulillah, terima kasih Allah. 
La haulawala quwwata illa billah
.
So kawan kawan Jom kawal mind set kita ke arah apa yang kita idamkan, yakin dan percaya kita boleh mencapainya.
.
Anak saya tanya lagi 'Itu aje ke?' 'Taklah, itu baru tagline jer, macam rahsia asas, dan sebenarnya ada lagi beberapa tip dan petua yang kena dilakukan jika betul2 nak berjaya dalam PhD, yang mungkin boleh saya kongsikan nanti.
.
Serius, Taubat nasuha tak nak buat PhD dah sebab memang jiwa yang kuat aje dapat mengharung onak dan menjuarai perjalanan penuh ranjau dan duri tu.

[MY SHARING] https://t.me/joinchat/AAAAAEWAfbCzwthKcmSMnQ
.
#triptoUK2017
#draniteam
#agenwanted
#dropshipwanted
#stokisDexandraBangi
#ProfMadyaDrNorainiTalip 
#IamPlantAnatomist

No comments:

Post a Comment

Doa Ashabul Kahfi

Perkongsian Ustazah Asma Harun pada pagi 22.11.21 mengenai Doa Ashabul Kahfi daripada Ayat 10 Surah Al Kahfi. Jika kita ditimpa masalah bes...