[TARBIYYAH ALLAH: CABARAN KE SEKOLAH MENENGAH]
Tarbiyyah Allah tu didikan Allah untuk menjadikan kita lebih baik. Kadang-kadang Allah kena bagi kita ujian yang keras semata-mata untuk jadikan kita lebih 'tough'. Biasanya tarbiyyah itu akan menyebabkan kita terpaksa keluar daripada kebiasaan dan memaksa kita menjadi seseorang yang sepatutnya kita 'menjadi' (should be), keras tapi Allah lembutkan dengan kasih sayangNya.
.
Sebut tentang tarbiyyah Allah ni saya nak share tentang tarbiyyah Allah pada saya yang merubah saya menjadikan saya sekarang. Bukanlah yang terbaik tetapi lebih kuat daripada saya dahulu. Saya akan ceritakan kisah yang berbeza yang berlaku dalam hidup saya.
.
.
Saya dilahirkan sebagai seorang kanak kanak yang tidak sihat, asyik sakit, kurang zat sehingga digelar sipiano sbb tulang selangka dada saya tu jelas kelihatan dek kurus sangat. Saya masih ingat masa kecik kecik saya asyik kena makan ubat sebab asyik sakit. Saya sampai tak lalu makan ubat sampai terpaksa bungkus ubat dengan pisang untuk hilangkan rasa nak muntah dan macam dah luka kat tekak asyik telan ubat (phobia la tu).
.
Bukan setakat tu saya adalah antara 'the weakest link' dalam famili, dengan penakut, pemalu tahap gaban, 'inferiority complex yang tinggi dan sangat sensitif. Sangat kasihanlah melihat saya dahulu. Bagi saya berhadapan dengan orang adalah suatu penyiksaan, malu yang teramat sangat sebab saya rasa rendah diri yang sangat tinggi, sentiasa rasa hodoh, bodoh, buruk dan sebagainya. Well itulah yang saya semasa kecik kerana itulah yang selalu saya dengar arwah mak saya sebut sejak kecik so no wonder saya berasa begitu hingga ia tertanam dalam minda saya.
.
So antara cabaran awal yang saya terima ialah kena pergi sekolah menengah naik motor. Fikirkanlah saya ni jenis yang lemah, penakut dan lembik kena naik motor pergi sekolah menengah yang jauhnya lebih kurang 15 km iaitu dari Kg Melayu Raya ke Segamat di mana sekolah menengah terletak. Kalau tak nak naik motor tak payah sekolah, arwah bapak kata, sebab tak mampu nak bayar tambang bas sekolah. Tak de seorang pun kawan naik motor dan kesemua 30 lebih kawan-kawan daripada Darjah 6 Sekolah Kebangsaan Kg Melayu Raya akan naik bus dan ibu bapa masing-masing dah booking pun.
.
Nak tak nak saya terpaksa belajar naik motor, saya masih ingat motor Honda buruk yang arwah bapak beli dari seorang peniaga Cina di Bukit Siput, Segamat. Sebab nak sangat sekolah saya kuatkan semangat belajar bawak motor dan memang jatuh banyak kali, luka luka tu memang tak kisah lagi. Saya terlanggar pokok bunga, terlanggar busut dan terlupa tukar gear naik bukit. Tapi macamana sekalipun arwah bapak paksa jugak saya belajar bawak motor tu, setiap hari without fail. Masalah utama saya ialah sebab saya pendek, bayangkan dahlah budak lagi, dengan pendeknya saya tu, susahnya saya nak bawak motor, saya tak dapat balance dengan kaki terutama masa motor mula nak bergerak atau masa motor nak berhenti, kaki saya tak sampai. Perjalanan yang nak ditempuh pulak sejauh 15km tu melalui Ladang Getah dan Kelapa Sawit. Nak nangis tapi tahan aje jauh di sudut hati. Apatahlagi kakak saya yang dua orang kat atas dah rasai dulu dan mereka dah lama mahir bawak motor, so kenapa saya nak mengalah pulak.
.
Arwah bapak selain kat kawasan rumah, dia akan bawak saya kat kawasan ladang getah kat tempat yang saya akan lalu nanti. Dia akan berhenti kat tengah jalan, suruh saya turun dan cuba bawak motor, arwah bapak akan duduk kat belakang. Ya Allah arwah bapak saya ni lebih rendah daripada saya tapi semangat dia sangat tinggi, dia boleh bawak motor dalam keadaan macam tu, dan dia berani pulak suruh saya bawak dan dia duduk kat belakang. Ketakutan yang saya rasa, saya pendam dalam hati, terpaksa sembunyikan sebab nak sekolah dan tak nak mengecewakan arwah bapak. Akhirnya sampai nak masuk sekolah saya dah boleh bawak sikit2 motor tu walaupun tak mahir sangat lagi.

Masa saya tingkatan 1, saya masih ok sebab kakak saya yang Tingkatan 4 masih ada lagi bersama-sama dalam perjalanan ke sekolah walaupun dia bersekolah menengah kat sekolah sebelah. So kami parking motor kat seberang kampung di depan sekolah kami yang bersebelahan dan tinggalkan motor yang tak berlesen kat sebuah rumah sorang mak cik ni di Kg Bukit Siput Segamat. Cuma masalahnya saya bersekolah di sebelah petang dan dia besekolah di sebelah pagi. So saya terpaksa juga ke sekolah ikut dia di sebelah pagi. Dan yang teruknya saya rasa segan sangat sebab datang sekolah awal berbanding orang lain, apa yang saya buat ialah duduk kat surau atau kat dalam toilet kat sekolah, dan setiap hari saya buat macam tu selama setahun. Semata-mata sebab rasa inferiority yang amat bila budak kampung ulu masuk sekolah menengah yang terdiri daripada pelajar Cina, India dan pelajar Melayu daripada felda serta kawasan perumahan sekitar bandar Segamat. Betul-betul culture shock bagi saya yang sangat fragile ni.
.
Bila saya tingkatan 2, kakak saya dah berada di tingkatan 5 dan dia dah memohon masuk ke asrama sekolah menengah Dato Bentara Dalam, Segamat. Pada ketika inilah cabaran saya bermula bila saya terpaksa bawak motor sorang-sorang. Hanya Allah yang tahu betapa takutnya saya nak menghadapinya kerana saya tahu perjalanannya jauh, sunyi, jalan tanah merah dan sesekali kena hujan lebat sepanjang perjalanan, debu jangan cakaplah, itulah makanan kami hari-hari. Memang tak cun langsung, selekeh sangat dengan debu-debu merah melekat pada pakaian seragam sekolah. Tapi semangat nak bersekolah tu sangat tinggi membuatkan saya melupakan ketakutan dan cuba menghadapi segalanya. Apa moto saya selalu 'Harung ajelah'.
.
Macam macam saya lalui sepanjang tempoh saya bawak motor untuk ke sekolah, jatuh motor, motor tak mau hidup sebab motor kami ni motor buruk so rosak di perjalanan tu dah perkara wajib tiap-tiap minggu, terkena ekzos motor sampai ada kesanlah kat kaki kanan saya ni. Ada ketikanya hujan lebat, jalan jadi lecah dan becak, saya jatuh dengan motor dalam selut tu, dah jatuh bukan senang nak bangun sebab saya pendek dan motor tu terasa berat sangat. Subhanallah memikirkannya sekarang, macam tak percaya saya melalui semua tu semata-mata kerana nak bersekolah. Saya rasa inilah antara cabaran awal yang menjadikan saya sangat kuat dan gigih menghadapi cabaran hidup. Melalui cabaran untuk menempuh ke alam persekolahan bukan calang-calang bagi budak perempuan bersaiz kecik, lemah, berpenyakit dan penuh dengan inferiority complex.
.
Semoga Allah mengurniakan pahala yang banyak buat arwah bapak yang banyak berkorban dan menjadikan saya berani menempuh ujian hidup sebegini pada usia yang sangat muda dan terima kasih Allah kerana melindungi saya daripada kejahatan dan keburukan sepanjang menempuh perjalanan ke sekolah.
.
In shaa Allah saya akan share lagi tarbiyyah Allah yang membentuk saya menjadi saya yang ada pada hari ini. Allahumma yasir dalam menempuh jalan jalan ke syurga kerana apa yang kita tempuh dalam kehidupan di dunia merupakan ujian yang perlu kita hadapi dan jalani dengan penuh redha dan syukur.
.
[MY SHARING] https://t.me/joinchat/AAAAAEWAfbCzwthKcmSMnQ
.
[MY SHARING] https://t.me/joinchat/AAAAAEWAfbCzwthKcmSMnQ
.
#dosenukm
#stokisdexandrabangi
#iamplantanatomist
#letpassionleadyou
#365harimencarisyurga
#lifeissobeautiful
.
No comments:
Post a Comment