APA YANG BERLAKU 2009-2019?
.
Saya tengok ramai orang post gambar #10yearschallenge, 2009 hingga 2019.
.
So interesting dan excited tengok masing-masing dengan keadaan dulu dan sekarang. Bestlah, memang buat saya ketawa dan paling kurang tersenyum. Terima kasih yang sahut challenge ni.
.
Flashback in 2009,
Saya baru diamanahkan untuk menjadi penyelaras TAMAN PAKU PAKIS UKM yang telah bertukar menjadi belukar kerana telah dibiarkan selama sepuluh tahun tanpa penjagaan.
.
So in 2010:
Saya berjaya membuka balik taman tersebut bersama sokongan kuat sahabat baik saya Ruzi Mohamad, Farrah Melissa dan anak murid saya Nurnida Mohd Kamal, juga dengan sokongan pihak kedekanan Fakulti Sains dan Teknologi. Taman ini menjadi kebanggaan UKM sehingga kini.
.
2010 juga saya mula aktif dengan dunia perniagaan pakaian Muslimah yang bermula pada 2008 sehingga berjaya mengumpul RM70K daripada bazar2 yang saya sertai dengan bantuan pekerja yang terdiri daripada students saya.
.
Sekitar 2010 hingga 2014 juga saya diuji dengan fitnah dan cabaran di tempat kerja, menjadikan saya lebih banyak bersunyi2 melakukan kerja2 sendiri tanpa terlalu bergaul dengan rakan sekerja.
.
2011:
Saya bersama bekas suami membuka premis perniagaan pada 11.01.11 iaitu Butik Pengantin Amanie di Seksyen 9. Modal daripada perniagaan busana muslimah yang saya usahakan since 2008. Selama 2 tahun saya kuar buka kiosk (ambik cuti 3 hari sebulan join kiosk kat putrajaya dan USIM) dan join 2 kali bazar Ramadhan PKNS Bangi hingga terkumpul 70K dan digabung dengan duit KWSP 45K serta duit Public Mutual 23K, saya serahkan pada bekas suami untuk bisnes pilihan dia, demi suami tercinta katanya. Syukur tak buat pinjaman bagai.
.
2012:
Saya berpindah ke Bangi Seksyen 3, kononnya mudah nak uruskan bisnes dan menguruskan sekolah anak. Menyewa rumah sewa berdekatan dengan rumah Dr Salmah Yaakop. Tahun ni tahun yang saya semakin bersedih so tak ingat sangat tapi sedih2 pun banyak gak buku akademik saya dah tulis.
.
2013:
Saya cuba pertingkatkan pencapaian dalam kerjaya di UKM, so alhamdulillah dinaikkan pangkat ke Prof. Madya.
Busines bridal diuruskan sepenuhnya oleh bekas suami dan saya lihat ia semakin merosot. Saya lebih fokus pada anak2 yang sudah mula bersekolah rendah sebab antara semua perkara anak2 atau keluarga ialah no satu bagi saya.
Saya ikut kelas Dr Azizan Osman termasuk IMKK2013, dan 2-3 program beliau untuk bantu bekas suami, namun tiada kemajuan dalam perniagaan malahan saya habis ribuan ringgit daripada duit simpanan.
Akhir 2013 perniagaan tu lingkup dan saya menanggung hutang kad kredit, terpaksa guna gaji untuk cover macam2, masa tulah jugak barang2 emas saya tergadai.
2013 jugak rumah saya di Semenyih terpaksa dijual kerana bekas suami berhutang kad kredit dan tak mampu bayar, juga bebanan kerugian perniagaan bridal.
Tidak putus asa dengan bisnes saya buka kiosk baju muslimah di Bangi Gateway di Acacia Lot dengan duit hasil jual rumah dan kononnya nak bina dunia bisnes pakaian muslimah yang duit teekumpulnya dulu telah digunakan semua utk bisnes bridal bekas suami saya.
Melalui seseorang saya buka satu lagi kiosk di Shah Alam di White Boutique Cafe. Semua tu guna baki duit jual rumah. Akhir 2013 find out yang kat Shah Alam tu tak handle produk kita dengan baik dan kat situ dah rugi lebih 10K.
.
2014:
Saya mendapat penalti daripada LHDN dan kerana saya tidak dapat mengemukakan resit pembuktian (jahil tak simpan resit) saya didenda RM22 500.00. Sudah jatuh ditimpa tangga katanya. Saya bayar RM10K dan bakinya potongan gaji selama 18 bulan.
Pada tahun inilah saya mengenali Puan Erna founder DeXandra di RKMJ (juga salah satu program Dr Azizan) dan mula berminat dengan perniagaan perfume.
Saya start pakai cerminmata, so penglihatan dah menyusut, anak pulak suruh ibu pakai shawl, lebih cantik bu...katanya, so tahun inilah saya start pakai shawl berbanding tudung awning.
Penghujung 2014 saya tutup kiosk kat Bangi Gateway sebab tak terlayan urusan kerja di UKM dan bisnes serta urusan anak2 yang 90 ke 100% sejak dulu saya yang buat. Satu lagi kerugian puluhan ribuan wang ringgit dalam hidup saya.
.
2015:
Saya mula berjinak2 dengan Oshien2U, dan mendaftar sebagai dropship bermodalkan RM150.00 dan akhirnya menjadi agen original reject. Bisnes ni lebih sesuai untuk orang yang bekerjaya atas banyak sebab terutama tentang pengurusan masa. Kerjaya di UKM masih terjaga dan semakin ramai student BSc, MSc dilahirkan termasuklah student PhD, rezeki namanya. Seorang pelajar PhD dilahirkan Dr. Naseer dari Libya.
Pada tahun ini juga hubungan dengan bekas suami menjadi semakin teruk (memang teruk sejak kahwinpun) dan akhirnya kami berpisah pada Oktober 2015, officially 8.2.2016 di Mahkamah Syariah BBB. Berpisah kerana Allah jua, dia tak mampu bawa saya ke syurga.
Masa inilah saya mula bertarung untuk selesaikan hutang kad kredit, menyelesaikan gadaian barang kemas dan juga berikhtiar lebih mencari rezeki untuk anak2 serta mencari duit untuk beli rumah atas nama sendiri. Alhamdulillah, pelajar PhD kedua dihasilkan iaitu Dr Che Nurul Aini daripada UIA Kuantan.
.
2016:
Walaupun dengam pelbagai masalah alhamdulillah Iman Hani Naziehah Husaini anak saya yang sulung menghadapi peperiksaan UPSR dan alhamdulillah beliau cemerlang. Terima kasih kakak belajar rajin2 dan dia tak nak ke asrama penuh sbb tak sanggup biarkam saya yang dalam kesedihan.
Tuntutan nafkah anak, hak penjagaan anak dan pembahagian harta (rumah) untuk anak selesai dengan saya membelanjakan RM11K. Lawywr syariah tu sangat baik bagi saya bayar secara ansuran hingga habis. Syukur saya menang kes namun dia nak bayar RM300.00 jer bagi seorang dengan alasan dia juga banyak hutang. Fine..lebihnya saya akan tuntut di akhirat.
Hutang kad kredit sebanyak RM24K juga selesai dengan disiplin pembayaran bulanan. Lahir seorang lagi student PhD Dr Nordahlia Abdullah Siam Dahlia Abdullah daripada FRIM Kepong.
.
2017:
Saya mula menjinakkan diri dengan lebih giat dengan perniagaan perfume DeXandra dan alhamdulillah ia semakin baik dari masa ke semasa dan saya dilantik menjadi stokis pada April 2017.
Oleh kerana beban saya semakin bertambah so saya mencapai kesederhanaan sahaja sama ada daripada segi kerjaya atau bisnes, namun bisnes ini membahagiakan saya kerana jumpa sangat ramai orang yg positif dan berhati mulia.
Saya berjaya membeli rumah baru untuk kami di atas nama saya dan berjaya juga membawa anak2 bercuti ke Reading UK tempat kelahiran mereka. Alhamdulillah seorang pelajar PhD lagi Dr Mohd Norfaizal Ghazalli dari MARDI.
.
2018:
Anak kedua Farahana menghadapi peperiksaan UPsR dan beliau mencapai kejayaan cemerlang, saya menangis kerana Allah ganti banyak kesedihan dengan kebahagiaan. Terima kasih Allah.
Pada 2018 juga saya berjaya membuka premis pernigaan sendiri di Outlet Dexandra Bangi, 2.01C, WISMA UNIKEB UKM Bangi. Mula ada Siti Nurul Atikah Ieka dalam dairi hidup saya. Alhamdulillah.
Berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilo.
Menang Anugerah Buku Negara dan Buku Ilmiah MAPIM Kategori Sains dan Teknologi. Terima kasih Allah.
Bertambah pelajar PhD Dr Amalia Rusydi dari Indonesia, Dr Ana Syamsurina dari Perlis dan Dr Nor Azahana Hana Lavender Rhea dari UIA Kuantan.
Alhamdulillah juga bila mereka yang suka memfitnah saya semakin mula berbaik dengan saya.
.
2019??? May dreams come true...
.
So ada lebih banyak gagal tapi masih ada jaya dalam tempoh 10 tahun ini. Sedikit sahaja dapat dikongsikan, ada yang boleh diingati dan banyak yang dah lupa atau cuba dilupakan.
.
Moral of the story, teruskan kehidupan sekarang, berdamai dengan kisah silam dan dengan cara itu hati akan lebih tenang. So keep it up and never ever give up 😘.
.
Bila orang tanya, kenapa saya nak berbisnes walaupun sibuk?
1. Kehidupan saya sunyi sebenarnya wp saya pernah berumahtangga selama 14 tahun, so menyibukkan diri adalah salah satu cara saya menghiburkan kesedihan dan kesunyian.
2. Kehidupan dulu asyik ada masalah kewangan dan bekas suami asyik tiada bajet so dengan berbisnes saya harap boleh bantu kewangan keluarga, namun sebaliknya yang berlaku kecuali bisnes saya bersama DeXandra sekarang, alhamdulillah banyak membantu saya dan keluarga. So kalau nak bisnes pilih bisnes yang betul 💕💕💕
4. Kehidupan saya dalam dunia akademik agak serius dan hanya banyak membantu serta bekerjasama dengan mereka yang level akademiknya tinggi, so menceburi dunia niaga saya berjumpa semua lapisan masyarakat dan semua lapisan pendidikan. Baru saya kenal lebih ramai jenis manusia di dunia ini. Warna warni latar belakang manusia ni sangat menghiburkan hati saya.
5. Kehidupan saya ini, saya harapkan menjadi jalan2 untuk ke syurga so saya berdoa agar Allah jadikan jalan2 saya lalui dalam dunia ilmu, dunia niaga dan membesarkan dua anak umat Muhammad saw ini akan membantu saya masuk ke syurgaNya.
6. Saya ingin merasai apa yang membina jatidiri diri kita apabila kita berbisnes dan saya nak alami apa yang Rasulullah saw rasai dan amalkan apabila berbisnes.
.
Alhamdulillah kehidupan saya sekarang, tidaklah kaya dan tidaklah miskin sehingga saya perlu meminta2.
Namun segala hutang banyak telah diselesaikan, keperluan diri dan pendidikan anak2 serba kecukupan, dan kesedihan bukan lagi sahabat baik saya malahan Allah dah datangkan lebih ramai yang buat saya ketawa dan tersenyum setelah saya hidup bergelar supermum 😀.
.
Terima kasih Allah maka memang benarlah janjian Allah 'Dia adalah pada sangkaan hambaNya' so sangka baiklah pada Allah walaupun yang buruk2 menimpa kita.
.
Allahumma yasir untuk kehidupan kita semua yang bakal ditempuh pada 2019.
.
Moga2 kehidupan akan datang jauh lebih baik daripada yang terdahulu. Moga kehidupan kita ada keberkatan dan penuh dengan keredhaanNYA.
.
Saya doakan impian baik2 kita akan tercapai sekiranya ia baik untuk dunia dan akhirat kita. Aamiin ya Mujib.
.
#10yearschallenge
No comments:
Post a Comment