[BAHAGIA DALAM DERITA]
.
Saya jarang2 outing dengan kawan2 sekerja sebab lebih banyak masa bersama pelajar2 dan anak2 saya jer ataupun dengan team DeXandra Braniteam.
.
Selepas pertemuan dengan VC kelmarin saya pun outing dengan dua rakan akademik. Hendak direzekikan, mereka berdua merupakan antara wanita2 bertuah dalam hidup kerana mempunyai keluarga yang baik, latarbelakang keluarga yang baik, rupa patas yang baik, kehidupan yang baik dan bagi saya apa yang ada pada mereka jauh lebih baik daripada saya.
.
So bila bercerita bersama2, keluarlah cerita2 berkenaan kehidupan, keluarga, pekerjaan dan lain lain. Seronok sangat mendengarnya dan kesimpulan cerita kami bertiga adalah di kalangan mereka yang bahagia dan sihat sehingga umur yang dikurniakan Allah sekarang, alhamdulillah syukur.
.
Apa yang membezakan saya ialah, saya tidak mendapat nikmat rezeki yang sama dengan mereka, nikmat rezeki saya lebih kepada ujian kesusahan dan cabaran hidup yang senantiasa datang.
.
Bila mendengar cerita mereka, saya dapati saya tiada nikmat kasih dan perhatian ibubapa malahan sering menjadi bahan ketegangan antara mereka ketika mereka masih hidup. Maki, pukul dan pengabaian itulah yang kami adik beradik alami setiap hari.
.
Namun alhamdulillah hubungan kami dengan ibubapa tetap baik malahan saya tidak pernah menyalahkan mereka atas kehidupan suram yang mereka hadiahkan. Kesusahan yang mereka kurniakan jadikan kami adik beradik sangat kuat jiwa dan semangatnya wp ada di antara kami yang struggle. Alah kalau kita lihat sekatang ni, ada sahaja anak anak yang dapat apa yang sepatutnya daripada ibubapa, namun tetap gagal hadapi kehidupan. Na'azubillah. So saya kena syukur sebab Allah menunjuk jalan yang baik dalam kehidupan walaupun tanpa pedoman daripada ibu atau bapa.
.
Bila mendengar cerita sahabat2 saya ni, jelas juga menunjukkan mereka dan pasangan suami masing2 merupakan pasangan yang bahagia, isteri yang dikasihi suami, dihargai suami dan diberikan keperluan sebaik2 oleh suami. Sedangkan saya dihina, diabaikan, diburuk2kan dan akhirnya dia memilih kaum sendiri, lansung mengabaikan saya dalam kehidupan 14 tahun berumahtangga. Masa tu baru saya tahu walaupun kita tidak dibelasah suami tapi pengabaian merupakan deraan mental dan emosi yang sangat menyakitkan.
.
Sehingga kini saya tak tahu bagaimana sebenarnya mempunyai suami yang baik, bagaimana mempunyai suami yang tahu tanggungjawab dan menunaikan sebaik2 keperluan isteri. Saya tidak tahu suami yang boleh mendidik dan mengajar erti kehidupan dalam berkeluarga. Kehidupan saya bersama dia hanya kesedihan dan airmata yang menjadi makanan harian. Lakonan sebagai pasangan bahagia akhirnya terbongkar jua, sebab lakonan ni tak boleh bertahan lamakan.
.
Namun alhamdulillah, saya mendapat ganjaran yang terbaik daripada kehidupan rumahtangga yang derita itu terutama sangat2 menghargai kehidupan yang sangat baik setelah beecerai. Malahan saya jadi lebih menghargai saat2 hakim mengumumkan kami sah bercerai, nikmat Allah yang tiada terhingga hebatnya. Allah sahaja yang faham perasaan saya ketika itu. Syukur tahap gaban.
.
Bila bercerita tentang karier pun, saya punya perjalanan untuk capai ke tahap sekarang sebenarnya amat berbeza dengan mereka. Penuh keluk dan ranjau, barulah boleh mencapai jawatan sekarang, menjadikan saya lambat berbanding mereka.
.
Namun bila saya gunakan peluang sebaik2nya sehingga mencapai level yang sama dengan mereka dan semoga saya terus gigih nak naik ke tahap yang lebih baik lagi. Orang kata better late than never tu sangat berguna sebenarnya.
.
Saya juga bersyukur kerana saya menjadi lebih faham, untuk bahagia kita tidak semestinya dapat nikmat rumahtangga bahagia, dapat nikmat ibubapa yang pengasih, nikmat kecukupan daripada segala galanya ...... bahkan kita akan lebih bahagia jika kita syukur dengan nikmat ujian kesakitan dan kesusahan yang Allah beri. Apabila dikurniakan nikmat, kita akan lebih menghargai. Percayalah. Betullah pepatah Inggeris yang menyebut 'we need WINTER, to appreciate summer and spring', derita waktu winter tu buat mereka menghargai nikmat waktu summer dan spring.
.
Ramai sangat yang berkata dengan saya 'Bestnya jadi macam awak ani". Kalau tengok betul2 ... mana ada bestpun, hidup saya ni, sbb kena struggle kan daripada dulu hingga sekarang. Penat hanya Allah yang tahu.
.
Namun sebab saya senantiasa qanaah dan syukur dengan apa yang ada pada saya, TERASA BAHAGIA tu seolah2 dijemput2 datang, maka terhijab segala kekurangan dan kecacatan dalam hidup, malahan hanya keceriaan dan kegembiraan yang tampak lahir di wajah saya.
.
Namun sebab saya senantiasa qanaah dan syukur dengan apa yang ada pada saya, TERASA BAHAGIA tu seolah2 dijemput2 datang, maka terhijab segala kekurangan dan kecacatan dalam hidup, malahan hanya keceriaan dan kegembiraan yang tampak lahir di wajah saya.
.
Terima kasih Allah kerana kehidupan yang Allah kurniakan benar2 menjadikan saya manusia yang tahu erti SYUKUR PADA APA SAHAJA YANG ALLAH KURNIAKAN walaupun apa yang dikurniakan itu derita dalam kehidupan apatahlagi bahagia dalam kehidupan
.
Allahumma yasir atas perjalanan hidup di dunia ini. Bila susah atau senang cuma ingat seperkara, matlamat akhir hidup kita adalah syurga iaitu capailah keredhaan Allah.
.
MY Sharing
https://t.me/joinchat/AAAAAEWAfbCzwthKcmSMnQ
.
Jom kejari kebahagiaan Allah itu adalah destinasi.
.
.
#dosenukm
#stokisdexandrabangi
#mumofhanihana
#365harimencarisyurga
No comments:
Post a Comment