Sebenarnya sangat ramai orang yang sedih, berduka, kecewa dan sakit berbanding mereka yang benar-benar bahagia dan gembira.
Ibu lahir daripada kehidupan yang sangat susah, sakit dan derita. Bukan yang biashe biashe tapi level yang sampai pinjam beras, minyak, telur, kicap dan apa aja daripada jiran depan rumah.
Arwah Tok Miut, jiran ibu. Ibu sampai ingat nama insan ni, yang sangat baik tapi bila hari-hari kena sebut'Tok Miut, nak pinjam beras sikit boleh?', kanak2 pun akan rasa malu. Sesekali panjat pokok jambu belakang rumah Tok Miut, sebab lapar, selalu minta izin, tapi bila dah segan, ibu curi aje. Betullah kemiskinan boleh bawa kepada kekufuran.
Bukan setakat tu, kami memang tak ada kasih sayang dalam keluarga. Arwah mak dan bapak hari hari bergaduh sebab mak sakit kena buatan orang menyebabkan hari hari dia mengamuk, pukul dan belasah kami termasuk arwah bapak pun kena. Dosa besar bagi yang menyihirkan mak, hidup kami adik beradik dalam kesengsaraan kerana perbuatan mereka.
Orang kampung dan sedara mara kami pulak tak berapa nak rapat. Perasaan rendah diri tu sangat tinggi pada kami. Penghinaan tu biasa, kami pernah nampak terang-terang arwah bapak kena hina masa ambik lauk lebih kenduri untuk beri makan pada kami.
Arwah bapak akan ambik semua lebihan orang makan kat pinggan lepas kenduri kat kampung, dan bawa balik untuk kami makan berhari2. So lauk di'nget' bahasa Jawa ni, dihangatkan banyak kali untuk jadi lauk. Agaknya sebab tu kami semua pandai-pandai dalam pelajaran sebab makan baki makanan orang-orang hebat kat Kg Melayu Raya tu.
Bila arwah mak sakit macam tu, macamana arwah bapak nak fokus pada kerja, ibadah dan kami anak anak. Allahu Akbar; sebenarnya kesan kesakitan itu, ibu bawa sampai dewasa. Impian ibu masa kecik cuma satu 'Aku nak keluar daripada kampung ni, nak berjaya dan tak nak duduk dengan mak'
Kami adek beradek gelar rumah sebagai 'asseramak' dan impian nak masuk 'asrama' sebab tak tahan kena belasah dan maki dengan mak hari-hari. Kami manalah tahu mak kena sihir, yang kami tahu lahir-lahir jer dah kena beduk, belasah dan pukul dengan mak.
Ada banyak lagi kisah pahit dalam hidup ibu dan in shaa Allah ibu akan share dengan semua untuk beri inspirasi. Tekanan dan kesakitan dalam hidup itulah yang membuat ibu kuat untuk terus capai kejayaan.
Bila bertemu jodoh, lain pula ceritanya. Ibu sangkakan itulah nakhoda ibu dan tempat ibu menumpang kasih sayang. Namun rupanya dialah punca penderitaan ibu selama bertahun-tahun. Ujian apakah ini? Ketika itu ibu berkata-kata.
Namun sebenarnya Allah ada perancangan DIA yang kita kekadang tak faham. Kita cuma kena tahu bahawa DIA lebih tahu apa yang terbaik buat kita dan apa yang DIA takdirkan adalah tarbiyyah buat kita. Sangat mahal harganya tu.
Sebab tu, ibu senang tersentuh hati dengan figura yang penuh kasih sayang dan boleh kongsikan kasih sayang seperti Puan Ernayanee Nur Julaimi, Tuan Afnan Rosli, Dr Taufiq Razif Coach Nooraizan zie dan Ustaz Mohd Hakim Mohd Nor dan ada lagi sahabat2 ibu yang lain.
Memandang mereka juga sudah rasa sayang. Moga Allah terus beri mereka kekuatan untuk terus memberi inspirasi kepada insan lain. Moga Allah juga beri ibu peluang untuk menjadi inspirasi kepada ramai orang dan boleh sebarkan happiness ♥️
Al-Fatihah untuk arwah Mak, Bapak dan Tok Miut.
#share untuk inspirasi bagi yang sedang berduka https://t.me/ProfMadyaDrNorainiTalip
No comments:
Post a Comment