[SAPA NAK DOAKAN AKU?]
Setiap kali saya menghadiri seminar, bengkel, kuliah agama dan sebagainya, sentiasa akan diselitkan kalimah 'Mintalah restu ibubapa, suami, isteri, anak-anak dan sebagainya'. Atau 'Pohonkan keberkatan doa daripada ibubapa, suami, isteri dan anak dan sebagainya'. Atau ada kalanya ada yang kata 'Saya berjaya berkat restu/doa ibubapa/suami/isteri dll''. Atau mereka kata 'Kehidupan saya berubah 360 darjah setelah mendapat restu ibu/ayah/suami dan lain-lain' Ada banyak kisah kita baca kejayaan seseorang adalah disebabkan restu dan doa mereka yang ada karamah dalam hidup kita. Ianya memang kisah benar yang kita tidak boleh mempertikaikannya.
.
Maka menunduklah wajah kesedihan bagi mereka yang tiada satupun daripada manusia-manusia karamah dalam hidup mereka, tiada ibu, tiada ayah, tiada suami dan tiada sesiapa kecuali dia dan dirinya sendiri. La tahzan, jangan bersedih, jika kita adalah salah seorang daripada mereka ini. Tidak semua orang dikurniakan Allah nikmat ada ibu/ayah/suami/isteri/anak-anak dan sebagainya. So macamanakah nasib golongan ini?.
.
Allahu akbar, Allah Maha Besar, Maha Adil dan Maha Penyayang. FirmanNya:
.
“Dan jikalau Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hamba-Nya kemungkinan mereka akan melampaui batas, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendaki-Nya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui (keadaan) hamba-hamba-Nya lagi Maha Melihat.”
Sahabat saya mengeluh, "Ani, aku tak de anak sebab aku tak kahwin dan aku pun tak de suami nak kumpul-kumpul pahala, so macamana eh aku nak masuk syurga'. OMG saya ni bukanlah ustazah yang boleh menjawab persoalan sahabat saya ni, ilmu pun kurang tapi saya berpegang pada satu prinsip iaitu Allah itu adil dan Allah itu tidak zalim. Lalu saya menjawab' 'Janganlah fikir macam tu, kena fikir kebaikan atas segala keburukan dan kekurangan kita. At least ko tak akan jadi isteri yang derhaka sebab ko tak de suami, bukan senang nak dapat tahap isteri yang mentaati suami tau. Ko tak payah ditanya tanggungjawab sebagai ibu, sebab bukan senang nak menjawab tanggungjawab sebagai mak bapak ni, dan ko masih boleh berbakti dengan mak bapak wp mereka dah takde, tetap dan berpencen tu', eh bukan senang nak layan suami tau, apalagi kalau dapat yang hancussss'. Tersenyum dia sambil berkata 'Ha ahlah betul cakap ko tu, asyik fokus takde suami..sampai lupa SENANGNYA tak de suami tak payah pening-pening..ha ha ha". Ketawa pulak dia.....
.
Kita kena faham konsep SABAR dan PASRAH. Pasrah ni ialah orang yang menerima kehidupan dengan berserah aje tanpa ada usaha dan ikhtiar so dia terdedah kepada PUTUS ASA. Manakala mereka yang SABAR ialah mereka yang redha dengan ketentuan hidup tetapi ada usaha, ikhtiar dan ada keyakinan bahawa PASTI ADA KEBAIKAN di sebalik sesuatu yang berlaku atau di sebalik sesuatu yang ditakdirkan. So mereka yang sabar akan sentiasa positif, optimistik dan bangkit di sebalik sesuatu kekecewaan. So walau apapun keadaannya, SABAR itu terbaik sebab 'there is must be blessing disguise! Ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian.
.
“Maka sesungguhnya
bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada
kemudahan. (QS. Al-Insyirah: 4-5)
Nasihat saya kepada sesiapa yang tergolong dalam golongan tidak punye sesiapa ni, paling mudah kejarlah kasih sayang dan restu Allah dan ianya lebih mudah berbanding mendapatkan kasih sayang dan restu manusia. Kasih sayang Allah tanpa sebab dan tanpa mengharapkan sesuatupun balasan, malahan ketaatan padaNYA juga akhirnya akan memberi kebaikan pada kita pun bukan untuk DIA. Kalau Allah dah sayang, maka mintalah, doalah, pohonlah, sangat mudah DIA perkenankan sebab dia Maha Kaya. Kalau Allah dah Maha Kaya, buat apa harapkan insan yang Allah tidak takdirkan buat kita. Bahkan kalau Allah dah kasih, semua mahkluk lain juga kan mengasihi kita termasuk rezeki yang bertebaran mencari pemiliknya. Kan itu lebih mudah berbanding kena melalui perantaraan manusia?.
.
Dan jika Allah tarik seseorang yang sangat oenting dalam hidup kita maka SABAR lah kerana in shaa Allah akan digantikan dengan yang terlebih baik nanti jika kita sedia menerima kehilangan tersebut dengan percaya Allah lebih mengetahui hikmah di sebalik kehilangan tersebut. So fikir-fikirkan dan jom kita sama sama kejar kasih sayang dan restu Allah s.w.t ianya sangat mudah dan lebih mudah.
.
Dan jika Allah tarik seseorang yang sangat oenting dalam hidup kita maka SABAR lah kerana in shaa Allah akan digantikan dengan yang terlebih baik nanti jika kita sedia menerima kehilangan tersebut dengan percaya Allah lebih mengetahui hikmah di sebalik kehilangan tersebut. So fikir-fikirkan dan jom kita sama sama kejar kasih sayang dan restu Allah s.w.t ianya sangat mudah dan lebih mudah.
.
“Kalau Allah SWT
mencintai seorang hamba, maka beliau memanggil Jibril. “Wahai Jibril! Aku
mencintai si fulan, maka cintailah dia. Lalu Jibril memanggil penghuni langit.
“Wahai penghuni langit! Sesungguhnya Allah mencintai si fulan maka cintailah
dia. Lalu penghuni bumipun mencintainya.” (HR. Bukhari dan Muslim)
“Jika Allah menolong
kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan
kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu selain itu?
Karena itu, hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal.” (QS: Al Imran:160)
.
Nukilan petang Isnin yang baru dilanda kesedihan kehilangan PA kesayangan Puan Huda yang terpaksa berhenti kerana masalah kesihatan dan bebanan Kuliah. Yes saya bangkit selepas menangis sepanjang pagi kerana saya nak jadi orang yang SABAR bukan orang yang PASRAH.
.
#letpassionleadyou
#365harimencarisyurga
#sayakehilanganhuda