Tuesday, May 22, 2018


[KONGSI TIPS BEKERJA DAN ADA PARTIME KERJA]
Tekanan hidup dan ekonomi yang kurang baik menyebabkan ramai di kalangan kita yang membuat kerja lebih daripada satu untuk baiki kehidupan. Saya faham sangat, sebab saya ibu tunggal walaupun ada anak dua sahaja tapi disebabkan saya mahu anak saya bersekolah di sekolah agama swasta terbaik di Bangi dengan mendapat pendidikan agama dan akademik maka saya perlu ada duit extra. Tambahan pula duduk di Bangi memang kena struggle dengan ekonomi yang sangat mencabar, coz everything is expensive and exclusive. Kesan daripada kepincangan hidup masa lalu, menjadikan saya ada banyak liability yang perlu ditanggung. Yes I am a lecturer dengan jawatan yang baik dan gaji yang baik tapi untuk hidup selesa dengan anak anak maka saya perlukan extra income. Hidup dalam abad ini dengan keperluan tambahan seperti internet, laptop, gajet dan sebagainya juga perlu dipenuhi.
Saya percaya ramai yang ada sebab tersendiri untuk mempunyai extra income bagi mencapai kehidupan yang lebih selesa di zaman VUCCA, serba serbi low resources. Saya faham masalah awak awak semua dan kerana itulah kita do something extra selain kerja utamakan.
Cuma bila kita bekerja dan ada partime kerja pula, especially bagi yang ada partime bisnes macam saya sangat perlu berhati-hati dan berjaga jaga supaya rezeki kita itu halal lagi barakah kerana yang halal itu tidak semestinya barakah.
Bila kita ambik hak kerja utama kita maka Allah pasti akan tarik hak rezeki kita tadi. Ini berlaku pelbagai cara seperti berlaku kerosakan, sakit, kemalangan, kehilangan dan sebagainya yang menyebabkan akhirnya rezeki kita back to asal tiada penambahan apa apa walaupun kita buat dua kerja. Paling tak best tiada rasa bahagia dalam jiwa dan rasa kepenatan yang amat sehinggakan merasa kecewa dalam hidup.
So saranan saya untuk diri sendiri sebagai ingatan bila kita ada partime kerja atau ada bisnes semasa bekerja sila jaga jaga hal berikut:
1. Jangan guna masa bekerja untuk extra income tapi jika terguna maka gantikanlah masa tersebut dengan secepatnya dan sedisiplinnya. Atau buatlah kerja hakiki tu extra extra.
2. Jangan sesekali guna alat dan peralatan kerja untuk tujuan extra income kita. Asingkan alat dan keperluan kerja dengan alat dan keperluan extra income. Jika terpakai gantikanlah.
3. Jaga KPI kerja di tempat kerja, be the best or work at the best. Usaha sebaik mungkin untuk tunjukkan walaupun kita ada extra kerja tetapi kerja hakiki mencapai KPI yang ditetapkan.
4. Jangan jaga tepi kain orang atau sibuk mendengar cakap orang. Do the right thing dengan yakin dengan apa yang kita buat selagi kita tidak mengabaikan kerja tak salahpun nak buat extra income sebab pasti ada orang yang akan mengata, biarkan aje kerana bukan dia yang beri rezeki pada kita dan mereka tak tahu masalah kita. Lama lama senyaplah tu, apatahlagi kalau kita berjaya sama ada di tempat kerja atau untuk extra income kita.
5. Jangan lupa minta Allah guide, kena selalu TALK TO ALLAH. Talk to Allah is the best method to release tension, serius, saya always happy go lucky sebab kalau tang masalah saya jarang cakap dengan manusia, saya lebih cakap pada Allah. Lazimkan bangun malam 3 - 5 tu, memang time paling best Talk to Allah.
6. Jangan lupa sedekahkah hasil pendapatan extra dan pendapatan hakiki itu untuk mendapatkan keberkatan rezeki dan in shaa Allah boleh memberi manafaat kepada insan lain pula.
7. Jangan lupa kesihatan diri kita, walaupun kita buat kerja lebih tapi jangan terlebih lebih sangat guna diri kita. Tidur sebelum pukul 11 malam wajib. Orang yang buat kerja lebih dia perlu rehat yang cukup. Minum air mesti 2 liter ke atas. Makan of course mesti kena jaga. Tahukan makanan yang kita makan boleh mempengaruhi diri.
8. Jangan lupa bersenam, dalam group lagi awesome sebab senaman amat penting untuk meletakkan kita dalam mood yang positive. Saya dah buat sebab tu saya tahu. Ia sama macam solat, solat boleh memberi impak yang positif kepada diri kita dan begitu jugalah dengan senaman. Segala pergerakan yang dilakukan akan mempengaruhi diri kita.
9. Jaga circle. Cari circle orang yang positif kerana jika kita berada dalam lingkungan orang yang punya tekanan untuk kerja lebih masa maka kita perlu kekal positif. Even join group wasap orang yang suka buang masa pun akan beri effect negatif kat kita. Kan ada group wasap yang merapuuu aje ceritanya.
10. Jagalah hubungan dengan Allah, dengan manusia yang paling dekat dengan kita dan dengan manusia yang memberi impak positif dengan kita. Abaikan yang lain-lain.
Sekian terima kasih. So saya dah guna masa bekerja ini untuk menulis FB post ni kan. Saya wajib ganti balik nanti.

#letpassionleadyou

Friday, April 13, 2018


IBRAH SEBUAH KEMATIAN 120418. AMALAN MATI HUSNUL KHOTIMAH


Saya akan ingat tarikh ini sampai bila-bila kerana ia merupakan tarikh kematian sahabat saya al marhumah Noreana Jamal yang saya kenali sekitar 1998 semasa menjadi pengajar Sekolah Insan Istimewa yang di bawah naungan anak kepada Dato Daim Zainudin. Namun sekolah ini gagal dibangunkan kerana kurang sokongan dan kewangan. Namun kami para tenaga pengajar sempat menjalani latihan di Special Needs School di Flinders University Adelaide Australia selama 9 bulan kalau tidak silap saya. Pertama kali saya menjejaki bumi Australia dan belajar bagaimana pendidikan Kanak-kanak istimewa di sana dijalankan. Kenangan yang sangat berharga yang tidak akan saya perolehi lagi dan bagaimana saya menyedari bahawa golongan ini sebenarnya agak terpinggir di negara kita kerana masih kurang mendapat perhatian yang sewajarnya.
.
Noreen gelaran sahabat saya ini seorang yang sangat bersantun, a really good cook dan sangat prihatin. Semasa kami di Adelaide, saya berkongsi sesi memasak bersama arwah dan dengan arwah saya belajar memasak dengan menggunakan microwave. Saya orang kampung memang tak reti sangat guna microwave. Beliau memasak pan cake, rendang, nasi, ayam bakar dan segala-galanya termasuk cake dengan microwave oven. Jika tiada waktu lectures merata bumi Adelaide kami jelajahi sebab saya memang kaki jalan, so Noreen lah yang melayani saya meredah bumi Adelaide sebab dia pernah menuntut di Universiti di Wollongong Australia, so lebih mudah menjelajah dengan arwah yang telah banyak pengalaman semasa menghabiskan pengajian degree. Sehinggakan pulang ke Malaysia pun saya masih rapat dengan arwah dan pernah menghabiskan seminggu bercuti ke Singapura di rumah ibubapanya kerana arwah bapanya bertugas di Singapura. MAsa tempoh itulah saya kenali bandar Singapura dan juga Sentosa Island. 
.
Namun setelah Sekolah Insan Instimewa dibubarkan dan saya mendapat pelepasan pihak pentadbir untuk memohon kerja sebagai Research Assistant di Univeristi Malaya dan UKM, kami terpisah dan jarang-jarang berhubung. Saya dengar arwah telah bernikah dengan Azhar salah seorang tenaga pengajar di sekolah yang sama. Cinta di tempat kerja. Kemudian saya melanjutkan pengajian PhD di UK dan langsung saya tidak mendengar berita tentang arwah dan saya beranggapan arwah mestilah bahagia bersama dengan Azhar. Setelah lama berkhidmat diUKM tahun lepas sekitar bulan Disember 2017 saya terserempak dengan arwah di Bangi Gateway bersama anak-anak. Subhnallah masih teringat peristiwa tersebut tetapi disebabkan masing-masing sedang rushing nak uruskan keperluan anak kami cuma dapat bersapaan seketika sahaja. Dan pada pada pagi 12.04.18 ketika saya sedang rasa terkilan tidak dapat turut serta bersama team DeXandra melancarkan Air Asia - DeXandra kerana urusan keluarga, saya mendapat panggilan bahawa Noreen telah pergi buat selama-lamanya.
.
Semasa saya memandang Jenazah Noreen, air mata saya menitis dan membayangkan persahabatan kami dan saya membayangkan saya juga akan menjadi jenazah mungkin tidak lama lagi. Umur Noreen 4 tahun lebih muda daripada saya, dan semua tidak mustahil kerana umur 40-an adalah umur yang semakin hampir kepada kematian. Justeru itu saya harus lebih banyak mengingati mati kerana mati itu WAJIB, mati itu PASTI. 
.
Apa yang kita perlu usahakan ialah kematian dalam husnul Khotimah atau kematian dalam kebaikan. Dan kebetulan sehari sebelum menerima berita kematian ini saya ada mendengar tazkirah Ustaz Ahmad Dusuki Mat Rani berkenaan kematian dan kata beliau 'Mengapakah kita terlalu mengejar dan merebut perkara yang kita akan tinggalkan selepas kematian dan mengabaikan perkara yang akan kita bawa selepas kematian'. Memang benar katanya, kita selalu lupa bekalan yang kita mahu bawa bersama-sama kita menemani selepas kematian. Justeru itu saya nak kongsikan apa yang kita perlukan untuk mendapatkan kematian husnul khotimah dan membawa bekalan yang akan kita gunakan selepas kematian yang menakutkan semua insan yang hidup, kerana kita akan takut pada benda yang kita tidak tahu dan tidak pasti.
.
Ustaz Dusuki berkongsikan 6 amalan harian untuk kita melalui kematian yang baik dan kematian yang baik adalah tanda kehidupan akhirat yang baik:

1) Bacalah La ila ha illa anta subhanaka inni kuntu minnazzolimin. Baca ini banyak banyak dalam kehidupan kita sehari hari kerana ia merupakan doa yang memohon ampun ke atas kezaliman yang kita lakukan ke atas diri kita sendiri sama ada secara sedar atau tanpa sedar.

2) Bacalah selawat atas junjungan Nabi Muhammad saw sebanyak banyaknya dan kalau boleh sekurang-kurang 1000 kali sehari kerana satu kali kita berselawat 10 kali Allah akan menyebut nama kita. Alangkah bahagianya kita bila orang2 besar, atau boss kita atau orang-orang terkenal dan tersohor menyebut2 nama kita dan bayangkan bagaimana bahagianya kita jika Allah Tuhan sekelian alam menyebut-nyebut nama kita. 

Antara mukmin yang mendapat syafaat Nabi di akhirat kelak juga di kalangan mereka yang banyak berselawat ke atas Nabi dan selawat itulah yang menjadi asbab Nabi saw kenal akan kita ini sebagai ummatnya nanti.

3) Bacalah sebanyak-banyak surah al-Ikhlas kalau tidak mampu bacalah 40 kali, jika tidak mampu bacalah 10 kali, jika tidak mampu juga bacalah sekurang-kurang 3kali, kerana  1 surah al-ikhlas menyamai 1/3 al Quran dan jika kita baca 3 kali maka ianya menyamai seperti membaca keseluruhan al Quran. Dan jangan kita perkecilkan mereka yang memperjuangkan membaca al Quran meskipun cuma surah al-Ikhlas yang hanya terdiri daripada 4 ayat sahaja.

4) Bacalah al-haukolah yang merupakan bacaan yang biasa kita dengar iaitu La ila ha illaulohu Allahu akbar. Wa la hau la wala kuwwata illa billahil aliyil aziim. Ia merupakan zikri yang warid daripada Nabi saw dan tidak akan dimamah api neraka tubuh badan pengamalnya.

5) Tetapkan diri dalam keadaan berwudhu kerana kita akan dibangkitkan nanti sepertimana kita dimatikan. Jika kita mati dalam keadaan membaca al-Quran maka kita akan dibangkitkan dalam keadaan membaca al Quran, jika kita mati dalam keadaan  sedang solat maka kita akan dibangkitkan dalam keadaan sedang solat, jika kita dibangkitkan dalam kedaan kita sedang berwudhu maka kita akan dibangkitkan dalam keadaan berwudhu, dan yang sedihnya jika kita dimatikan dalam keadaan bermaksiat maka kita akan dibangkitkan dalam keadaan bermaksiat. Na uzubillahimin zalik.

6) Bersugilah, Bersugi bukan memberus gigi tetapi sebaliknya menggunakan kayu sugi. So pelajarilah kaedah bersugi dan simpanlah kayu sugi di rumah kita kerana bersugi ni mencerahkan minda dan mencergaskan akal fikiran.

Saya mengambil ibrah atau pengajaran daripada kematian sahabat saya Noreen, kerana sata juga akan mengikuti arwah nanti. Semoga kita semua yang masih hidup berkempatan untuk memperbaiki mana yang tercela dan terkurang, Allah masih bagi masa, tenaga, kudrat dan umur buat kita, ambik peluang ini sebaik mungkin. Kita sedekahkan al-Fatihah buat arwah sahabat saya dan doakan ruh beliau ditempatkan di kalangan ruh orang-orang soleh. Al_fatihah. Dan sesunggunya daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita akan dikembalikan. 
.
#letpassionleadyou
#365harimencarisyurga
#takdirAllahituindah

Monday, March 19, 2018

[SAPA NAK DOAKAN AKU?]

Setiap kali saya menghadiri seminar, bengkel, kuliah agama dan sebagainya, sentiasa akan diselitkan kalimah 'Mintalah restu ibubapa, suami, isteri, anak-anak dan sebagainya'. Atau 'Pohonkan keberkatan doa daripada ibubapa, suami, isteri dan anak dan sebagainya'. Atau ada kalanya ada yang kata 'Saya berjaya berkat restu/doa ibubapa/suami/isteri dll''.  Atau mereka kata 'Kehidupan saya berubah 360 darjah setelah mendapat restu ibu/ayah/suami dan lain-lain' Ada banyak kisah kita baca kejayaan seseorang adalah disebabkan restu dan doa mereka yang ada karamah dalam hidup kita. Ianya memang kisah benar yang kita tidak boleh mempertikaikannya.
.
Maka menunduklah wajah kesedihan bagi mereka yang tiada satupun daripada manusia-manusia karamah dalam hidup mereka, tiada ibu, tiada ayah, tiada suami dan tiada sesiapa kecuali dia dan dirinya sendiri. La tahzan, jangan bersedih, jika kita adalah salah seorang daripada mereka ini. Tidak semua orang dikurniakan Allah nikmat ada ibu/ayah/suami/isteri/anak-anak dan sebagainya. So macamanakah nasib golongan ini?.
.
Allahu akbar, Allah Maha Besar, Maha Adil dan Maha Penyayang. FirmanNya:
.
Dan jikalau Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hamba-Nya kemungkinan mereka akan melampaui batas, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendaki-Nya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui (keadaan) hamba-hamba-Nya lagi Maha Melihat.” 

Sahabat saya mengeluh, "Ani, aku tak de anak sebab aku tak kahwin dan aku pun tak de suami nak kumpul-kumpul pahala, so macamana eh aku nak masuk syurga'. OMG saya ni bukanlah ustazah yang boleh menjawab persoalan sahabat saya ni, ilmu pun kurang tapi saya berpegang pada satu prinsip iaitu Allah itu adil dan Allah itu tidak zalim. Lalu saya menjawab' 'Janganlah fikir macam tu, kena fikir kebaikan atas segala keburukan dan kekurangan kita. At least ko tak akan jadi isteri yang derhaka sebab ko tak de suami, bukan senang nak dapat tahap isteri yang mentaati suami tau. Ko tak payah ditanya tanggungjawab sebagai ibu, sebab bukan senang nak menjawab tanggungjawab sebagai mak bapak ni, dan ko masih boleh berbakti dengan mak bapak wp mereka dah takde, tetap dan berpencen tu', eh bukan senang nak layan suami tau, apalagi kalau dapat yang hancussss'. Tersenyum dia sambil berkata 'Ha ahlah betul cakap ko tu, asyik fokus takde suami..sampai lupa SENANGNYA tak de suami tak payah pening-pening..ha ha ha". Ketawa pulak dia.....
.
Kita kena faham konsep SABAR dan PASRAH. Pasrah ni ialah orang yang menerima kehidupan dengan berserah aje tanpa ada usaha dan ikhtiar so dia terdedah kepada PUTUS ASA. Manakala mereka yang SABAR ialah mereka yang redha dengan ketentuan hidup tetapi ada usaha, ikhtiar dan ada keyakinan bahawa PASTI ADA KEBAIKAN di sebalik sesuatu yang berlaku atau di sebalik sesuatu yang ditakdirkan. So mereka yang sabar akan sentiasa positif, optimistik dan bangkit di sebalik sesuatu kekecewaan. So walau apapun keadaannya, SABAR itu terbaik sebab 'there is must be blessing disguise! Ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian.
.
“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. (QS. Al-Insyirah: 4-5)
Nasihat saya kepada sesiapa yang tergolong dalam golongan tidak punye sesiapa ni, paling mudah kejarlah kasih sayang dan restu Allah dan ianya lebih mudah berbanding mendapatkan kasih sayang dan restu manusia. Kasih sayang Allah tanpa sebab dan tanpa mengharapkan sesuatupun balasan, malahan ketaatan padaNYA juga akhirnya akan memberi kebaikan pada kita pun bukan untuk DIA. Kalau Allah dah sayang, maka mintalah, doalah, pohonlah, sangat mudah DIA perkenankan sebab dia Maha Kaya. Kalau Allah dah Maha Kaya, buat apa harapkan insan yang Allah tidak takdirkan buat kita. Bahkan kalau Allah dah kasih, semua mahkluk lain juga kan mengasihi kita termasuk rezeki yang bertebaran mencari pemiliknya. Kan itu lebih mudah berbanding kena melalui perantaraan manusia?. 
.
Dan jika Allah tarik seseorang yang sangat oenting dalam hidup kita maka SABAR lah kerana in shaa Allah akan digantikan dengan yang terlebih baik nanti jika kita sedia menerima kehilangan tersebut dengan percaya Allah lebih mengetahui hikmah di sebalik kehilangan tersebut. So fikir-fikirkan dan jom kita sama sama kejar kasih sayang dan restu Allah s.w.t ianya sangat mudah dan lebih mudah.
.
Kalau Allah SWT mencintai seorang hamba, maka beliau memanggil Jibril. “Wahai Jibril! Aku mencintai si fulan, maka cintailah dia. Lalu Jibril memanggil penghuni langit. “Wahai penghuni langit! Sesungguhnya Allah mencintai si fulan maka cintailah dia. Lalu penghuni bumipun mencintainya.” (HR. Bukhari dan Muslim)
“Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu selain itu? Karena itu, hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal.” (QS: Al Imran:160)
.
Nukilan petang Isnin yang baru dilanda kesedihan kehilangan PA kesayangan Puan Huda yang terpaksa berhenti kerana masalah kesihatan dan bebanan Kuliah. Yes saya bangkit selepas menangis sepanjang pagi kerana saya nak jadi orang yang SABAR bukan orang yang PASRAH.
.
#letpassionleadyou
#365harimencarisyurga
#sayakehilanganhuda

Friday, March 9, 2018


[SARAPAN YANG TIDAK JADIKAN KITA GEMUK]
.
Saya terpaksa keluar awal pagi dan disebabkan malam tadi pukul 4 pagi baru dapat tidur menyiapkan manuskrip buku so tak sempat nak shake Herbalife F1. Makan di kedailah nampaknya.
.
So apabila selesai memesan makanan saya pilih nasi lemak bungkus kecil dan air mineral. Rasanya itulah pilihan terbaik berbanding roti canai dan lain lain tu. Semasa makan pelanggan semakin ramai yang masuk, rata rata couple Melayu dengan bawa anak masing-masing. Saya perhatikan pelanggan yang masuk dan gaya pemakanan mereka.
.
Satu couple tu mula2 makan sekeping roti canai dan seorang makan roti telur, kemudian selesai suaminya bangun dan ambik 2 bungkus nasi lemak seperti yg saya makan tadi. Lalu isteri memanggil pelayan kedai untuk order telur mata kerbau dan teh tarik segelas seorang.
.
Di seberang meja sebelah sana pun saya lihat sepasang suami isteri yang selesai makan nasi lemak dan segelas teh tarik seorang memanggil pelayan untuk next order roti  canai kosong sekeping seorang.
.
Manakala di sebelah hujung restoran ada satu keluarga yang semuanya berbadan sangat obes sampai duduk tak boleh rapatkan kaki pun, mereka sedang menghadapi hidangan maggie goreng, mee goreng mamak dan roti telur di samping nasi lemak di letakkan di atas meja. Mereka juga punya teh tarik masing masing.
.
Well, itulah gaya hidup makanan sarapan rakyat Malaysia rata rata memang sangat tinggi karbohidrat, berminyak dan sangat kurang minum air kosong. Air manis memang menjadi pilihan rata rata rakyat Malaysia.
.
Teringat saya ketika berat badan saya mencecah 65 ke 69 kilo dahulu. Begitulah saya. Kalau makan roti kosong ..saya akan ambik nasi lemak bungkus pula dan semestinya saya order teh tarik. Melihat mereka sangat sangat mengingatkan bagaimana saya dahulu. Suka makan, cepat lapar dan banyak pilih makanan berlemak, berminyak dan kenyang aje jadi keutamaan.
.
Rupa rupanya bila saya ikuti kelas bimbingan pemakanan bersama Herbalife, sarapan tinggi karbo akan buat kita lebih cepat lapar, tingkatkan lagi nafsu makan dan kita akan makan lebih banyak. Akhirnya lebihan kalori tu disimpan dalam bentuk lemak badan atau lemak visceral yang menyelaputi organ organ penting seperti jantung, paru-paru, salur darah dll. Produk akhir kita gemuk, mengah dan bloated, rasa kurang sihat dan bagi yg ashma akan lebih mudah mengalami semput dan lelah.
.
Sebahagian besar penyakit adalah disebabkan oleh makanan, pemakanan dan cara kita menyediakan makanan tersebut. So untuk sarapan ambillah panduan ini:
.
1. Terbaik makan pada tempoh 30 minit kita bangun tidur.
.
2. Makan sebelum pukul 9 pagi.
.
3. Minum air kosong ketika bangun tidur dan ketika sarapan itu lebih baik.
.
4. Jangan skip sarapan. Kerana meninggal kan sarapan akan mengakibatkan:
- berat makin naik
- cepat tua
- kurant tenaga
- nafsu makan makin meningkat
- pembakaran makin rendah (metabolisma)
- muka akan nampak kusam
- tak akan dapat control diet
.
5. Jangan sarapan dengan makanan tinggi karbohidrat, lemak dan gula.
- gula  akan terus melonjak dalam darah boleh akibatkan diebetes
- badan makin bulat
- badan sikit lemau
- nafsu makin menjadi - jadi
- susah nak kawal berat badan
.
6. Fokus makanan yg berprotein, berserat dan bervitamin.
.
7. Kalori rendah bawah 300 kalori. Sebab Perseus kalori sepatutnya seperti berikut:
30% : breakfast
40% :lunch
20% : Dinner
20: snacking pagi & petang
.
8. Mulakan ambik tea detox pun boleh sebelum, semasa dan selepas sarapan.
.
9. Ambiklah Air. Kiraan setiap 25kg 1 liter Air mineral atau Air putih perlu di minum.
.
10. Alah bisa tegal biasa kalau dah biasa dengan PEMAKANAN sarapan sihat.
.
Keep it up kerana menjaga kesihatan itu WAJIB dan tubuh badan kita adalah amanah Allah untuk di Jaga. Setiap yang Allah pinjam dan amanah kan pasti di tanya.
.
#letpassionleadyou
#journeytokurussihat

Thursday, March 1, 2018





[HIKMAH SAKIT DAN UJIAN]
.
Hikmah ujian dan kesakitan ni sama aje sebenarnya. Semua yang berlaku ada sebab dan asbab dan ada tujuan yang tertentu. Allah tidak memberikan atau mengurniakan sesuatu dengan sia sia atau tanpa tujuan. Allah memberi kita kesakitan dan ujian itu sesuai dengan daya tahan dan kemampuan hambaNya. Antara hikmah ujian dan kesakitan ialah ianya merupakan:
.
1) Zikrullah.
.
Mereka yang diuji lebih ingat pada Allah dan lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu senang atau pada ketika kita berada pada zon selesa. Itu lumrah manusia yang lebih ingat Allah pada ketika susahnya berbanding senang.
.
2) Istighfar.
.
Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit dan diuji sehingga lisan mudah untuk memohon ampun daripada dosa dosa yang pernah dilakukan tanpa sedar atau dengan sedar.
.
3) Muhasabah.
.
Orang yang sakit dan diuji akan lebih banyak waktu merenung diri, menghitung-hitung bekal untuk mati dan mengenang kembali apa yang pernah dilakukan sepanjang kehidupan yang lalu. Masa itu digunakan seperti waktu re charged atau re energized di R&R dalam satu perjalanan untuk meneruskan perjalanan dalam kehidupan sepertimana perjalanan kita dalam kehidupan seharian.
.
4) Jihad.
.
Orang yang sakit dan diuji tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan dan kemakmuran hidup pada masa akan datang. Allah ada berpesan dalam Al Wuran bahawa jangan sesekali kita putus asa daripada RahmatNya, dan sikap putus asa bukan sikap seorang Muslim yang baik.
.
5) Ilmu.
.
Sakit dan ujian itu akan menambah Ilmu yang mana ianya akan membuat kita mencari ilmu untuk mengubati penyakit dan mengatasi ujian yang datang. Mungkin kita akan mencari ilmu untuk memperbaiki diri atau memperbaiki kesihatan bagi memperbaiki kehidupan kita.
.
6) Nasihah
.
Melalui ujian dan kesakitan maka akan lahir nasihat menasihati antara kita, yang datang daripada mereka yang prihatin terhadap kita. Akan lahir nasihat menasihati atas kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi sakit dan ujian yang datang. Mungkin akan lahir nasihat daripada mereka yang telah melalui pengalaman tersebut.
.
7) Silaturrahim.
.
Sakit dan ujian juga boleh mengeratkan silaturahim. Keluarga yang jarang datang jenguk akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan beroleh pemberian lagi. Adakalanya hubungan antara keluarga seperti adik beradik akan menjadi erat dengan adanya ujian yang datang..
.
8) Penghapus dosa.
.
Jika kita redha atas ujian berat yang Allah berikan nescaya dihapuskan dosa, malahan diberikan ganjaran pahala atas kesakitan yang ditanggung.
.
9) Mustajab Doa.
.
Doa yang lebih dekat dengan Allah ialah doa mereka yang benar-benar mengharapkan pertolongan dan bantuan daripada Allah, doa ketika kita dianiayai, doa ketika kita benar-benar ikhlas kepada Allah s.w.t.
.
10) Keinsafan
.
Apabila kita diuji mestilah kita akan menangis kerana kesakitan dan ujian berat yang ditanggung, tatkala inilah keinsafan akan menyelusup masuk dalam jiwa kita. Tangisan keinsafan adalah merupakan salah satu sikap yang di sukai Rasulullah s.a.w.
.
11) Meningkatkan kualiti ibadah
.
Kualiti ibadah kita akan lebih baik jika kita berada dalam keadaan memohon sesuatu dengan bersungguh-sungguh terhadap Allah s.w.t. Rukuk dan sujud kita lebih khusyuk, tasbih, tahmid dan istighfar akan lebih dihayati. Secara tidak lansung akan meningkatkan kualiti ibadah kita.
.
12) Memperbaiki akhlak
.
Apabila kita dalam keadaan tiada upaya dan tiada kuasa untuk melakukan sesuatu kecuali dengan pertolongan Allah, secara tidak langsung kesombongan dan ego terkikis, sifat tamak ditewaskan dan peribadi akan menjadi santun, lembut, pasrah dan tawadhu.
.
13) Mengingatkan kita akan hari pembalasan dan juga datangnya mati
.
Nabi pernah menyebutkan mereka yang paling bijak ialah mereka yang paling ingat mati, dan setiap ujian dan kesakitan yang kita hadapi akan membutakan kita sentiasa beringat untuk menghadapi kedua-dua saat yang paling menggerunkan ini.
.
14. Menguji kesetiaan mereka yang berada di sisi kita.
.
Ketika diuji dengan kesakitan dan ujian beratlah kita akan menyedari siapa kawan dan siapa lawan, siapa saudara ketika berada dan saudara untuk ke syurga, siapa ubat dan siapa racun. Jadikan saat ini untuk menapis mereka yang akan kita jagai ukhwah dan mereka yang kita seharusnya menghindari. Hanya mereka yang mengasihi kita kerana Allah akan terus berada di sisi walau bagaimana sekalipun keadaan kita.
.
Itulah antara hikmah ujian dan kesakitan yang dihadapi oleh setiap insan, dan ianya dikurniakan atas kita mengikut kekuatan yang ada pada diri masing-masing. Jika kita tewas menghadapi bermaksud kita tidak menggunakan kekuatan yang Allah kurniakan pada kita malahan mensia-siakan kelebihan itu. Marilah sama sama kita muhasabah diri da bersama-sama memperbaiki diri kita. La haula wa la quwwa ta illa...
.
#letpassionleadyou
#365harimencarisyurga
#agendandropshipdexandrawanted
.
[APA YANG ANAK ANAK TONTON ADA KESAN KE?]
.
Masa saya kecik, TV kami pun sangat kecik, 12 x 10 inches aje kot sbb besar macam lap top aje. TV Hitam putih jenama samsung, time tu popular National yang lepas tu tukar Panasonic. Rumah kami antara orang kampung terakhir yang ada tv. Orang lain dah lama dan TV pun sah colour.
.
Kami sangat excited bila arwah bapak beli TV, time tu terasa macam orang KAYA ha ha ha. TV ni pakai bateri so seminggu sekali arwah bapak caj bateri kat Sedeng  Bukit Siput iaitu pekan paling dekat dengan Kg Melayu Raya. Bila  bateri semakin lemah gambar akan me jadi semakin kecik dan kecik dan kecik dan terus padam...ha ha ha. Kalau time tu ada cerita best memang frust menonggeng.
.
So rancangan kegemaran saya ialah Cumi dan  Ciki juga Mickey Mouse Club MMC. Start daripada rancangan inilah saya suka orang putih, nak pergi ke negara orang putih, nak ada kawan orang putih, nak pandai cakap orang putih, nak cantik macam orang putihhhh ha ha ha. Saat paling saya suka ialah bila waktu akhir mereka akan siarkan sahabat pen pal dari Amerika, so depa bagi alamat, umur dan hobby mereka, ada gambar sekali.
.
Saya try tulis surat dengan salah seorang sahabat pena (pen pal) namanya Kathy Gustavson. Dua minggu lepas tu dapat balasan oh MY GOD happy giler doh dapat kawan American. Beliau dari Michigan State US. Ada gambar keluarga dan seronok sangat baca surat dia. Saya pun balas tapi entah apa2 bahasa Inggeris sayakan sebab saya orang kampung mana reti sangat. Saya belajar bahasa Inggeris cuma kat sekolah yg kadang2 cikgu yang ngajar pun tak cakap Inggeris he he dan belajar dengan rancangan TV serta baca buku kat library (habis buku novel dan cerita bahasa Inggeris saya pinjam dan baca sampai jemu sbb tak ada buku Inggeris baru masuk library sekolah kampung). Masalah persahabatan kami ialah saya tak ada duit nak beli stem untuk pos ke US...hu hu akhirnya persahabatan saya putus camtu aje sbb saya susah nak balas surat dia sbb tak de duit.
.
So saya pun berbalik jelah tengok rancangan MMC tu ..sebab suka sangat tengok kehidupan American. Nampak bestkan happy jer. So setiap kali nak habis rancangan mesti ada satu lagu dinyanyikan beramai2. Lagu theme rancangan tu dan chorus saya paling suka ialah bila mereka ramai2 sebut MICKEY...M.I.C. SEE YOU REAL SOON. K.E.Y WHY BECAUSE WE LIKE YOU. MOUSE 🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶. Menyanyilah saya bersama dua adik  Roselimah Talip dan Salihan Talip dengan kuat dan bersungguh-sungguh.
.
Alhamdulillah wp saya belum sampai lagi ke Amerika tetapi saya dah dapat apa yang saya inginkan masa menonton rancangan MMC tu. Walaupun saya tidak close to Amerika tetapi saya ada connection dengan United Kingdom dan Australia.
.
Moral of the story, berilah anak anak menonton rancangan yang memberi INSPIRATION pada mereka bukan sekadar menonton untuk hiburan semata mata. Memory Band akan merakam perkara tersebut dan mereka in shaa Allah boleh menggapai impian tersebut. Allahumma yasir.
.
#letpassionleadyou
#365harimencarisyurga
#agendropshipdexandrawanted

Doa Ashabul Kahfi

Perkongsian Ustazah Asma Harun pada pagi 22.11.21 mengenai Doa Ashabul Kahfi daripada Ayat 10 Surah Al Kahfi. Jika kita ditimpa masalah bes...