Sunday, September 15, 2019


BEHIND 'JAUH DARIPADA ALLAH'

Perkara pertama yang ibu faham tentang DOA ialah daripada kisah Nabi Adam as dikeluarkan dari syurga. Ustazah kupas pengajaran dari kisah ini. Kisah ini buat ibu sedar banyak perkara, dan buat ibu menangis banyak kali.

Ibu rasa syukur sebab Allah pilih ibu untuk di kategori kan dalam golongan yang sukar untuk dapat sesuatu yang diinginkan dalam hidup. Ini membuatkan ibu tak berhenti cari ilmu sehingga ibu ditemukan dengan mereka yang sangat best. Imagine jika ibu dapat sesuatu dengan mudah, sure ibu berhenti belajar dahkan.

Dalam hidup ibu, apa yang ibu dapat hampir semuanya bukan dengan mudah, mesti melalui kesusahan, sejak lahir, masuk sekolah, masuk univ, perkahwinan, dalam pekerjaan  nak dapat anak, nak bangkitkan bisnes, dan pelbagai lagi.

Antara satu-satunya benda yang ibu dapat dengan mudah ialah berjaya dapat scholarship melanjutkan pengajian ke peringkat Master. Mudah sangat bila dapat offer biasiswa RM1300.00. Jumlah tu sangat banyak bagi ibu, orang miskinkan 😁. Ni fenomenalah, sebab mudah sangat dapat

Berbalik tajuk fokus kita hari ini. Behind 'Jauh daripada Allah' Ustazah kongsikan ANTARA sebab doa susah makbul ialah disebabkan kita jauh daripada Allah. Ustazah bawa kisah Nabi Adam as yang di awal penciptaannya sangat dekat dengan Allah, berada di syurga, hidup dalam rahmahNya, sangat dekat dengan Allah.

Namun hanya disebabkab 1 dosa, Nabi Adam as dikeluarkan daripada syurga, berada JAUH daripada Allah (dihantar ke bumi). Hidup susan dan struggle. Jadi bayangkan jika kita yang buat bukan 1 dosa tapi sangat banyak dosa, dengan tidak ada ilmu atau tidak cukup ilmu, berapa banyak dosa kita buat dengan sedar atau tanpa sedar. Rupa2 nya dalam ibadah seperti solat pun kita buat dosa, menipu Allah tanpa sedar. Sedihnya. Kena belajar ni dosa dosa dalam solat.

Ibu tidak menulis ini untuk sesiapa tetapi untuk diri ibu sendiri yang mungkin kena baiki banyak hal untuk berada dekat dengan Allah. Kena jaga saat bila kita sedang bercakap dengan Allah (solat) atau saat Allah bercakap dengan kita (membaca al Quran). Masa umpama ini perlu dijaga dengan baik dan sempurna untuk baiki hubungan dengan Allah.

Kita kena banyak istighfar, kena banyak istighfar dengan hati, lisan dan perbuatan, agar kita lebih dekat denganNya. Kena cari apa sahaja amal yang buat kita dekat denganNya dan tinggal semua benda yang buat kita jauh dariNya. Kena usaha sungguh2, agar DIA sayang dan pandang kita sebagai jiwa yang diredhaiNya.

In shaa Allah ibu akan sharekan lagi apa yang ibu temui dengan sesi bersama Amazing Quran Language yang dipimpin oleh Ustazah Afeefah Solehah Zainal. Wanita hebat yang berjuang untuk bantu ummah. Alhamdulillah.

Kita yang tak faham KOSA KATA bahasa al Quran dan bahasa Arab susah mahu memahami sendiri, so kita sama2 cari mereka yang boleh bantu kita. Doalah pada Allah, DIA akan temukan nanti. Bak kata pepatah 'Better Late than Never'.

@https://t.me/ProfMadyaDrNorainiTalip

#beautifullife
#bekindbecouragebestrongbehappy

Friday, September 13, 2019


TAKDIR DIA DAN TAKDIR KITA?

Hari ini ibu dipertemukan lagi dengan insan yang tidak mempunyai sangat gelora dalam hidup. Keseluruhan hidupnya amat selesa dan hampir sempurna. Dengan keluarga yang baik, pendapatan yang bagus dan juga memiliki hampir semua keinginan yang ingin dicapainya dalam hidup.

Satu ketika dulu ibu jumpa juga sahabat yang mempunyai kisah yang sedemikian, sehingga dia kata kat ibu 'Aku tak de masalah sangat pun dalam hidup'. Ibu tak tahulah kalau dia berbohong atau tidak tapi apa yang ibu nampak memang keluarga yang sempurna dengan segala-galanya ada.

Ibu pun terkenangkan diri sendiri yang hidup dalam keadaan yang penuh cabaran dan rintangan dalam hidup. Sehinggakan bila macam macam dah dilalui ibu jadi susahlah nak goyah dengan benda benda remeh temeh ni, sebab dah banyak benda besar ibu lalui yang tidak terfikir dek akal fikiran ibu sendiri.

Sebenarnya, bila susah itu ujian, maka begitulah juga dengan senang. Kedua-duanya adalah bentuk ujian yang diturunkan untuk kadar layak masing-masing. Mungkin ibu tak mampu nak hadapi ujian senang, sebab ibu akan hilang kesyukuran dan keinsafan, lalu didatangkan ujian berat, begitulah sebaliknya bagi yang dapat ujian senang, dia tak mampu untuk hadapi ujian berat. Allah kan lebih tahu daripada kita.

So apa pun ujian kita, hanya pegang pada matlamat akhir iaitu keredhaan Allah. Capailah keredhaan Allah sama ada dalam susah atau dalam senang. Bentuk ujian Allah, jangan sesekali dipertikaikan. 

https://t.me/ProfMadyaDrNorainiTalip

#beautifullife
#becouragebekindbestrongbehappy

Wednesday, September 11, 2019



Sebenarnya sangat ramai orang yang sedih, berduka, kecewa dan sakit berbanding mereka yang benar-benar bahagia dan gembira.
Ibu lahir daripada kehidupan yang sangat susah, sakit dan derita. Bukan yang biashe biashe tapi level yang sampai pinjam beras, minyak, telur, kicap dan apa aja daripada jiran depan rumah.
Arwah Tok Miut, jiran ibu. Ibu sampai ingat nama insan ni, yang sangat baik tapi bila hari-hari kena sebut'Tok Miut, nak pinjam beras sikit boleh?', kanak2 pun akan rasa malu. Sesekali panjat pokok jambu belakang rumah Tok Miut, sebab lapar, selalu minta izin, tapi bila dah segan, ibu curi aje. Betullah kemiskinan boleh bawa kepada kekufuran.
Bukan setakat tu, kami memang tak ada kasih sayang dalam keluarga. Arwah mak dan bapak hari hari bergaduh sebab mak sakit kena buatan orang menyebabkan hari hari dia mengamuk, pukul dan belasah kami termasuk arwah bapak pun kena. Dosa besar bagi yang menyihirkan mak, hidup kami adik beradik dalam kesengsaraan kerana perbuatan mereka.
Orang kampung dan sedara mara kami pulak tak berapa nak rapat. Perasaan rendah diri tu sangat tinggi pada kami. Penghinaan tu biasa, kami pernah nampak terang-terang arwah bapak kena hina masa ambik lauk lebih kenduri untuk beri makan pada kami.
Arwah bapak akan ambik semua lebihan orang makan kat pinggan lepas kenduri kat kampung, dan bawa balik untuk kami makan berhari2. So lauk di'nget' bahasa Jawa ni, dihangatkan banyak kali untuk jadi lauk. Agaknya sebab tu kami semua pandai-pandai dalam pelajaran sebab makan baki makanan orang-orang hebat kat Kg Melayu Raya tu.
Bila arwah mak sakit macam tu, macamana arwah bapak nak fokus pada kerja, ibadah dan kami anak anak. Allahu Akbar; sebenarnya kesan kesakitan itu, ibu bawa sampai dewasa. Impian ibu masa kecik cuma satu 'Aku nak keluar daripada kampung ni, nak berjaya dan tak nak duduk dengan mak'
Kami adek beradek gelar rumah sebagai 'asseramak' dan impian nak masuk 'asrama' sebab tak tahan kena belasah dan maki dengan mak hari-hari. Kami manalah tahu mak kena sihir, yang kami tahu lahir-lahir jer dah kena beduk, belasah dan pukul dengan mak.
Ada banyak lagi kisah pahit dalam hidup ibu dan in shaa Allah ibu akan share dengan semua untuk beri inspirasi. Tekanan dan kesakitan dalam hidup itulah yang membuat ibu kuat untuk terus capai kejayaan.
Bila bertemu jodoh, lain pula ceritanya. Ibu sangkakan itulah nakhoda ibu dan tempat ibu menumpang kasih sayang. Namun rupanya dialah punca penderitaan ibu selama bertahun-tahun. Ujian apakah ini? Ketika itu ibu berkata-kata.
Namun sebenarnya Allah ada perancangan DIA yang kita kekadang tak faham. Kita cuma kena tahu bahawa DIA lebih tahu apa yang terbaik buat kita dan apa yang DIA takdirkan adalah tarbiyyah buat kita. Sangat mahal harganya tu.
Sebab tu, ibu senang tersentuh hati dengan figura yang penuh kasih sayang dan boleh kongsikan kasih sayang seperti Puan Ernayanee Nur Julaimi, Tuan Afnan Rosli, Dr Taufiq Razif Coach Nooraizan zie dan Ustaz Mohd Hakim Mohd Nor dan ada lagi sahabat2 ibu yang lain.
Memandang mereka juga sudah rasa sayang. Moga Allah terus beri mereka kekuatan untuk terus memberi inspirasi kepada insan lain. Moga Allah juga beri ibu peluang untuk menjadi inspirasi kepada ramai orang dan boleh sebarkan happiness ♥️
Al-Fatihah untuk arwah Mak, Bapak dan Tok Miut.
#share untuk inspirasi bagi yang sedang berduka https://t.me/ProfMadyaDrNorainiTalip

Monday, June 17, 2019



[SELAMAT HARI BAPA-AL FATIHAH untuk BAPAK SAYA ARWAH TALIP SARYO]
.
Bagi saya lelaki yang paling saya sayangi di dunia ni ialah arwah bapak saya Talip Saryo. Tiada gantinya sampai hari ini. Arwah bapak yang paling istimewa ialah kesabarannya. Kesabaran dia terlalu tinggi sehingga kami adik beradik nakal macamana pun tak pernah kena pukul, kena herdik atau kena maki. Bapak selalu kata 'Bapak seligi kang', bila kami nakal melamoau namun macamana seligi tu tak tahu pun sbb tak pernah kena sbb dek kesabaran beliau.

Dengan arwah mak, macamana mak masa sakit kena sihir dan buat macam2 kat bapak, pukul, tendang, maki hamun bagai tapi arwah bapak tetap sabar tak pernah naik tangan kat mak dan tak pernah nak ceraikan mak. Sedangkan masa tu arwah bapak tak tahu pun mak kena sihir. Kalau lelaki lain dah lama bercerai berai.
.
Kami sampai tanya sebab tak tahan dengan mak ‘Pak kenapa tak ceraikan mak?’ sebab kami pun tak tahan kena pukul. Bapak kata ‘Nanti mak nak duduk mana, nanti dia duduk kat rumah ni jugak, berdosa aje nanti sebab dah bukan suami isteri’. Subhanallah memang teramat sabar orangnya.
.
Masa mak sakit tu macam macam mak buat hingga jadi buat mulut orang kampung Melayu Raya tu. Macam orang kampung lain, kampung kami pun suka membawang. So kami sekeluarga macam dipulaukan, sedih sampai malas nak campur orang kampung. Tapi arwah bapak sabar tahap gaban, still tolong kenduri, gi rewang, urus dan ziarah kematian.

Arwah bapak ada sijil agama, dan awalnya selalu jugak dapat jemputan jadi tukang pimpin tahlil dan kenduri tapi bila arwah mak sakit, dah kurang jemputan sebab orang dah start asyik mengata kat belakang. Sebab mak sakit tak nampak kat luaran tapi lebih pada serangan emosi dan mental, so orang kampung pun tak tahu dia sakit kena sihir.
.
Saya masih ingat, hidup kami susah so bapak bila lepas tolong rewang kat kenduri, arwah bapak kutip makanan lebih orang makan, pack dan bawak balik ke rumah. Kadang kadang bapak suruh kami datang kat kenduri tu dan tunggu bapak kat tepi khemah rewang tu nak makan. Bapak bagi nasi dan lauk lauk lebih nak makan. Itupun orang kampung mengata arwah bapak curi makanan. Arwah bapak tak peduli pun, dia buat aje kerja dia. Kesiannya kat bapak.

Sebab kami orang miskin orang kampung pandang sepi jer kat kita orang kekadang nak sebatang bunga manggar pun tak dapat walaupun dok berebut nak bila depa bagi bagikan pada anak anak. Budak kecik akan ingat semua tu, so jangan main main sampai sekarang pun ingat tau.

Time kenduri gak kami suka kutip batang ais krim yg budak budak kampung buang ..so kami berangan dapat makan ais krim banyak dengan jumlah batang ice cream yang kami kumpul 😂. Sadis betul.
.
So bila kak Co kakak no4 dapat buat medic, saya masih ingat, arwah bapak menangis teresak2. Dia kata, bapak tak tahu anak bapak pandai dan masa saya nak ke UK buat PhD pun saya nampak arwah bapak sangat bangga masa dia hantar kat AirPort.
.
So kita semua ada bapak masing masing kan, hargailah mereka walau macamana mereka pun sebab itulah bapak yang Allah kurniakan untuk kita. Kita tak boleh pilih bapak atau ayah yang kita nak, kerana yang kita dapat itulah yg terbaik buat kita.

Tanpa dia tiadalah kita di dunia ni. Seperti anak anak saya yang tidak mendapat kasih sayang seorang bapak but yet mereka masih perlu menghormati dan menghargai bapa mereka walau macamana pun keadaannya. Kesian gak kat anak anak saya sebab mereka tidak tahu betapa bestnya ada seorang ayah.
.
Masa kecik2 masih ingat permainan cang gelucang yang bapak saya suka main dengan kami, simple aje tapi ma shaa Allah sangat enjoy. Saya pandai menulis, mengira dan mengaji Quran pun atas usaha arwah bapak sampai masa darjah satu saya dah pandai macam2 walaupun tak bersekolah tadika. Cuma Bahasa Inggeris saya teruk sebab arwah bapak pun tak reti nak ajar Bahasa Inggeris.
.
Arwah bapak pun selalu bawak kami ke kebun getah untuk ajar menoreh getah dan menanam semula getah. Walaupun penat tapi tak tahulah bila berkenaan bapak mesti semangat aje.

Kesukaan bapak ialah pijak2 kat belakang dan sebab saya kurus melidi dulunya, saya kena pijak2 bapak sampai umur saya 20 tahun, bila dah masuk universiti bapak kata ko dah berat, tak boleh pijak2 bapak dah. Pijak2 tu salah satu cara bapak berurut sebenarnya. Masa kecik2 dulu tiap kali pijak2 bapak bagi teka teki dan selagi tak boleh jawab, bapak tak bagi turun. So puas guna otak time pijak nak jawab teka teki. Kreatifkan bapak ajar kami berfikir.

Alhamdulillah saya direzekikan bapak yang sangat baik dan sabar. Bapak yang penyayang dan sangat rajin serta kreatif. Sebelum air masuk kampung, rumah kami dah ada paip, arwah bapak buat sendiri, hebatkan. Sebab kepandaian dia orang kampung gelar bapak Talip Kancil, special gelaran ni.
.
Masa dah berlalu, bapak pun dah tak ada, rindu? Hanya Allah yang tahu dan semoga saya boleh menjadi anak yang baik walaupun arwah bapak dah tak ada. Semoga Allah kurniakan rezeki untuk bertemu bapak di syurga nanti.

Allah hadiahkan kesusahan hidup pada bapak dengan ujian yang berat tapi Allah kurniakan bapak kematian yang mudah dan sangat mudah urusannya. Meninggal pun pada Subuh hari Jumaat, penghulu segala hari. Alhamdulillah.
.
Saya tak sempat jumpa arwah bapak sebab bapak meninggal masa saya final SEM kat UK buat PhD. REMUK hati saya dan saya diberitahu bapak sibuk betulkan zink tempat saya tidur sbb takut nanti kena huja  kalau saya balik kg tidur kat situ. Masa bapak meninggal, adik beradik jumpa gambar saya dan anak2 saya, cucu yang dia tak pernah jumpa dalam beg duit dia. Sedihkan...sayang dia kat anak2 saya wp tak berpeluang jumpa 😭
.
Moga kita semua menghargai seorang insan yang bernama bapa, bapak, ayah, daddy, papa, Abi, walid dan sebagainya. Tanpa dia, tiada kita di dunia ini.
.
Al Fatihah untuk semua bapa di dunia ini tidak kiralah sama ada yang masih hidup atau yang telah pergi. Al Fatihah.
.
#letpassionleadyou
#talipsaryo
#agiidupagingelaban

Sunday, May 26, 2019

MUKJIZAT AL QURAN - BACA SEKURANG2 10 AYAT SEHARI. HIDUP AKAN TENANG WALAUPUN DI LANDA BADAI DAN TSUNAMI KEHIDUPAN

Membaca Al-Qur’an Selepas Maghrib dan Subuh Dapat Menaikkan Kecerdasan Otak hingga 80% dan ia teman di alam barzakh dan akhirat, penenang hidup kita di dunia.

Al Quran Menguatkan Ingatan:
Abdul Malik bin Umair berkata: “Satu-satunya Manusia yang Tidak Tua (awet muda dan tidak pelupa) adalah orang yang selalu membaca Al-Quran".

Al Quran Elak Jadi Nyanyuk:
Al-imam Qurtubi berkata: "Barang siapa yang membaca Al-Quran, maka Allah akan menjadikan Ingatannya Segar meskipun Umurnya telah mencapai 100 tahun".

Al Quran Mudahkan Urusan Kehidupan:
Imam Ibrahim al-Maqdisi berkata: "Perbanyaklah membaca Al-Quran jangan ditinggalkan, kerana sesungguhnya setiap yang kamu Inginkan akan dimudahkan setara dengan yang kamu baca".

Al Quran Bawa Keberkatan:
Sebahagian ahli tafsir berkata: "Manakala kita menyibukkan diri dengan Al-Quran maka kita akan Dibanjiri oleh sejuta Keberkatan dan Kebaikan di dunia".

Al Quran Mengangkat Darjat:
Ibnu Mas’ud r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca Al-Quran”.

Gandaan Pahala Membaca Al Quran:
Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata: “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud: Alif, Lam, Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Hadith Ibnu Mas’ud ini direkodkan oleh Ad-Darimi Tirmizi dalam Sunan Tirmizi)

Sebaik2 Manusia antaranya ialah yang Belajar dan Mengajar Al Quran:
Uthman Bin ‘Affan r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”. (Hadith Uthman bin Affan ini direkodkan oleh Imam Bukhari dalam Sahih Bukhari)

Pahala Bagi Yang Berusaha Belajar Quran:
Aisyah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w.: “Orang yang membaca Al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”. (Hadith Aisyah r.a ini direkodkan oleh Imam Bukhari dalam Sahih Bukhari)

Peningkatan Darjat dan Penurunan Darjat Asbab Al Quran:
Bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al-Quran”. (Hadith Umar bin Al-Khattab ini direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim)

Beroleh Ketenangan Melalui Membaca Al Quran: Barra’ bin ‘Azib r.a. berkata: “ Seorang lelaki membaca Surah Al-Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda: Itulah (sakinah) ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al-Quran”. (Hadith Barra’ r.a. bin ‘Azib r.a. ini direkodkan oleh Imam Bukhari dalam Sahih Bukhari)

Al-Quran Sebagai Syafaat di Akhirat:
Abu Umamah berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadith Abu Umamah ini direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim)

Al Quran jadi Pembela di Akhirat:
Nawwas Bin Sam’an berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al-Baqarah dan Surah Ali-Imran, kedua-dua surah ini menghujah (mempertahankan) orang yang membaca dan mengamalkannya”. (Hadith Nawwas bin Sam’an ini direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim)

Antara kelebihan membaca, mempelajari, mengajari dan mengamalkan ayat ayat suci Quran. Allahumma yasir untuk kita menjadi generasi cinta Al Quran.

#uneed4life
#dosenukm
#stokisdexandrabangi
#mumofhanihana
#cintaialQuran

Saturday, March 16, 2019

APA YANG BERLAKU 2009-2019?
.
Saya tengok ramai orang post gambar #10yearschallenge, 2009 hingga 2019.
.
So interesting dan excited tengok masing-masing dengan keadaan dulu dan sekarang. Bestlah, memang buat saya ketawa dan paling kurang tersenyum. Terima kasih yang sahut challenge ni.
.
Flashback in 2009,
Saya baru diamanahkan untuk menjadi penyelaras TAMAN PAKU PAKIS UKM yang telah bertukar menjadi belukar kerana telah dibiarkan selama sepuluh tahun tanpa penjagaan.
.
So in 2010:
Saya berjaya membuka balik taman tersebut bersama sokongan kuat sahabat baik saya Ruzi Mohamad, Farrah Melissa dan anak murid saya Nurnida Mohd Kamal, juga dengan sokongan pihak kedekanan Fakulti Sains dan Teknologi. Taman ini menjadi kebanggaan UKM sehingga kini.
.
2010 juga saya mula aktif dengan dunia perniagaan pakaian Muslimah yang bermula pada 2008 sehingga berjaya mengumpul RM70K daripada bazar2 yang saya sertai dengan bantuan pekerja yang terdiri daripada students saya.
.
Sekitar 2010 hingga 2014 juga saya diuji dengan fitnah dan cabaran di tempat kerja, menjadikan saya lebih banyak bersunyi2 melakukan kerja2 sendiri tanpa terlalu bergaul dengan rakan sekerja.
.
2011:
Saya bersama bekas suami membuka premis perniagaan pada 11.01.11 iaitu Butik Pengantin Amanie di Seksyen 9. Modal daripada perniagaan busana muslimah yang saya usahakan since 2008. Selama 2 tahun saya kuar buka kiosk (ambik cuti 3 hari sebulan join kiosk kat putrajaya dan USIM) dan join 2 kali bazar Ramadhan PKNS Bangi hingga terkumpul 70K dan digabung dengan duit KWSP 45K serta duit Public Mutual 23K, saya serahkan pada bekas suami untuk bisnes pilihan dia, demi suami tercinta katanya. Syukur tak buat pinjaman bagai.
.
2012:
Saya berpindah ke Bangi Seksyen 3, kononnya mudah nak uruskan bisnes dan menguruskan sekolah anak. Menyewa rumah sewa berdekatan dengan rumah Dr Salmah Yaakop. Tahun ni tahun yang saya semakin bersedih so tak ingat sangat  tapi sedih2 pun banyak gak buku akademik saya dah tulis.
.
2013:
Saya cuba pertingkatkan pencapaian dalam kerjaya di UKM, so alhamdulillah dinaikkan pangkat ke Prof. Madya.

Busines bridal diuruskan sepenuhnya oleh bekas suami dan saya lihat ia semakin merosot. Saya lebih fokus pada anak2 yang sudah mula bersekolah rendah sebab antara semua perkara anak2 atau keluarga ialah no satu bagi saya.

Saya ikut kelas Dr Azizan Osman termasuk IMKK2013, dan 2-3 program beliau untuk bantu bekas suami, namun tiada kemajuan dalam perniagaan malahan saya habis ribuan ringgit daripada duit simpanan.

Akhir 2013 perniagaan tu lingkup dan saya menanggung hutang kad kredit, terpaksa guna gaji untuk cover macam2, masa tulah jugak barang2 emas saya tergadai.

2013 jugak rumah saya di Semenyih terpaksa dijual kerana bekas suami berhutang kad kredit dan tak mampu bayar, juga bebanan kerugian perniagaan bridal.

Tidak putus asa dengan bisnes saya buka kiosk baju muslimah di Bangi Gateway di Acacia Lot dengan duit hasil jual rumah dan kononnya nak bina dunia bisnes pakaian muslimah yang duit teekumpulnya dulu telah digunakan semua utk bisnes bridal bekas suami saya.

Melalui seseorang saya buka satu lagi kiosk di Shah Alam di White Boutique Cafe. Semua tu guna baki duit jual rumah. Akhir 2013 find out yang kat Shah Alam tu tak handle produk kita dengan baik dan kat situ dah rugi lebih 10K.
.
2014:
Saya mendapat penalti daripada LHDN dan kerana saya tidak dapat mengemukakan resit pembuktian (jahil tak simpan resit) saya didenda RM22 500.00. Sudah jatuh ditimpa tangga katanya. Saya bayar RM10K dan bakinya potongan gaji selama 18 bulan.

Pada tahun inilah saya mengenali Puan Erna founder DeXandra di RKMJ (juga salah satu program Dr Azizan) dan mula berminat dengan perniagaan perfume.

Saya start pakai cerminmata, so penglihatan dah menyusut, anak pulak suruh ibu pakai shawl, lebih cantik bu...katanya, so tahun inilah saya start pakai shawl berbanding tudung awning.

Penghujung 2014 saya tutup kiosk kat Bangi Gateway sebab tak terlayan urusan kerja di UKM dan bisnes serta urusan anak2 yang 90 ke 100% sejak dulu saya yang buat. Satu lagi kerugian puluhan ribuan wang ringgit dalam hidup saya.
.
2015:
Saya mula berjinak2 dengan Oshien2U, dan mendaftar sebagai dropship bermodalkan RM150.00 dan akhirnya menjadi agen original reject. Bisnes ni lebih sesuai untuk orang yang bekerjaya atas banyak sebab terutama tentang pengurusan masa. Kerjaya di UKM masih terjaga dan semakin ramai student BSc, MSc dilahirkan termasuklah student PhD, rezeki namanya. Seorang pelajar PhD dilahirkan Dr. Naseer dari Libya.

Pada tahun ini juga hubungan dengan bekas suami menjadi semakin teruk (memang teruk sejak kahwinpun) dan akhirnya kami berpisah pada Oktober 2015, officially 8.2.2016 di Mahkamah Syariah BBB. Berpisah kerana Allah jua, dia tak mampu bawa saya ke syurga.

Masa inilah saya mula bertarung untuk selesaikan hutang kad kredit, menyelesaikan gadaian barang kemas dan juga berikhtiar lebih mencari rezeki untuk anak2 serta mencari duit untuk beli rumah atas nama sendiri. Alhamdulillah, pelajar PhD kedua dihasilkan iaitu Dr Che Nurul Aini daripada UIA Kuantan.
.
2016:
Walaupun dengam pelbagai masalah alhamdulillah  Iman Hani Naziehah Husaini anak saya yang sulung menghadapi peperiksaan UPSR dan alhamdulillah beliau cemerlang. Terima kasih kakak belajar rajin2 dan dia tak nak ke asrama penuh sbb tak sanggup biarkam saya yang dalam kesedihan.

Tuntutan nafkah anak, hak penjagaan anak dan pembahagian harta (rumah) untuk anak selesai dengan saya membelanjakan RM11K. Lawywr syariah tu sangat baik bagi saya bayar secara ansuran hingga habis. Syukur saya menang kes namun dia nak bayar RM300.00 jer bagi seorang dengan alasan dia juga banyak hutang. Fine..lebihnya saya akan tuntut di akhirat.

Hutang kad kredit sebanyak RM24K juga selesai dengan disiplin pembayaran bulanan. Lahir seorang lagi student PhD Dr Nordahlia Abdullah Siam Dahlia Abdullah daripada FRIM Kepong.
.
2017:
Saya mula menjinakkan diri dengan lebih giat dengan perniagaan perfume DeXandra dan alhamdulillah ia semakin baik dari masa ke semasa dan saya dilantik menjadi stokis pada April 2017.

Oleh kerana beban saya semakin bertambah so saya mencapai kesederhanaan sahaja sama ada daripada segi kerjaya atau bisnes, namun bisnes ini membahagiakan saya kerana jumpa sangat ramai orang yg positif dan berhati mulia.

Saya berjaya membeli rumah baru untuk kami di atas nama saya dan berjaya juga membawa anak2 bercuti ke Reading UK tempat kelahiran mereka. Alhamdulillah seorang pelajar PhD lagi Dr Mohd Norfaizal Ghazalli dari MARDI.
.
2018:
Anak kedua Farahana menghadapi peperiksaan UPsR dan beliau mencapai kejayaan cemerlang, saya menangis kerana Allah ganti banyak kesedihan dengan kebahagiaan. Terima kasih Allah.

Pada 2018 juga saya berjaya membuka premis pernigaan sendiri di Outlet Dexandra Bangi,  2.01C, WISMA UNIKEB UKM Bangi. Mula ada Siti Nurul Atikah Ieka dalam dairi hidup saya. Alhamdulillah.

Berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilo.

Menang Anugerah Buku Negara dan Buku Ilmiah MAPIM Kategori Sains dan Teknologi. Terima kasih Allah.

Bertambah pelajar PhD Dr Amalia Rusydi dari Indonesia, Dr Ana Syamsurina dari Perlis dan Dr Nor Azahana Hana Lavender Rhea dari UIA Kuantan.

Alhamdulillah juga bila mereka yang suka memfitnah saya semakin mula berbaik dengan saya.
.
2019??? May dreams come true...
.
So ada lebih banyak gagal tapi masih ada jaya dalam tempoh 10 tahun ini. Sedikit sahaja dapat dikongsikan, ada yang boleh diingati dan banyak yang dah lupa atau cuba dilupakan.
.
Moral of the story, teruskan kehidupan sekarang, berdamai dengan kisah silam dan dengan cara itu hati akan lebih tenang. So keep it up and never ever give up 😘.
.
Bila orang tanya, kenapa saya nak berbisnes walaupun sibuk?

1. Kehidupan saya sunyi sebenarnya wp saya pernah berumahtangga selama 14 tahun, so menyibukkan diri adalah salah satu cara saya menghiburkan kesedihan dan kesunyian.

2. Kehidupan dulu asyik ada masalah kewangan dan bekas suami asyik tiada bajet so dengan berbisnes saya harap boleh bantu kewangan keluarga, namun sebaliknya yang berlaku kecuali bisnes saya bersama DeXandra sekarang, alhamdulillah banyak membantu saya dan keluarga. So kalau nak bisnes pilih bisnes yang betul 💕💕💕

4. Kehidupan saya dalam dunia akademik agak serius dan hanya banyak membantu serta bekerjasama dengan mereka yang level akademiknya tinggi, so menceburi dunia niaga saya berjumpa semua lapisan masyarakat dan semua lapisan pendidikan. Baru saya kenal lebih ramai jenis manusia di dunia ini.  Warna warni latar belakang manusia ni sangat menghiburkan hati saya.

5. Kehidupan saya ini, saya harapkan menjadi jalan2 untuk ke syurga so saya berdoa agar Allah jadikan jalan2 saya lalui dalam dunia ilmu, dunia niaga dan membesarkan dua anak umat Muhammad saw ini akan membantu saya masuk ke syurgaNya.

6. Saya ingin merasai apa yang membina jatidiri diri kita apabila kita berbisnes dan saya nak alami apa yang Rasulullah saw rasai dan amalkan apabila berbisnes.
.
Alhamdulillah kehidupan saya sekarang, tidaklah kaya dan tidaklah miskin sehingga saya perlu meminta2.

Namun segala hutang banyak telah diselesaikan, keperluan diri dan pendidikan anak2 serba kecukupan, dan kesedihan bukan lagi sahabat baik saya malahan Allah dah datangkan lebih ramai yang buat saya ketawa dan tersenyum setelah saya hidup bergelar supermum 😀.
.
Terima kasih Allah maka memang benarlah janjian Allah 'Dia adalah pada sangkaan hambaNya' so sangka baiklah pada Allah walaupun yang buruk2 menimpa kita.
.
Allahumma yasir untuk kehidupan kita semua yang bakal ditempuh pada 2019.
.
Moga2 kehidupan akan datang jauh lebih baik daripada yang terdahulu. Moga kehidupan kita ada keberkatan dan penuh dengan keredhaanNYA.
.
Saya doakan impian baik2 kita akan tercapai sekiranya ia baik untuk dunia dan akhirat kita. Aamiin ya Mujib.
.
#10yearschallenge

Sunday, February 3, 2019

[BAHAGIA DALAM DERITA]
.
Saya jarang2 outing dengan kawan2 sekerja sebab lebih banyak masa bersama pelajar2 dan anak2 saya jer ataupun dengan team DeXandra Braniteam.
.
Selepas pertemuan dengan VC kelmarin saya pun outing dengan dua rakan akademik. Hendak direzekikan, mereka berdua merupakan antara wanita2 bertuah dalam hidup kerana mempunyai keluarga yang baik, latarbelakang keluarga yang baik, rupa patas yang baik, kehidupan yang baik dan bagi saya apa yang ada pada mereka jauh lebih baik daripada saya.
.
So bila bercerita bersama2, keluarlah cerita2 berkenaan kehidupan, keluarga, pekerjaan dan lain lain. Seronok sangat mendengarnya dan kesimpulan cerita kami bertiga adalah di kalangan mereka yang bahagia dan sihat sehingga umur yang dikurniakan Allah sekarang, alhamdulillah syukur.
.
Apa yang membezakan saya ialah, saya tidak mendapat nikmat rezeki yang sama dengan mereka, nikmat rezeki saya lebih kepada ujian kesusahan dan cabaran hidup yang senantiasa datang.
.
Bila mendengar cerita mereka, saya dapati saya tiada nikmat kasih dan perhatian ibubapa malahan sering menjadi bahan ketegangan antara mereka ketika mereka masih hidup. Maki, pukul dan pengabaian itulah yang kami adik beradik alami setiap hari. 
.
Namun alhamdulillah hubungan kami dengan ibubapa tetap baik malahan saya tidak pernah menyalahkan mereka atas kehidupan suram yang mereka hadiahkan. Kesusahan yang mereka kurniakan jadikan kami adik beradik sangat kuat jiwa dan semangatnya wp ada di antara kami yang struggle. Alah kalau kita lihat sekatang ni, ada sahaja anak anak yang dapat apa yang sepatutnya daripada ibubapa, namun tetap gagal hadapi kehidupan. Na'azubillah. So saya kena syukur sebab Allah menunjuk jalan yang baik dalam kehidupan walaupun tanpa pedoman daripada ibu atau bapa.
.
Bila mendengar cerita sahabat2 saya ni,  jelas juga menunjukkan mereka dan pasangan suami masing2 merupakan pasangan yang bahagia, isteri yang dikasihi suami, dihargai suami dan diberikan keperluan sebaik2 oleh suami. Sedangkan saya dihina, diabaikan, diburuk2kan dan akhirnya dia memilih kaum sendiri, lansung mengabaikan saya dalam kehidupan 14 tahun berumahtangga. Masa tu baru saya tahu walaupun kita tidak dibelasah suami tapi pengabaian merupakan deraan mental dan emosi yang sangat menyakitkan.
.
Sehingga kini saya tak tahu bagaimana sebenarnya mempunyai suami yang baik, bagaimana mempunyai suami yang tahu tanggungjawab dan menunaikan sebaik2 keperluan isteri. Saya tidak tahu suami yang boleh mendidik dan mengajar erti kehidupan dalam berkeluarga. Kehidupan saya bersama dia hanya kesedihan dan airmata yang menjadi makanan harian. Lakonan sebagai pasangan bahagia akhirnya terbongkar jua, sebab lakonan ni tak boleh bertahan lamakan. 
.
Namun alhamdulillah, saya mendapat ganjaran  yang terbaik daripada kehidupan rumahtangga yang derita itu terutama sangat2 menghargai kehidupan yang sangat baik setelah beecerai. Malahan saya jadi lebih menghargai saat2 hakim mengumumkan kami sah bercerai, nikmat Allah yang tiada terhingga hebatnya. Allah sahaja yang faham perasaan saya ketika itu. Syukur tahap gaban.
.
Bila bercerita tentang karier pun, saya punya perjalanan untuk capai ke tahap sekarang sebenarnya amat berbeza dengan mereka. Penuh keluk dan ranjau, barulah boleh mencapai jawatan sekarang, menjadikan saya lambat berbanding mereka.
.
Namun bila saya gunakan peluang sebaik2nya sehingga mencapai level yang sama dengan mereka dan semoga saya terus gigih nak naik ke tahap yang lebih baik lagi. Orang kata better late than never tu sangat berguna sebenarnya.
.
Saya juga bersyukur kerana saya menjadi lebih faham, untuk bahagia kita tidak semestinya dapat nikmat rumahtangga bahagia, dapat nikmat ibubapa yang pengasih, nikmat kecukupan daripada segala galanya ...... bahkan kita akan lebih bahagia jika kita syukur dengan nikmat ujian kesakitan dan kesusahan yang Allah beri. Apabila dikurniakan nikmat, kita akan lebih menghargai. Percayalah. Betullah pepatah Inggeris yang menyebut 'we need WINTER, to appreciate summer and spring', derita waktu winter tu buat mereka menghargai nikmat waktu summer dan spring.
.
Ramai sangat yang berkata dengan saya 'Bestnya jadi macam awak ani". Kalau tengok betul2 ... mana ada bestpun, hidup saya ni, sbb kena struggle kan daripada dulu hingga sekarang. Penat hanya Allah yang tahu.
.
Namun sebab saya senantiasa qanaah dan syukur dengan apa yang ada pada saya,  TERASA BAHAGIA tu seolah2 dijemput2 datang, maka terhijab segala kekurangan dan kecacatan dalam hidup, malahan hanya keceriaan dan kegembiraan yang tampak lahir di wajah saya.
.
Terima kasih Allah kerana kehidupan yang Allah kurniakan benar2 menjadikan saya manusia yang tahu erti SYUKUR PADA APA SAHAJA YANG ALLAH KURNIAKAN walaupun apa yang dikurniakan itu derita dalam kehidupan apatahlagi bahagia dalam kehidupan
 .
Allahumma yasir atas perjalanan hidup di dunia ini. Bila susah atau senang cuma ingat seperkara, matlamat akhir hidup kita adalah syurga iaitu capailah keredhaan Allah.
.
MY Sharing 
https://t.me/joinchat/AAAAAEWAfbCzwthKcmSMnQ
.
Jom kejari kebahagiaan Allah itu adalah destinasi.
.
#dosenukm
#stokisdexandrabangi
#mumofhanihana
#365harimencarisyurga

Sunday, January 27, 2019


HADIAH PERCUTIAN KE MALDIVES DARIPADA DEXANDRA
.
Alhamdulillah Allah kurniakan rezeki yang sangat banyak selepas kemuncak kesedihan dalam hidup saya. Selama lebih kurang 14 tahun saya simpan kesedihan dalam hati yang memakan hati dan sanubari. Namun saya teruskan kehidupan dengan seadanya dan menyerahkan segala-galanya pada Allah.
.
Dan dengan kesedihan itulah saya melangkah menempuh hidup bersama sama 2 anak yang mampu memberi kekuatan dalam hidup saya. So walau apapun terjadi mereka tetap saya bawa walau ke mana sahaja saya berada.
.
Sejak 2017 sehingga kini kehidupan saya semakin baik. Dan semasa kesusahan kewangan saya tempuh dari 2014 hingga 2016, saya jinakkan diri dengan perniagaan DeXandra sebab support yang diberikan oleh jemaah dan founder serta HQ DeXandra sangat baik. Lagipun bisnes ni lebih mudah diuruskan berbanding yang lain kerana bahan 'marketing semua telah tersedia'.
.
Saya amat perlukan bantuan kewangan sebab nak berikan cukup pendidikan agama dan akademik untuk anak2. Penginapan yang baik, keperluan diri dan pelbagai liability yang perlu saya tanggung.
.
So bermulalah saya bersama DeXandra pada 2015, mula2 tidak konsisten dan tidak begitu beri komitmen, mula konsisten dan beri komitmen pada 2016 apabila bertemu stokis Kajang Louis Anak Jumpot, akhirnya bersama beliau dan usaha sungguh2 serta pertolongan yang Allah kurniakan kepada saya, saya naik kepada stokis. Terima kasih wes sudi bimbing akak. Syukur alhamdulillah.
.
Perjalanan sebagai stokis tidak mudah rupanya, lebih besar tanggungjwab dan banyak bebanan perlu ditanggung. So sebagai stokis saya naik perlahan2. Pelbagai cabaran yang ditempuh kerana berkerja, berniaga sorang2 dan sebagai single mum memang amat mencabar cabaran yang dilalui.
.
Dan pada 13.01.209 ketika saya diistiharkan layak mendapat tiket ke Maldives di bawah tajaan DeXandra kerana good performance in 2018, saya menahan airmata yang mahu menitis jatuh, sedih dalam kegembiraan, kerana ia bukan sahaja kejayaan saya, malahan kejayaan Braniteam iaitu team DeXandra saya yang teediri daripda agen2 dan dropships yang berusaha memperbaiki ekonomi mereka juga kejayaan anak anak saya yang menjadi tulang belakang dalam perjuangan saya.
.
So saya mohon sahabat2, doakan saya mampu untuk mengadakan bajet untuk membawa sekali Farahana Hidayah dan Iman Hani Naziehah Husainibersama sama saya ke Maldives bagi meraikan saat gembira bersama sama, kerana tanpa mereka saya tidak akan sekuat ini. 
.
Terima kasih tidak terhingga buat anak2 Braniteam DeXandra kerana tanpa mereka impian ini tidak akan menjadi nyata. Terima kasih HQ DeXandra. Terima kasih semua sahabat dalam jemaah DeXandra yang ikhals terhadap saya, syukur bertemu kalian.
.
"Ya Allah Engkau kurniakanlah Rahmah, Kasih dan BantuanMu buat anak anak Braniteam dan juga semua fighters jemaah, founder dan kakitangan DeXandra yang lain untuk menjadi tentera jihad ekonomi ummah, jadikanlah DeXandra punca rezeki mereka sekeluarga dengan rezeki yang melimpahruah seperti air sungai yang mengalir deras. Moga dengan rezeki ini dapatlah mereka terus beribadah kepadaMu"
.
Aamiin aamiin aamiin ya Mujib
.
Terima kasih Allah.
.
#letpassionleadyou
#dexandrawangiankehidupan
#2019kitapunya
#stokisdexandrabangi
#outketdexandrabangi
#braniteamdexandra


[MATLAMAT 2019. MOGA ALLAH PERMUDAHKAN]
.
Matlamat saya 2019 belum siap ditulis tapi 20 dah ada. So saya nak share, mohon amiinkan ye. Dan kalau kawan-kawan nak saya aamiinkan matlamat uolls boleh (sila tag), sebab saya tak sempat nak scroll baca post FB banyak2, masa limited.
1. Turun berat badan 9 - 10 kg by Mei 2019. Capai berat ideal at 50 to 52kg-diri sendiri
2. Penerbitan sekurang2 3 buku daripada tajuk-tajuk berikut-kerjaya
i. Anatomi dan Mikroskopik Tumbuhan
ii. Anatomi Bombacaceae
iii. Anatomi Moraceae
iv. Palinologi Acanthaceae
v. Palinologi Sapindaceae
vi. Palinologi Dipterocarpaceae
vii.Anatomical Atlas of Medicinal Plants Vol.6
viii. PP Makanan dan Ubatan di Semenanjung Malaysia
x. Penyediaan dan Panduan Spesimen Herbarium
3. Hafaz dan lancar surah al-Mulk-diri sendiri
4. Hafaz dan lancar 10 ayat terakhir surah alKahfi dan 10 ayat terakhir surah alKahfi-diri sendiri
5. Published sekurang2 10 jurnal akademik-kerjaya
6. Kemaskini permohonan kenaikan perjawatanUKM-kerjaya
7. Umrah Disember 2019 bersama keluarga-keluarga
8. Percutian Maldives 2019 bersama team DeXandra dan anak2-keluarga dan bisnes
9. Nikah pada 14.07.19 atau 21.07.19-keluarga dan diri sendiri
10.Simpanan di THaji Malaysia mencukupi untuk ticket 2 orang-diri sendiri
11.Sales Outlet DeXandra Bangi mencapai target yang disasarkan dan berjaya bantu anak anak braniteam-bisnes
12.Konsisten zikir harian, bangun malam dan solat awal waktu-diri sendiri
13.Konsisten mengajar subjek sains nak Ting 1 dan 3-keluarga.
14.Infa' zakat, waqaf dan korban terlaksana secara konsisten-keluarga, diri sendiri, bisnes
15.Melahirkan sekurang2 5 pelajar PhD yang berjaya bergraduasi dengan jayanya-kerjaya
16.Melahirkan 2 leader dalam BraniteamDeXandra-bisnes
17.Mempunyai Kiosk usahasama atau milik agen di mana-mana Mall di sekitar kawasan berdekatan-bisnes
18.AL-Mathurat, solat jemaah Maghrib isyak dan tartil bersama anak2 di amalkan secara konsisten-diri sendiri dan keluarga.
19. Senaman diamalkan secara konsisten 2 kali seminggu-diri sendiri
20.Bebas hutang gadaian dan kad kredit CIMB-diri sendiri
ALlahumma yasir untuk Matlamat 2019. Semoga Allah permudahkan. Semoga lebih banyak memberi in 2019. Aamiin Aamiin Aamiin ya Mujib

Monday, November 26, 2018


[NASIHAT BERGUNA PEGAWAI PERUBATAN]
.
Semasa sesi rawatan saya bersembang bersama pakar perubatan yang memberi rawatan. Nasihat beliau pada saya, untuk kekal sihat kita boleh amalkan beberapa hal. Saya suka nak sharekan dengan sahabat semua terutama bagi yang telah berusia 40 tahun ke atas:

1. Jangan ambil langsung MINUMAN BERGULA ATAU MANIS, dan kalau boleh tinggal semua makanan yang manis kerana karbohidrat yang kita ambik seperti nasi sudah ada kandungan gulanya sendiri. Alhamdulillah yang ini saya memang dah maintain.

2. NASI sehari cuma sebesar penumbuk sendiri sahaja tau, so jangan makan nasi sebesar penumbuk THE ROCK ok, sebab dia aje yang boleh makan nasi sebesar penumbuk dia he he.

2. Banyakkan minum PLAIN WATER kerana air mampu mengembalikan keseimbangan fisiologi dalam badan dan mampu mengkumuhkan banyak benda toksik dalam badan. Ikut ilmu daripada team Herbalife 1 liter for every 25kgs.

3. KERJA TAK AKAN HABIS, so don't over do. Kerja ikut masa biasa 8 to 5 pun dah memadai dan jangan bawa balik kerja, masa di rumah hanya fokus untuk diri sendiri dan keluarga.

4. JANGAN TIDUR LEWAT, paling lewat tidur pukul 10 pm dan bangun jam 5 am, back to nature di mana body is not functioning at 9pm, so tak elok stay up bila time badan telah tidak berfungsi dengan baik. Dengan cara ini badan kita akan lebih sihat dan tidak mudah sakit serta senang turun ke berat ideal, kesegaran bangun pagi akan dirasai. Try this for 21 days dan rasai perbezaannya. Kenapa 21 hari sebab sel dikatakan mula bertukar dalam tempoh tersebut, so habit akan mula berubah.

5. VITAMIN C kita perlu ambil sehari cuma 45mg so tak perlu consume Vit C terlalu banyak sehari kerana apa yang lebih akan dikumuhkan sahaja melalui air kencing, such a waste kan.

6. Cari masa untuk EXERCISE, mesti cari at least 30 minutes for a week. Semasa senaman banyak perkara baik berlaku, meningkatkan metabolisme, menguatkan otot dan hormon gembira pun terembes iaitu hormon endofin. So level stress akan turun dengan sendiri. Jom JOIN team ZUMBA-DeXandra he he.

7. JANGAN TIDUR SELEPAS SUBUH, satu ikut pesan Nabi saw dan satu lagi daripada aspek perubatan memang tidak sihat kerana ketika itu body telah berfungsi dengan baik tapi tidak kita gunakan dengan baik.

8. BERCUTI sangat penting, so take time untuk percutian tahunan dan waktu hujung minggu gunakan sebaik-baiknya untuk hal yang bukan hal kerja. SOal ini saya surrenderlah sebab saya cuti-cuti kena urus bisnes pulak.

9. JANGAN LAMBAT sangat mulakan rutin sihat kerana ia ambik masa untuk bertindak dengan baik dengan sistem dalam badan, so startlah seawal mungkin supaya kita sihat sehingga ke hujung usia.

10. SOLAT AWAL WAKTU, sebenarnya amalan ini perlu untuk disiplin kesihatan yang baik kerana waktu solat ialah waktu kerehatan minda dan juga senaman ringkas untuk segala sendi dalam tubuh kita, so kenapa tak nak ikut jadual yang telah ditetapkan untuk kekal sihat.

11. JAGA WANTU MAKAN. Ini amat penting kalau nak jaga body weight kekal pada berat ideal dan penting untuk kekal sihat dan cergas.

So, tepuk dada tanya IMAN, badan ini milik siapa dan kita cuma pemegang amanah Allah, so jika kita tak jaga amanah Allah ini, bermaksud kita pecah amanah dan tidak amanah dengan TUBUH BADAN yang Allah pinjamkan. Renung-renungkan untuk kebaikan bersama.

Jaga kesihatan badan itu Ibadah so jangan abaikan.

Terima kasih DR RIZAL yang berkongsi ilmu dengan saya di Poliklinik Kesihatan UKM'

#dosenukm
#stokisdexandrabangi
#outletdexandrabangi
#mumofhanihana
#365harimencarisyurga

Tuesday, November 6, 2018



[HARGAI REZEKI MEMPUNYAI SUAMI]

Saya bukanlah orang yang layak untuk memperkatakan mengenai cerita suami, sebab saya pun dah tak de suami, namun saya ada pengalaman pernah mempunyai suami dan pernah tidak mempunyai suami, in shaa Allah akan mempunyai suami semula, kuasa Allah kita pun tak tahukan. 

Saya tidak berbangga langsung dengan perceraian yang saya alami dan juga tidak kesal langsung dengan perceraian dalam rumahtangga saya. Ia berlaku atas kehendak dan permintaan saya sendiri, malahan saya minta terus talak tiga kerana telah pasrah dan redha dengan ketentuan Allah bahawa bekas suami saya bukan syurga saya malahan boleh menjadikan saya ahli neraka kerana beliau senantiasa tidak redha dengan saya, dan saya ditemukan dengan alasan yang sangat kukuh untuk memohon cerai dengan terbongkarnya rahsia dia, yang disembunyikan selama 14 tahun perkahwinan kami. Saya sangat bersyukur kerana Allah tunjukkan pada saya setelah bertahun-tahun memohon petunjuk untuk mengambil keputusan yang paling berat dalam hidup saya. Ada yang mengatakan saya ada lelaki lain dan tidak kurang juga ada yang mengatakan bekas suami saya ada perempuan lain, kedua-dua tanggapan ini tidak benar, dan biarlah ia menjadi sejarah dalam lipatan hidup kami.

Berkenaan hal berpasangan suami dan isteri, banyak disebutkan di dalam al Quran, dan antaranya ialah:

Firman Allah سبحانه وتعالى dalam Surah Adz-Dzariyaat 51; Ayat 49 :

وَمِن كُلِّ شَىْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْنِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ﴿٤٩﴾
“Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kami dan mengingati (kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami) akan kebesaran Allah.”
Jelas daripada ayat tersebut bahawa tujuan perkahwinan ialah untuk mengingati kebesaran Allah serta mentauhidkannya. Malahan rumahtanngga boleh membawa bahagia yang berpanjangan hingga ke syurga. Maka beruntunglah bagi mereka yang dikurniakan rumahtangga yang sedemikian.
Sebab mengapa saya ingin menulis tentang hal ini ialah sejak kebelakangan ini saya asyik mendengar sahabat-sahabat saya mengadu masalah dalaman dengan suami yang sukar diselesaikan kerana sebab-sebab yang tertentu. Bukan secara terang-terangan tetapi saya faham ada masalah yang dialami bersama suami. Ada juga yang menceritakan keadaan suami yang hebat dan alhamdulillah kebahagiaan itu memang terpancar di wajah si isteri. So sahabat seperti ini 'is my less concern' cuma bila Allah bagi nikmat maka kita akan dipertanggungjwabkan untuk mensyukuri dan menjagainya dengan sebaik-baiknya. 
Bagi yang masih ada suami dan terasa masalah bersama suami tersebut percayalah bila saya kata, 'Awak mempunyai nikmat yang sangat besar bila kita masih ada suami, yang masih bersama-sama memikul tanggungjawab dan beban dalam rumahtangga walaupun mereka bukan suami citarasa awak'.
Boleh bayangkan tak kehidupan saya dan ibu2 yang tak ada suami yang terpaksa lakukan sendiri daripada sekecil-kecil hingga sebesar2 perkara termasuk memperbaiki bahagian-bahagian rumah yang rosak, kereta yang bermasalah, mengambil bahagian hal kemasyarakatan di kawasan kediaman, isu persekitaran. Itu tidak termasuk hal-hal rumah, anak-anak, kerja sendiri dan hal sendiri. Adakalanya tidur dalam kepenatan yang amat sebab terlalu banyak yang terpaksa dilakukan dan difikirkan. 
Saya tidak direzekikan oleh bekas suami yang mengambil berat terhadap kebajikan anak-anak, maka hal anak daripada sekecil2 sehingga sebesar2nya, saya juga perlu tanggung, tiada kawan untuk berkongsi beban atau tempat perbincangan kerana ' family support system' saya pun agak rapuh.  
Ada kalanya, si pemotong rumput pun nak ambik kesempatan, yang baiki bumbung, pagar dan sebagainya akan cuba mengenakan saya caj yang berlebihan kerana perempuan dianggap tidak tahu apa-apa, sering jadi mangsa lelaki pengambil kesempatan kerana tiada lelaki melindungi kami yang tiada punya suami, ayah, adek atau abang lelaki dan sebagainya. Jika ada pun tapi tidak ada bersama-sama kitakan.
Saya terpaksa berlari ke sana sini untuk hal kerja sendiri, hal bisnes dan hal anak-anak. Itulah antara sebab saya dah tak buat makan-makan di rumah kerana saya penat kerana terpaksa beli barang dapur, saya juga yang masak, saya juga mengemas dan sayalah segala-galanya walaupun anak anak ada juga membantu bila mereka tidak dibebankan dengan hal persekolahan. Namun style sekolah sekarangkan, menengah atau rendah tapi dah macam ala ala universiti dengan tugasan bagai, beli bahan-bahan pun macam-macam, kena ikut teknologi katanya. Apa yang selalu didengari 'Ibu nak duit nak beli untuk projek bla, bla, bla' 'Sorry bu takleh bantu, ada projek sekolah nak buat', tu tak masuk masa dia kena spent untuk hafazan..tapi yang tu tak pelah nak jadi hafizkan.
Bawa kereta tu sentiasa kitalah, pergi jauh, pergi dekat, kitalah...so ada masa nak tidur ke atau nak rasa mengantuk. Mahu tak mahu kalau ngantuk berhenti sekejap baru sambung perjalanan. Bila kita ada masalah atau benda excited dalam hidup pun tak de tempat nak bercerita, paling-paling cerita kat facebook, insta dan lain lain. Tu yang banyak meroyan kat media online tu. 
'Point'nya kat sini ialah hargai dan syukuri nikmat suami walaupun dia bukan seperti yang kita harapkan, kerana tanpa sedar dia banyak berkorban untuk kita. Cuba bayangkan kita kena buat semua seperti yang saya lalui sekarang ni? Rasa-rasa macamana kehidupan ye. Jangan jadi seperti seseorang yang saya kenal, sangat tidak bersyukur dengan suami, asyik merungut tentang suami, sehinggalah Allah ambik suami dia secara tiba-tiba, suaminya rebah tiba-tiba, masuk hospital jalani pembedahan dan tersu meninggal tidak sampai 3 hari. Barulah dia menangis tidak berhenti dan murung selama berbulan-bulan kerana kesal melayani suami dengan layani yang tidak sewajarnya.
Suami tu ada kelebihan dan kekurangan yang kena kita terima, dia mungkin tak kacak dan miskin tapi dia penyayang terhadap anak-anak, dia mungkin tak bijak dan tidak nampak hebat tetapi dia tunaikan nafkah zahir dan batinnya, dia mungkin kekurangan serba serbi tetapi dia jaga solat dan berlaku baik dengan kita.
Mungkin boleh cuba:
1. Cari kebaikan suami sebanyak-banyaknya.
2. Cari kekurangan dan kesalahan sendiri.
3. Cari masa untuk fikirkan bagaimana kehidupan kita tanpa suami.
4. Cari masa kenangkan susahnya nak kahwin dulu.
5. Cari masa untuk kenangkan saat-sat indah bersma
6. Cari masa kenangkan nasib orang yang langsung tidak dikurniakan suami.
7. Cari masa untuk bersendiri dengan suami dan meluahkan rasa hati dengan suasana yang romantis
8. Cari masa hari-hari untuk mendoakan suami dan diri sendiri.
9. Cari masa untuk berkomunikasi dengan suami walaupun sekejap
10. Cuba terima perbezaan dan kelemahan dia.
Saya telah mengalami era sendiri, sebagai isteri dan menjadi ibu tunggal, dan saya tak nak lebih ramai wanita mengalaminya jika kerana masalah yang sedikit serta boleh diselesaikan.
Jika sebut tentang saya pula, saya ambik 14 tahun baru saya berani bertindak kerana benar, itupun setelah Allah tunjukkan kebenaran di mata saya sendiri, kebenaran yang sememangnya saya nantikan setelah menyalahkan diri selama bertahun-tahun atas rumahtangga yang tidak bahagia.

Jika ada masalah jangan disebarkan di media sosial tapi mengadulah pada Allah kerana hanya Allah sebaik-baik penolong dan sebaik-baik pemberi petunjuk. Kerana saya sandarkan sesuatu dengan Allah maka kehidupan saya jauh lebih baik setelah perpisahan berbanding dahulu. Itulah pentingnya kita jadikan Allah tempat pengaduan. DIA akan menunjukkan jalan yang terbaik, walaupun ada kalanya sangat lama menunggu jawapan daripadaNya. Pasti ada hikmah di sebaliknya.
Allahumma yasir untuk perjalanan rumahtangga yang adakalanya dilambung badai dan hargailah pasangan anda kerana mungkin dialah asbab kita masuk syurga.
[MY SHARING] https://t.me/joinchat/AAAAAEWAfbCzwthKcmSMnQ
#dosenukm
#stokisdexandrabangi

Doa Ashabul Kahfi

Perkongsian Ustazah Asma Harun pada pagi 22.11.21 mengenai Doa Ashabul Kahfi daripada Ayat 10 Surah Al Kahfi. Jika kita ditimpa masalah bes...