Saturday, September 29, 2018



ANAK PEREMPUAN SULUNGKU

Iman Hani Naziehah, nama anak sulung saya yang lahir pada 14.07.2004 di Royal Berkshire Hospital United Kingdom. Anak anugerah Allah yang dinantikan selama 3 tahun perkahwinan. Baru kahwin 3 tahun tak dapat anak, ada yang dah kata saya mandul atau kata saya dah tua, padehal baru umur 31 tahun time tu, so taklah tua mana. Arwah mak saya pun masih boleh dapat adek saya yang bungsu pada umur 45 tahun.
.
Saya hampir ambik anak angkat atas cadangan keluarga sebelah bekas suami. Saya juga disuruh buat check up kat bidan kampung untuk melihat adakah saya wanita normal, alhamdulillah mana-mana perawatan moden atau tradisional menunjukkan saya normal. Namun kaum Hawa memang selalu dapat layan kurang adil di kalangan masyarakat dan selalu dipersalahkan jika soal tak dapat atau lambat dapat anak.
.
Pergi buat rawatan di Pusat Rawatan Homeopathy di Kg Baru, Kuala Lumpur, katanya "Allah nak berikan awak anak yang terbaik dan terhebat, kerana itulah Allah bagi lambat". Allahu akbar Alhamdulillah bestnya kata-kata dia, nampak positif dan menaikkan semangat kita.
.
Bekas suami buat rawatan urutan tradisional Cina, dan consume pil rawatan kesuburan daripada Prof, Hawariah Lopez. Ma shaa Allah macam-macamlah dibuat dalam tempoh 3 tahun, dan tak boleh bayangkan apa Dato Siti Nurhaliza buat' dalam tempoh 11 tahun untuk dapatkan Siti Afiah. Begitulah cerita bagaimana 'desperate' nya usaha nak mendapatkan seorang cahaya mata. Sebab tu saya tak faham kenapa orang yang senang dapat anak boleh buang anak, tidak hargai anak dan abaikan anak. Kalau saya anak itulah top prioritty berbanding yang lain. 
.
Iman Hani Naziehah, Iman tu sempena nama seorang model international yang merupakan seorang Muslim, Hani berkaitan dengan kasih sayang dan Naziehah bermaksud mereka yang memelihara diri. Memberikan nama anak sebenarnya adalah hak seorang ayah tapi nama Iman Hani Naziehah memang nama daripada saya 100%. Terima kasih kepada bekas suami sayalah sebab bagi hak dia pada saya.
.
Rupanya Allah jadikan anak ini sebagai kekuatan pada saya sebab dia ni wataknya aggresif, tegas dan berani. Saya cepat bangkit sebab dia selalu cabar saya untuk move forward. Dia jugalah yang menjadi saksi utama kenapa saya dan bekas suami wajib berpisah. Orang kata muka anak perempuan sama dengan mak ni panas. Ha ha..betul kot sebab selalu sangat bergaduh dengan dia, namun akhirnya tidur pun tak boleh berpisah.Dia dapat results UPSR bagus pun tak nak pergi jaun, nak stay dengan ibu sebab dia tak boleh berpisah dengan ibu dan dia jugak risau ibu dia ni tak boleh survive tanpa dia, katanya. 
.
So syukur sangat pada Allah, walaupun tanpa ada support sangat daripada mana-mana pihak tapi disebabkan kedua-dua anak, saya jadi sangat kuat untuk berjuang dan bangkit untuk mereka. Bagi saya merekalah my outer strength yang kekuatannya mengatasi kekuatan seorang lelaki yang bergelar suami.
.
Anak anak diberikan Allah mak yang paling baik buat mereka dan begitulah sebaliknya mak diberikan anak anak yang paling baik dan sesuai buat mereka. Suaipadanlah antara perbezaan dan persamaan mak dan anak, in shaa Allah akan melahirkan anak anak yang membahagiakan hati kita. Ladeni dan didiklah mereka sebaik mungkin, yang baik dipuji dan diimarahkan, yang buruk dinasihati dan diasuh perlahan-lahan.
.
[My sharing]
https://t.me/joinchat/AAAAAEWAfbCzwthKcmSMnQ
.
#dosenukm
#stokisdexandrabangi
#imanhaninaziehah

Thursday, September 27, 2018






TAKDIR BURUK ADAKAH IA PILIHAN ATAU SURATAN

Takdir buruk ni berlaku pada setiap manusia samada yang belum lahir, sedang lahir, telah lahir atau telah meninggal dunia. Bagi saya takdir buruk ini umpama malaikat maut yang kita tidak boleh lari daripadanya. So caranya yang paling baik menghadapi takdir buruk ialah dengan menghadapinya sepenuh hati sebagaimana kita menghadapi takdir yang baik. 
.
So bila kata tentang takdir buruk, saya yang telah hampir berusia setengah abad semestinya dah melalui banyak takdir buruk seperti kemalangan yang menyebabkan ada bahagian anggota badan yang saya yang berubah rekabentuknya, perceraian, penyakit asthma yang teruk dan sebagainya.

Dan yang paling teruk menjadi unwanted child oleh emak saya yang tidak berapa sihat secara mental yang menjadikan saya tempat dia melepaskan geram, inilah antara takdir buruk yang paling sedih selain menjadi unwanted wife oleh bekas suami saya. Penyiksaan yang boleh buat kita sakit mental dan hilang semangat untuk hidup. Pada ketika kecik, saya pernah mendoakan emak saya cepat meninggal dunia sebab tak tahan dengan sindiran, hinaan dan pukulan mak walaupun saya bukan anak yang suka menjawab atau menentang kata-kata mak. Segala yang buruk berlaku seperti kehilangan duit, pecah pinggan mangkuk dan apa apa sahaja, mak akan menjadikan saya sasaran. Just because saya ialah unwanted child yang tidak dirancang kehadirannya dan mak sakit teruk ketika melahirkan dan saya pula anak yang sering sakit, sakit asthma yang teruk. Sebab tu kalau bagi siapa yang pernah mendengar cerita unwanted child oleh Datuk Faridah Hanim, seorang tokoh besar terutama dalam dunia Petronas dan Pembinaan Empayar Niaga, saya cukup faham perasaan yang dia alami, sebab saya mengalami perkara yang sama.
.
Namun Allah itu adil, pada ketika hujung usia, mak saya ada kata, antara anak anak mak ateh (saya) antara anak yang selalu tengok mak, masakkan mak, dengar cerita mak, cakap baik-baik dengan mak dan tak ambik kesempatan pada mak (arwah mak banyak duit sebab dia tak belanjakan langsung duit yang kami bagi). Dan saat dapat memandikan jenazah mak, saya menahan airmata yang jatuh sebab takut menyakiti jenazah mak kerana sangat syukur Allah izinkan saya memandikan mak dengan penuh kasih dan sayang. Walau macamana pun dia dahulu, dia tetap mak saya yang melahirkan saya dan membesarkan saya sungguhpun dia tak sayangkan saya semasa kecik. Allahu akbar semoga ruh mak berada di kalangan ruh orang orang soleh. 
.
Sekarang baru saya tahu arwah mak kena buatan orang dek disebabkan harta yang mak pusakai dan menjadikan mak pemarah, bengis dan suka membantai terutama saya the unwanted child. Maybe adik beradik saya bukan semua menerima nasib yang sama seperti saya kecuali kakak sulung yang menerima layanan yang sama daripada mak, sebab kedua-dua pun unwanted child. Pengalaman yang tidak boleh dijual beli kerana mak kita cuma satu dan jika kita tidak mendapat kasih seorang ibu kandung ialah takdir kita, maka itulah yang kita kena terima wp saya masih beruntung mak sayangkan saya pada hujung usianya.
.
So bagi saya, takdir buruk itu ada dua, iaitu takdir buruk suratan yang telah ditentukan oleh ALlah kepada kita atau takdir buruk yang merupakan pilihan, berlaku akibat perbuatan kita. Dan apapun takdir buruk itu sama ada pilihan atau suratan yang penting ialah bagaimana kita menghadapinya dan berdamai dengan takdir tersebut. Mungkin saya akan kongsikan nanti cara yang boleh kita lakukan untuk menghadapi takdir buruk jika boleh memberi manafaat kepada sahabat semua. As unwanted child oleh ibu kandung sendiri ialah takdir suratan kerana kita tidak boleh memilih mak kita dan mak yang diberikan oleh ALlah itu merupakan mak yang terbaik buat kita, sama ada kita suka atau tidak.
.
.
#dosenukm
#stokisdexandrabangi 

DENGARI DOAKU YA ALLAH

Sebelum berlalu dari kereta adek sempat berbisik "Ibu maafkan adek ye, maafkan tau". Sayukan hati ibu dengar anak cakap macam ni. "Ibu maafkan adek dan ibu dah solat hajat lagi untuk adek". Adek berlalu melangkah menuju ke dewan peperiksaan.
.
Teringat kisah Saidina Umar al Khatab r.a. bila dia didatangi sepasang suami isteri yang sangat inginkan anak. Lalu saidina Umar ra berkata 'Beristighfar dan bertaubatlah banyak2". Ibrah daripada pengajaran jika kita inginkan sesuatu dalam hidup:
.
1. Kurangkan dosa-dosa lalu dengan memohon ampun kepada Allah dengan sebanyak2nya dan semampu kita kerana bila dosa diangkat maka doa juga lebih mudah terangkat dan termakbul. Istighfar itu menghilangkan dosa dan kemurkaan Allah pada kita, bahkan boleh mendatangkan kasih Allah pada kita dan kasih kita padaNya.
.
2. Jangan atau elak buat dosa kerana dosa itu hijab termakbul doa. Azamlah yang paling kuat untuk hindarkan melakukan dosa.
.
3. Jaga hubungan dengan Allah melalui menunaikan hakNya, segala ibadah wajib fardhu Ain jagailah sebaiknya terutama bab solat dan sabar. Sebabkan Allah dah sebut dalam al Quran mohonlah pertolongan denganku melalui SOLAT dan SABAR.
.
4. Jaga hubungan dengan manusia kerana itu perintah Allah. Tidak jaga hubungan dengan manusia menjadikan usaha kita sia sia kerana semua kita kuat dengan jemaah, mungkin menumpang barakah doa jemaah yang ada, mungkin dengan jemaahlah doa kita diangkat untuk didengari dan dikabulkan. Namun kena pandai pilih jemaahlah kerana tidak semua jemaah itu barakah.
.
5. Memaafkan dan senantiasa memohon maaf kepada atau daripada insan karamah dalam hidup kita, seperti ibu, ayah , suami, isteri, guru dan lain lain.
.
6. Memohon keampunan sebanyak2nya daripada Allah swt kerana DIA yang empunya segala benda dan DIA yang Maha Kaya lagi Maha Mengabulkan doa, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Istighfar 100 kali sehari dengan hati jangan ditinggalkan. Bayangkan perasaan kita aje bila anak tadi meminta maaf sungguh2, terus kita maafkan kan, begitulah macamana Allah bila kita hambaNya memohon ampun padaNya.
.
7. Semasa memohon pada Allah jangan lupa sebutkan "Ya Allah jika perkara ini baik untuk diriku, agamaku, dunia dan akhiratku, maka permudahkanlah ya Allah, jika tidak Engkau gantikanlah dengan yang terlebih baik buatku. Sesungguhnya Engkau yang lebih mengetahui mengenai diriku". Allahumma Aamiin. Aamin Aamiin Aamiin ya Mujib. Sebab apa kekadang kita inginkan sesuatu tetapi sebenarnya ia tak baik bagi kita dan akan buat kita jauh daripada Allah. Begitulah sebaliknya.
.
Semoga anak saya dan anak anak yang lain dapat menjawab soalan dengan baik. Allahumma yasir untuk urusan hari ini. Pagiii!
.
Sila ikuti beberapa coretan saya sepanjang jalan kehidulan:
.
.https://t.me/joinchat/AAAAAEWAfbCzwthKcmSMnQ
.
#dosenukm
#stokisdexandrabangi
#letpassionleadyou

Thursday, September 6, 2018



GRATITUDE AND FOCUS

Throwback in 2005 when I was doing my PhD. This is my supervisor Prof.Dr. David Frederick Cutler, he is an academician, a researcher and also a priest. He gave me some info on Christianity though, a really nice guy, humble, soft spoken and caring. Missed him so much and he will definitely treated us in such manners that we will feel appreciated and respectful! 

Masih ingat masa tu baju ada berapa helai aje, jacket beli kat car boot sales, kasut ada 2 pasang kot, tudung tak sampai 4 helai, scholarship cuma GBP435 sebulan, sewa accommodation tinggi plak tu, memang struggle nak survive as PhD candidate di sana, government bagi scholarship time tu pukul rata tak kira area, so sape duduk area di London or near to London memang struggle to survive. Nak minta tolong famili, famili kat kampung pun orang susah.

Tapi barakah duit yang sedikit berjaya juga beroleh PhD walaupun tak bawak Mercedes bagai. Nangis jumpa my second supervisor Prof. Dr John Bannet nak minta School belikan return flight ticket to Malaysia untuk sampling, ha ha dapat plak tu. Baik betul Brits tau, sangat concern. Masa tulah saya start biz online untuk tambah income, barang beli kat carboot sales dan jual online!

Apa yang dipelajari daripada pengalaman ini ialah mengenai the power of FOCUS and GRATITUDE atau syukur pada apa yang Allah beri serta FOKUS pada matlamat yang hendak dicapai pasti akan berakhir dengan kejayaan. Terima kasih Allah.

#365HariMencariSyurga
#semangatku #dexandrarian#amanieliciousdexandra #sayajualperfumedexandra#mencaridropship #DrNorainiTalip#IamPlantAnatomist

Monday, September 3, 2018


SAAT TERBAIK BERKATA KATA DENGAN ANAK

Mengapa Bedtime story amat penting membentuk minda anak-anak? Kerana antara masa yang paling baik untuk berkata-kata dengan anak anak ialah ketika mereka berada dalam minda bawah sedar (sub-conscious mind). So kita jangan lepaskan peluang berkata kata dengan mereka sewaktu hendak tidur. Singgah sebentar kat bilik tidur mereka, usaplah kepala dan pesan yang baik baik, dan meninggalkan mereka dengan ciuman di dahi atau di pipi. In shaa Allah mereka akan mudah mendengar kata kata kita.
.
Bukan mudah menjadi ibubapa dan bukan mudah membentuk anak anak. Dalam banyak masa kita kena berserah pada Allah agar membantu kita menunaikan tanggungjawab yang berat ini. Setiap ibubapa akan ditanya akan tanggungjawab yang digalas.
.
Allahumma yasir atas perjuangan ini.
.
Nukilan 040918

Doa Ashabul Kahfi

Perkongsian Ustazah Asma Harun pada pagi 22.11.21 mengenai Doa Ashabul Kahfi daripada Ayat 10 Surah Al Kahfi. Jika kita ditimpa masalah bes...