Sunday, November 21, 2021

Doa Ashabul Kahfi

Perkongsian Ustazah Asma Harun pada pagi 22.11.21 mengenai Doa Ashabul Kahfi daripada Ayat 10 Surah Al Kahfi. Jika kita ditimpa masalah besar atau kecil mintalah pertolongan Allah. Bila ada pertolongan Allah, masalah besar jadi kecil tetapi tanpa pertolongan Allah masalah kecil akan jadi besar. Jadi kadar besar atau kecil masalah kita sangat bergantung dengan besar atau kecilnya doa, harapan dan pergantungan kita pada Allah. اِذْ اَوَى الْفِتْيَةُ اِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوْا رَبَّنَآ اٰتِنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَّهَيِّئْ لَنَا مِنْ اَمْرِنَا رَشَدًا "(Ingatlah) ketika pemuda-pemuda itu berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa, “Ya Tuhan kami. Berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami.” [Ayat 10 Surah Al Kahfi] Maka pada ayat inilah doa yang kita kena selalu baca sekiranya kita tak mampu menghafal 10 ayat pertama daripada surah al Kahfi maka usaha untuk hafal ayat ini dan amalkan sebagai doai: رَبَّنَآ اٰتِنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَّهَيِّئْ لَنَا مِنْ اَمْرِنَا رَشَدًا “Ya Tuhan kami. Berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami.” Antara kafiat membaca doa Ashabul Kahfi ialah: 1. Allah bantu menemui keimanan sejati. 2. Allah bantu mendapatkan rahmatNya. 3. Allah bantu mendapatkan petunjukNya 4. Allah bantu mereka yang kebingungan dan ingin mencari jalan kebenaran. 5. Allah bantu mereka yang berjuang ingin menegakkan keagungan agamaNya. 6 Allah bantu mendapatkan kejayaan dalam sesuatu pekerjaan yang dilakukan. 7 Allah bantu dalam usaha untuk mendapatkan kesihatan, kesejahteraan dan kebahagiaan. Allahumma yasir, moga Allah bantu kita dan keluarga serta muslimin muslimat menjadi orang baik pada pandangan Allah. Aamiin. Fighting!!!! #365harimencariredhaAllah

Monday, February 1, 2021

#doamudahurusan Tiada jalan mudah untuk semua perkara kecuali dengan izin Allah. Maka mohonlah Allah mudahkan urusan kita dengan doa doa berikut kerana dengan pertolongan Allah perkara yang susah pun akan menjadi mudah Ada 10 doa ibu nak kongsikan di sini yang kita boleh amalkan seharian. #Doa1: Hadith Nabi SAW Riwayat Ibnu Hibban اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً "Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah" #Doa2: Al Kahfi Ayat 10 رَبَّنَا ءَاتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا “Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami” #Doa3: Insyiroh Ayat 5-6 فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan" #Doa4: اللهم يسر لنا امور الدين و الدنيا و الاخرة "Ya Allah, mudahkanlah untuk kami urusan-urusan agama dan urusan-urusan dunia, dan urusan-urusan akhirat" #Doa5: Al Baqarah Ayat 286 رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ اِنْ نَّسِيْنَآ اَوْ اَخْطَأْنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ اِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهٗ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهٖۚ وَاعْفُ عَنَّاۗ وَاغْفِرْ لَنَاۗ وَارْحَمْنَاۗ اَنْتَ مَوْلٰىنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكٰفِرِيْنَ "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir". #Doa6: Doa Nabi Yunus AS: Al Anbiya' Ayat 87 لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri” #Doa7: Al Baqarah: Ayat 225 (Ayat Kursi) اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ “Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya); tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” #Doa8: Taha: Ayat 25-28 (Doa Nabi Musa) رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي “Ya Tuhanku, lapangkan untukku dadaku. Dan mudahkanlah untuk urusanku. Dan lepaskan kekakuan dari lidahku. Agar mereka dapat dengan mudah mengerti perkataanku.” #Doa9: Hadith Riwayat Tirmidzi No. 3348 بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ Dari Anas bin Malik, Nabi SAW bersabda: إِذَا خَرَجَ الرَّجُلُ مِنْ بَيْتِهِ فَقَالَ بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ قَالَ « يُقَالُ حِينَئِذٍ هُدِيتَ وَكُفِيتَ وَوُقِيتَ فَتَتَنَحَّى لَهُ الشَّيَاطِينُ فَيَقُولُ لَهُ شَيْطَانٌ آخَرُ كَيْفَ لَكَ بِرَجُلٍ قَدْ هُدِىَ وَكُفِىَ وَوُقِىَ . Jika seseorang keluar rumah, lalu dia mengucapkan 'بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ ', maka dikatakan ketika itu: 'Engkau akan diberi petunjuk, dicukupkan keperluan dan di beri perlindungan. #Doa10: Bacalah al Bari' (Allah yang Maha Merancang) sebanyak sekurang2 40 kali di pagi hari agar Allah rancangkan urusan hari kita mudah dan lancar. Inilah 10 doa yang boleh kita amalkan yang diambil daripada ayat Quran dan Hadith Nabi SAW. Semoga Allah memudahkan segala urusan, kerja dan tanggungjawab selesai dengan mudah dan senangnya. Aamiin.

Wednesday, May 20, 2020




Penyakit Paling Bahaya

Mental Illness dikatakan sebagai penyakit No 1 bermula tahun 2020 mengalahkan penyakit jantung, kanser, darah tinggi dan lain-lain.

Namun bagi ibu inilah penyakit yang senantiasa No.1 dihidapi kita semua, tiada vaksin sehingga kini kecuali melalui mujahadah membersihkan hati.

Ini adalah salah satu kitab Tasawwuf yang rasanya wajib dipelajari oleh kita semua kalau nak masuk syurga karya Syeikh Abdul Qadir. Yang belajar pun lupa apatahlagi yang tak pernah belajar. Allahu Akbar.

Apakah status penyakit hati kita sekarang ni ye, jarang2 didiagnos dan buat pemeriksaan tahunan seperti kita buat annual medical check up. 

Ya Allah bantulah kami ya Allah mendapatkan hati yang Engkau kehendaki. Aamiin.
#abaikangamnardoraemon - watak ibukan funky and happy, tu yang ada cartoon 😁

Jom follow ibu di https:/t.me/ProfMadyaDrNorainiTalip

#beautifullife
#365haripositif
#365harimencarisyurga



SCAMMER IN FACEBOOK. CAMNE NAK KENAL?
Masa sesi coaching dengan Braniteam DeXandra baru baru ni, isu mengenai Scammer di FB ada ditanya tapi ibu lupa nak explain dan jelaskan.

Scammers berada di mana mana terutama di media sosial. Modus operandi ialah:

1. Mencuri identiti dan gambar dalam FB personal kita. Kemudian menggunakan bahan tersebut untuk bina FB Personal mereka dengan tujuan peribadi.

2. Mencuri hati para pemilik FB Personal terutama di kalangan wanita sebelum mencuri duit melalui ilmu psikologi. Ada kala juga mencuri duit secara langsung melalui mencuri identiti mereka yang telah ada 'trust' dalam masyarakat.

3. Mencari keseronokan seperti mencuri identiti influencer dan orang popular semata mata untuk tujuan hiburan.

Cara nak kenal?

1. Kalau lelaki ia akan menggunakan gambar lelaki yang ada style, rupa, gaya, harta, kaya dan berkuasa. Selalu muka omputihlah. Kalau targetted tu lelaki, maka gambo perempuanlah yanh dia guna.

2. Pasti meletakkan status single, bercerai atau divorced.

3. Ada kalanya meletakkan juga gambar anak anak kecil bersama untuk mencairkan hati wanita.

4. About mereka di FB biasanya kerja di tempat yang berprestige seperti oil and gas, dan tinggal di negara2 maju seperti London UK, New York USA dll

5. Tiada info tentang friends dan jika ada tak ramai, tak sampai 20 orang, tu geng dialah tu, atau mangsa2 mereka.

6. Post mereka tiada content dan atau bahan post sendiri. Biasanya mereka suka shared post2 orang, bagi nampak penuh post di FB.

7. FB itu baru dibina dan tiada ciri2 ada TRUST.

8. Akan PM FB kat kita serta merta jika kita ter 'accept' friend dengan mereka. Sebab tu tengok profile dulu sebelum accept friend request.

Ibu share ni sebab, baru2 ni masa ibu buat laporan polis mengenai scammer di talian online di Pejabat Kontinjen Polis Seremban, ada wanita yang share demgan ibu yang dia hilang hampir 30K dengan lelaki yang dikenalinya di FB. Konon anggap macam anak angkat tapi akhirnya duitnya di angkat dulu. So hati hati ye. Kesian kakak warga emas tu.

Ibu sharekan kat sini contoh2 scammers yang request friends denga ibu. Cuba perhatikan kalau2 uolls ada friends atau request friends yang serupa lebih kurang macam ni.

Ibu boleh tahu dan kenal sebab ibu pernah kena, then ibu block dia selepas jelas dia adalah scammer. Mula2 story tentang cari kawan dia, di Malaysia, terjumpa FB ibu, tetiba merayu minta tolong pinjam duit sebab katanya ada masalah anak nak kena operate.

Kat dunia online atau offline ni macam macam.ada yang cari duit secara halal vs secara haram. Bagi kita, mintak perlindungan daripada Allah dan berhati-hatilah selalu.



Perasan tak kita ni akan berubah mengikut persekitaran kita, kadangkala rupa paras dan penampilan pun berubah. Pada peringkat awal berkhidmat di UKM duit geran tak ada, pengalaman tak ada dan ilmu pun ciput-ciput aje, so pelajar pertama akan dapat input yang setakat kita mampu sahajalah pada ketika itu.

Begitulah kalau kita dengan anak-anakkan. Anak sulung biasanya akan dapat ibubapa yang fresh lagi, so anak sulunglah yang jadi bahan eksperimen. Sebagai guru dan ibubapa kita kena selalu muhasabah diri, adakah kita dah buat yang betul pada peringkat permulaan dahulu.

Dan adakalanya bila ibu melihat anak anak sendiri, perasaan bersalah itu ada. Agak sukar sebenarnya mendidik anak jika kita melakukannya sendirian. Tiada tempat berbincang dan tiada sidang mesyuarah untuk memperbetulkan kepincangan. Memang ada kepincangan perlu diakui mendidik anak tanpa ayah.

Cuma dalam banyak hal, kita kena banyak meminta padaNya melalui doa-doa yang Allah ajarkan dalam al Quran kerana Allah dah ajarkan semua dalam al Quran perihal manusia, dan kita cuma kena mengamalkannya.

Jom kita cari ayat2 tersebut. Cuma ibu tak ada keyboard Arabic...baca, faham dan hafal ayat al Quran asal itu lebih baik.

1. Al-Ahqaaf Ayat 15 . Doa a gar anak jadi baik dan soleh.
Maksudnya:Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku daripada orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).

2. Surah As-Syuura Ayat 19. Doa agar anak jadi lembut.
Maksudnya: Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

3. Surah Al Imran Ayat 200. Doa agar anak jadi orang yang sabar
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

4. Surah Ibrahim Ayat 40. Doa agar anak taat mengerjakan solat
Maksudnya: Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

5. Surah Al-Furqan Ayat 74. Doa agar anak menjadi penyejuk hati
Maksudnya:Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata kami melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

6. Surah Al-Baqarah Ayat 128. Doa anak taat perintah Allah.
Maksudnya: Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

7. Doa Allahumma faqehahu Fiddin. Doa agar anak faham akan agama.
Ini antara doa-doa mustajab untuk kita amalkan bila perlu berjuang sendirian dalam membesar dan mendidik anak-anak. Pintalah pertolongan Allah kerana Allah sebaik-baik pemberi pertolongan.
Allah Maha Melihat keadaan HambaNya.

Jom ikuti sharing https://t.me/ProfMadyaDrNorainiTalip

Friday, December 6, 2019

#tipsmasukRaudhah

https://mindarakyat.blogspot.com/2019/07/6-tiang-di-raudah-masjid-nabawi.html?m=1

Boleh baca pos mengenai Raudhah. Jika mahu menziarahi Raudhah dan berdoa bagi lelaki sebenarnya tiada masalah besar kerana pintu Raudhah senantiasa dibuka bagi lelaki, got plenty of time untuk sering menziarahi.

Pintu masuk lelaki dan wanita berbeza, kalau wanita melalui 2 pintu, pintu pertama straight daripada pintu 25 dan ada satu pintu 24 yang biasanya dimasuki oleh jemaah selain daripada Asean countries. Bagi lelaki ada pintu khas yang ibu lupa namanya, Babun...something melalui area kubah hijau.

Masalah biasanya hanya pada golongan wanita yang pintu Raudhah hanya dibuka 2 kali sehari iaitu selepas waktu dhuha iaitu antara 6.45 - 10.45 pagi lebih kurang (waktu lepas dhuha so kena elert masa ni) dan selepas waktu isya antara 9.45 hingga 12.45 malam lebih kurang.

Dengan waktu yang sangat terhad bagi kaum wanita maka berasak asaklah mereka untuk solat dan berdoa di Raudhah sehinggakan ada kalanya terpijak, tertolak dan terduduk atas orang yang sedang solat.

Ada yang cedera juga, Rasulullah saw pasti sedih melihat sebegini keadaan ummatnya. So ambil langkah bijak supaya kita boleh ziarah dan beribadah dengan aman.

So bagi kaum wanita ibu nak bagi #tipsmasukRaudhah:

1. Banyakkan selawat (1000 kali sehari mohon dipermudahkan urusan di Raudhah)

2. Banyak baca Robbi Yassir. Robbi Thamim Bi Khair.

3. Masuk Raudhah selepas jam 8 atau 9.00 pagi atau selepas jam 10.45 malam di mana pada waktu tersebut jumlah bilangan pengunjung telah berkurangan berbanding awal waktu pintu Raudhah dibuka. Hal ini telah dicuba sehingga boleh baca Quran dan solat berbelas rakaat kerana pengunjung sudah berkurangan. Sangat selesa menziarahi Raudhah pada ketika ini. #masukRaudhahdiwaktuakhirakhir

4. Lakukan solat taubat, solat sunat, solat hajat setiapnya 2 rakaat. Sekurang2 boleh buat 2 rakaat dan kalau diizinkan buatlah sebanyak2 solat. 1 rakaat di Masjid Nabawi umpama 1000 rakaat solat.

5. Jika masih ramai orang, solat dahulu dan berdoalah sambil berdiri dengan niat nak bagi ruang pada orang lain.

6. Sediakan doa yang dihajati awal2 agar tidak  huru hara dalam berdoa semasa di Raudhah.

7. Sebaik2 doa ialah 'Rabbana atina fiddunia hasanah, wal fil a'ikhirati hasanah, wa qina azabbanar'.

8. Jaga akhlak jangan sampai menyakiti sesama jemaah, biar kita disakiti tapi pertahan diri daripada menyakiti.

9. Solatlah bermula pada tiang bercalit emas tanda kawasan Raudhah telah bermula di mana karpet merah bertukar ke hijau. Jika boleh memilih ke hadapan saf dan boleh memilih kedudukan silakan, jika tidak, solat sahaja asalkan dalam kawasan Raudhah dan panjatkanlah doa.

Bagi wanita yang #uzur janganlah bersedih kerana kita masih boleh ziarah Raudhah daripada luar di dataran Masjid Nabawi. Pergi ke bahagian Kubah Hijau dan duduk pada kawasan yang direntang tali anggaran 20 meter bersententang dengan Kubah Hijau dan duduklah di situ.

Berzikir dan berdoa serta ucapkan salam pada Nabi saw. Duduk di sini kita tak akan dihalau. Wada Rasulullah saw jugak boleh dibuat di kawasan ini jika uzur syarie (period). Sila lihat gambar ada contoh seorang wanita sedang duduk di kawasan yang ibu maksudkan (baju biru).

Kubah Hijau inilah Raudhah atau makan Nabi kita saw bersama-sama dengan Saiyidina Abu Bakar Assidek dan Saiyidina Umar Ibnu Al Khatab, pintu di mana laluan jemaah lelaki boleh masuk ke Raudhah.

Alhamdulillah. In shaa Allah kita semua akan berpeluang menziarahi RAUDHAH, bersolat di situ dan berdoa. Pilihlah waktu yang baik terutamanya apabila membawa jemaah yang sudah tua atau uzur. Robbi yasir.

#share supaya boleh membantu jemaah kita yang merupakan wanita yang lemah lembut dan tidak perlu disakiti oleh jemaah daripada negara yang kasar gerak lakunya.

#journeytoumrah
#raudhahNabawi
#bekindbecouragebestrongbehappy

Sunday, September 22, 2019



JANGAN TERLALU RISAUKAN MASA DEPAN ANAK

Ibu sejak dua menjak selalu risau, fikirkan masa depan anak. Ibu terfkir, bagaimana ye kalau aku mati, siapalah nak jaga dan asuh anak-anak sampai dia boleh berdikari. Mampu ke aku ni kalau nak tanggung anak-anak nanti masuk universiti, nak sambung belajar dan nak bagi support pada anak-anak dengan belanja yang makin tinggi. Kekadang bila tengok muka anak-anak time tidur, terus aje berasa sayu hati dan berdoa 'Ya Allah Engkau berilah anak-anakku kekuatan untuk hadapi cabaran semasa aku masih atau tiada lagi'. Ini biasa, suara hati mana-mana ibu tunggal atau ibu bapa yang punya anak istimewa atau ibu bapa yang punya pendapatan rendah.

Bila fikir tentang bajet membesarkan anak di negeri Selangor ni memang sangat besar. Dan jika kita mahukan anak-anak mendapat didikan akademik dan agama yang terbaik, lagilah kena keluar lagi banyak bajet. Nak didik sendiri tak upaya. Bila kita semua yang kena lakukan, rasa macam powerless kadang-kadang tu. Sudahlah belanjanya besar, keperluannya pun banyak, selalu aje ada keperluan sekolah yang kena dipenuhi. Bila fikir logik, macam kita tak mampu nak lakukan sendirian.

Tetiba pagi ni, ibu teringat kisah sendiri, ibu dulu lahir dalam keluarga yang miskin giler, yang mak atau bapak sebab susah, tak sempat pun nak fikir masa depan anak. Nyaris2 aje ibu tak sekolah, sebab arwah mak dan bapak miskin, depa tak peduli pun anak sekolah ke tak. Yang penting anak-anak ada makan tu aje. Apatahlagi tak de pun contoh orang kampung yang sekolah dan berjaya. Rata-rata yang bersekolah, lepas SRP atau SPM, sama ada kahwin atau kerja kat kampung. So bagi mereka no need to sekolah. Sebab tu kakak sulung dan dua abang ibu tak bersekolah atau diberhentikan sekolah awal. 

Bagi kes ibu, kakak ibulah (Rohayah Talip@Kak Ana) yang masukkan ibu ke sekolah. Teringat lagi gi sekolah pakai baju Sekolah Rendah Seragam Singapore (baju sekolah yang orang sedekahkan). Ada pulak baju seragam tu dalam longgokan sedekah orang tukan. Nampak tak?. Tu bantuan Allah tu, dan ada baju putih kakak yang lama-lama tu nak pakai kat dalam. Tapi tali pinggang pinafore/unifrom tu tak de dah, so baju tu, ibu pakai kembanglah. Sebab uniform/pinafore sekolah Singapore ni, ia ada pleated bermula daripada bahagian dada. Mesti COMEL, ke comot ha ha ha...

Pergi sekolah tak pernah dapat duit belanja tau, sarapan pun tak de. Ibu selalu tumpang kakak-kakak ibu yang siapkan makanan dia sendiri, kekadang dia orang masak sendiri nasi goreng ke tapi most of the time kami tak makan pun. Kalau bawak bekal pun segan, sorok-sorok sebab cucu Tok Miut yang depan rumah tu, namanya kak Senut, bawak bekal mesti sedap-sedap, ada telur rebus. Meleleh air liur kita orang tengok dia makan. Kalau dia tak habis makan, macam nak mintak, tapi segan. Masih ingat kami makan kat belakang sekolah, duduk kat kat longkang dengan kaki masuk dalam longkang, bekal letak atas simen koridor belakang sekolah tu. Aduhaiii sedihnya mengingat masa lalu.

Begitulah perjalanan ibu sekolah, tanpa belanja, tanpa bekal, tanpa panduan dan nasihat atau galakkan daripada mak bapak pun, tapi kalau Allah nak bantu, dengan segala kesusahan tu ibu capai jugak ke tahap sekarang. 

Bila mengingatkan hal tu, ibu terus beristighfar panjang. Sebenarnya kita kena letak keyakinan dan tawakal yang tinggi pada Allah. Kena sangat percaya bahawa Allah akan bantu dan jaga anak-anak kita. Pasti ada rezekinya nanti, sepertimana Allah bantu kami adik beradik daripada kemelut kemiskinan dan kesusahan hidup. Sehingga adik beradik kamilah yang paling berjaya dalam pelajaran di Kampung Melayu Raya tu hingga semua menjejak menara gading kecuali yang tak bersekolah.

Berjaya dan gagal seseorang anak dalam hidupnya bukan ditentukan oleh ibubapa, tapi Allah yang menentukannya, maka marilah kita yakini, apapun kesusahan yang kita hadapi untuk membesar dan mendidik anak, pasti Allah akan membantunya. Buat sahajalah yang terdaya dan semampu kita, don't stress out and don't over do, Allah Maha Mengetahui segalanya. DUT DOA USAHA DAN TAWAKAL in shaa Allah, serahkan segalanya yang lain pada Allah. Allah MAHA SEGALA-GALANYA.

#beautifullife
#bekindbecouragebestrongbehappy


Wednesday, September 18, 2019

ALLAH RESTU KE PERCERAIAN??????

Ada ke istilah PERCERAIAN KERANA ALLAH? Mengorbankan nyawa pun ada kerana Allah maka apatahlagi perceraian. So mestilah ada, walaupun ia bukan perkara yang hebat tetapi memang ada perceraian dilakukan kerana Allah.

Kan manusia yang bertemu dan berpisah kerana Allah itu disukai dan dikasihi oleh Allah. Namun sebelum membuat keputusan istikharohlah padaNya, sepertimana ibu telah beristikharoh selama 14 tahun, then baru buat keputusan setelah Allah benar2 tunjukkan jawapannya dengan JELAS.

Keputusan untuk bercerai bukan mudah, ia sesuatu yang sangat sukar untuk dilakukan dan sangat tragis untuk dilalui. Bagi kita jika ada keluarga yang mengalami perceraian, sokonglah mereka daripada segi sokongan emosi, kewangan, masa dan tenaga kerana mereka yang bercerai pasti akan mengalami kemurungan sedikit atau banyak.


Sudahlah prosesnya susah dan menyusahkan, kemudian kita akan mengalami pelbagai ujian selepas bercerai. Ibu banyak belajar daripada pengalaman lalu. In shaa Allah akan dikongsikan untuk pengajaran kita sama sama.

So berbalik pada perceraian tadi, sebenarnya ada beberapa hukum berkenaan perceraian:

1. Mubah (Jika perlu), contohnya sebab sudah tiada sakinah atau kebahagiaan dalam rumahtangga atau sudah tiada persefahaman dalam rumahtangga.

2. Mustahab (Dianjurkan), berlaku mudarat disebabkan perkahwinan seperti isteri yang disakiti mentalitinya sehingga beliau terganggu secara psikologi.

3. Wajib, ini boleh berlaku jika suami atau isteri melakukan dosa yang berterusan seperti berzina, liwat, hubungan sesama jenis yang adakalanya tidak dapat dibendung, sehingga hilang keberkatan dalam rumahtangga. Ataupun jika suami atau isteri boleh mencederakan anggota tubuh pasangan melalui kelakuan ganas, yang boleh mengakibatkan juga maut.

4. Sunat, sekiranya terdapat ketidakupayaan pada suami memberi nafkah kepada isteri.

5. Makruh, sekiranya bercerai tanpa sebab yang syarie, tiada alasan dan tiada sebab alasan agama dan sebagainya.

6. Harus, sekiranya isteri atau suami lemah keinginan batinnya atau tidak mampu daripada segi batinnya.

7. Haram, sekiranya, isterinya sedang dalam keadaan haid, nifas.


Sabda Nabi saw:
‘Wanita yang meminta cerai daripada suaminya tanpa alasan syarie, maka haram baginya bau syurga’ – Hadith riwayat Ibnu Majah

So, walaupun menjatuhkan talak itu hak suami tetapi isteri boleh menuntut talak dengan sebab syarie atau dengan sebab-sebab yang dinyatakan pada hukum di atas. Allah itu adilkan.

Sunday, September 15, 2019


BEHIND 'JAUH DARIPADA ALLAH'

Perkara pertama yang ibu faham tentang DOA ialah daripada kisah Nabi Adam as dikeluarkan dari syurga. Ustazah kupas pengajaran dari kisah ini. Kisah ini buat ibu sedar banyak perkara, dan buat ibu menangis banyak kali.

Ibu rasa syukur sebab Allah pilih ibu untuk di kategori kan dalam golongan yang sukar untuk dapat sesuatu yang diinginkan dalam hidup. Ini membuatkan ibu tak berhenti cari ilmu sehingga ibu ditemukan dengan mereka yang sangat best. Imagine jika ibu dapat sesuatu dengan mudah, sure ibu berhenti belajar dahkan.

Dalam hidup ibu, apa yang ibu dapat hampir semuanya bukan dengan mudah, mesti melalui kesusahan, sejak lahir, masuk sekolah, masuk univ, perkahwinan, dalam pekerjaan  nak dapat anak, nak bangkitkan bisnes, dan pelbagai lagi.

Antara satu-satunya benda yang ibu dapat dengan mudah ialah berjaya dapat scholarship melanjutkan pengajian ke peringkat Master. Mudah sangat bila dapat offer biasiswa RM1300.00. Jumlah tu sangat banyak bagi ibu, orang miskinkan 😁. Ni fenomenalah, sebab mudah sangat dapat

Berbalik tajuk fokus kita hari ini. Behind 'Jauh daripada Allah' Ustazah kongsikan ANTARA sebab doa susah makbul ialah disebabkan kita jauh daripada Allah. Ustazah bawa kisah Nabi Adam as yang di awal penciptaannya sangat dekat dengan Allah, berada di syurga, hidup dalam rahmahNya, sangat dekat dengan Allah.

Namun hanya disebabkab 1 dosa, Nabi Adam as dikeluarkan daripada syurga, berada JAUH daripada Allah (dihantar ke bumi). Hidup susan dan struggle. Jadi bayangkan jika kita yang buat bukan 1 dosa tapi sangat banyak dosa, dengan tidak ada ilmu atau tidak cukup ilmu, berapa banyak dosa kita buat dengan sedar atau tanpa sedar. Rupa2 nya dalam ibadah seperti solat pun kita buat dosa, menipu Allah tanpa sedar. Sedihnya. Kena belajar ni dosa dosa dalam solat.

Ibu tidak menulis ini untuk sesiapa tetapi untuk diri ibu sendiri yang mungkin kena baiki banyak hal untuk berada dekat dengan Allah. Kena jaga saat bila kita sedang bercakap dengan Allah (solat) atau saat Allah bercakap dengan kita (membaca al Quran). Masa umpama ini perlu dijaga dengan baik dan sempurna untuk baiki hubungan dengan Allah.

Kita kena banyak istighfar, kena banyak istighfar dengan hati, lisan dan perbuatan, agar kita lebih dekat denganNya. Kena cari apa sahaja amal yang buat kita dekat denganNya dan tinggal semua benda yang buat kita jauh dariNya. Kena usaha sungguh2, agar DIA sayang dan pandang kita sebagai jiwa yang diredhaiNya.

In shaa Allah ibu akan sharekan lagi apa yang ibu temui dengan sesi bersama Amazing Quran Language yang dipimpin oleh Ustazah Afeefah Solehah Zainal. Wanita hebat yang berjuang untuk bantu ummah. Alhamdulillah.

Kita yang tak faham KOSA KATA bahasa al Quran dan bahasa Arab susah mahu memahami sendiri, so kita sama2 cari mereka yang boleh bantu kita. Doalah pada Allah, DIA akan temukan nanti. Bak kata pepatah 'Better Late than Never'.

@https://t.me/ProfMadyaDrNorainiTalip

#beautifullife
#bekindbecouragebestrongbehappy

Friday, September 13, 2019


TAKDIR DIA DAN TAKDIR KITA?

Hari ini ibu dipertemukan lagi dengan insan yang tidak mempunyai sangat gelora dalam hidup. Keseluruhan hidupnya amat selesa dan hampir sempurna. Dengan keluarga yang baik, pendapatan yang bagus dan juga memiliki hampir semua keinginan yang ingin dicapainya dalam hidup.

Satu ketika dulu ibu jumpa juga sahabat yang mempunyai kisah yang sedemikian, sehingga dia kata kat ibu 'Aku tak de masalah sangat pun dalam hidup'. Ibu tak tahulah kalau dia berbohong atau tidak tapi apa yang ibu nampak memang keluarga yang sempurna dengan segala-galanya ada.

Ibu pun terkenangkan diri sendiri yang hidup dalam keadaan yang penuh cabaran dan rintangan dalam hidup. Sehinggakan bila macam macam dah dilalui ibu jadi susahlah nak goyah dengan benda benda remeh temeh ni, sebab dah banyak benda besar ibu lalui yang tidak terfikir dek akal fikiran ibu sendiri.

Sebenarnya, bila susah itu ujian, maka begitulah juga dengan senang. Kedua-duanya adalah bentuk ujian yang diturunkan untuk kadar layak masing-masing. Mungkin ibu tak mampu nak hadapi ujian senang, sebab ibu akan hilang kesyukuran dan keinsafan, lalu didatangkan ujian berat, begitulah sebaliknya bagi yang dapat ujian senang, dia tak mampu untuk hadapi ujian berat. Allah kan lebih tahu daripada kita.

So apa pun ujian kita, hanya pegang pada matlamat akhir iaitu keredhaan Allah. Capailah keredhaan Allah sama ada dalam susah atau dalam senang. Bentuk ujian Allah, jangan sesekali dipertikaikan. 

https://t.me/ProfMadyaDrNorainiTalip

#beautifullife
#becouragebekindbestrongbehappy

Wednesday, September 11, 2019



Sebenarnya sangat ramai orang yang sedih, berduka, kecewa dan sakit berbanding mereka yang benar-benar bahagia dan gembira.
Ibu lahir daripada kehidupan yang sangat susah, sakit dan derita. Bukan yang biashe biashe tapi level yang sampai pinjam beras, minyak, telur, kicap dan apa aja daripada jiran depan rumah.
Arwah Tok Miut, jiran ibu. Ibu sampai ingat nama insan ni, yang sangat baik tapi bila hari-hari kena sebut'Tok Miut, nak pinjam beras sikit boleh?', kanak2 pun akan rasa malu. Sesekali panjat pokok jambu belakang rumah Tok Miut, sebab lapar, selalu minta izin, tapi bila dah segan, ibu curi aje. Betullah kemiskinan boleh bawa kepada kekufuran.
Bukan setakat tu, kami memang tak ada kasih sayang dalam keluarga. Arwah mak dan bapak hari hari bergaduh sebab mak sakit kena buatan orang menyebabkan hari hari dia mengamuk, pukul dan belasah kami termasuk arwah bapak pun kena. Dosa besar bagi yang menyihirkan mak, hidup kami adik beradik dalam kesengsaraan kerana perbuatan mereka.
Orang kampung dan sedara mara kami pulak tak berapa nak rapat. Perasaan rendah diri tu sangat tinggi pada kami. Penghinaan tu biasa, kami pernah nampak terang-terang arwah bapak kena hina masa ambik lauk lebih kenduri untuk beri makan pada kami.
Arwah bapak akan ambik semua lebihan orang makan kat pinggan lepas kenduri kat kampung, dan bawa balik untuk kami makan berhari2. So lauk di'nget' bahasa Jawa ni, dihangatkan banyak kali untuk jadi lauk. Agaknya sebab tu kami semua pandai-pandai dalam pelajaran sebab makan baki makanan orang-orang hebat kat Kg Melayu Raya tu.
Bila arwah mak sakit macam tu, macamana arwah bapak nak fokus pada kerja, ibadah dan kami anak anak. Allahu Akbar; sebenarnya kesan kesakitan itu, ibu bawa sampai dewasa. Impian ibu masa kecik cuma satu 'Aku nak keluar daripada kampung ni, nak berjaya dan tak nak duduk dengan mak'
Kami adek beradek gelar rumah sebagai 'asseramak' dan impian nak masuk 'asrama' sebab tak tahan kena belasah dan maki dengan mak hari-hari. Kami manalah tahu mak kena sihir, yang kami tahu lahir-lahir jer dah kena beduk, belasah dan pukul dengan mak.
Ada banyak lagi kisah pahit dalam hidup ibu dan in shaa Allah ibu akan share dengan semua untuk beri inspirasi. Tekanan dan kesakitan dalam hidup itulah yang membuat ibu kuat untuk terus capai kejayaan.
Bila bertemu jodoh, lain pula ceritanya. Ibu sangkakan itulah nakhoda ibu dan tempat ibu menumpang kasih sayang. Namun rupanya dialah punca penderitaan ibu selama bertahun-tahun. Ujian apakah ini? Ketika itu ibu berkata-kata.
Namun sebenarnya Allah ada perancangan DIA yang kita kekadang tak faham. Kita cuma kena tahu bahawa DIA lebih tahu apa yang terbaik buat kita dan apa yang DIA takdirkan adalah tarbiyyah buat kita. Sangat mahal harganya tu.
Sebab tu, ibu senang tersentuh hati dengan figura yang penuh kasih sayang dan boleh kongsikan kasih sayang seperti Puan Ernayanee Nur Julaimi, Tuan Afnan Rosli, Dr Taufiq Razif Coach Nooraizan zie dan Ustaz Mohd Hakim Mohd Nor dan ada lagi sahabat2 ibu yang lain.
Memandang mereka juga sudah rasa sayang. Moga Allah terus beri mereka kekuatan untuk terus memberi inspirasi kepada insan lain. Moga Allah juga beri ibu peluang untuk menjadi inspirasi kepada ramai orang dan boleh sebarkan happiness ♥️
Al-Fatihah untuk arwah Mak, Bapak dan Tok Miut.
#share untuk inspirasi bagi yang sedang berduka https://t.me/ProfMadyaDrNorainiTalip

Doa Ashabul Kahfi

Perkongsian Ustazah Asma Harun pada pagi 22.11.21 mengenai Doa Ashabul Kahfi daripada Ayat 10 Surah Al Kahfi. Jika kita ditimpa masalah bes...